Kamis, 29 April 2010

Memasang Butang LIKE (Facebook) Pada Setiap Entri | Blogspot & Wordpress


Kelmarin saja stalk blog Liyanaa dan terjumpa sesuatu yang menarik kat blog minah ni. Ha! Seperti tajuk di atas, kakak Liyanaa(comel pula panggil dia kakak) ada buat satu tutorial butang Facebook LIKE ni. Rentetan dari peristiwa tersebut, aku ingin berkongsi cara memasang butang Facebook LIKE tu kat setiap entri korang.

Baiklahh. Sila login ke Dashboard dahulu.

1. layout > Edit HTML > tick pada Expand Widget Templates.
2. cari keyword ini data:post.body.
3. copy paste code di berikut SELEPAS data:post.body
<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Lihat contoh:
4. Save template.

Nota: Kalau lepas save template korang tengok butang LIKE tu tak ada, mungkin template korang ada lebih daripada satu data:post.body. Apa yang perlu dilakukan try and error setiap satu data:post.body tu sampai butang Facebook LIKE tu muncul kat entri korang okay.

Template aku ada sampai 4 data:post.body ;pp

Untuk penggun Wordpress pula, korang boleh dapatkan plugin-nya di SINI: Facebook Like Button Plugin.. Thanks to !acr13! untuk info plugin ni :D

Lepas korang dah picit butang LIKE profile Facebook korang akan ada activities seperti contoh di bawah :D

Jangan lupa yea picit butang LIKE aku juga :D
-Selamat Mencuba-

post signature

Rabu, 28 April 2010

Diet Itu Apa Ertinya Kepada Kamu?

Ok. Aku percaya korang semua mesti pernah mengamalkan diet kan untuk kelihatan langsing lagi mengancam khususnya kaum perempuan kan. Tapi actually pernah tak korang terfikir cara korang berdiet tu kadang-kala adalah salah. Aku rasa majoriti yang berdiet mengamalkan cara MENAHAN LAPAR.

Sebenarnya cara MENAHAN LAPAR tu salah. Tak adalah salah di sisi undang-undang heh. Apa kau ingat dengan bertahan lapar selama 3 hari 3 malam maka perut buncit kau tu akan hilang lah eh? Tak. Tak. Tak. Kesian badan korang kann, kena seksa sebab mengamalkan cara berdiet yang salah.

Cara berdiet yang betul ialah mengamalkan pemakanan yang seimbang. Aku malas nak huraikan apa tu pemakanan seimbang. Korang dah cukup besar untuk memikirkannya. Sila lihat piramid makanan yea. Lepas tu dah berdiet tu, dalam seminggu at least 2 kali kena berjogging. Ha. Itu baru dikira diet yang betul. Tak kira lahh kau nak pergi gym angkat berat ke apa ke. Janji ko melakukan senanman. Baru keluar peluh.


Aku cukup tak suka lahh manusia yang berdiet mengamalkan cara tahan lapar ni. Dia ingat tahan lapar kalori dia dalam badan dia terbakar lah heh. Kena lakukakn senanman gak untuk keluarkan peluh. Untuk bakar kalori. Dah lahh tahan lapar. Aku tengok even dia tahan lapar pun, perut buncit dia still size tu juga. Tak pernah kempis. So aku rasa adalah membuang masa kalau tahan lapar ni.

Bayangkan seharian korang tahan lapar. Nanti tengah malam kang korang lapar. Nafsu makan membuak-buak, maka korang pun melantak. Oh~ Sudah gemuk 3 kilo.haha. Aku rasa orang jenis yang tahan lapar ni boleh kalahkan orang yang berpuasa.haha.

Aku? Tak pernah berdiet dalam seumur hidup aku pun. Makan bila lapar. Tu pasal berat badan makin naik. Bukan makin menurun.haha. Tunggu lahh aku dapat hidayah untuk berdiet la yea. Kalau aku dah gembira dengan badan aku sendiri nak buat apa diet-diet ni.hoho.

p/s: Jangan pula makan pil kurus segala tu yea. Merosakkan hati kau je.

post signature

Sabtu, 24 April 2010

Tak Kenal Maka Tak Cinta: Differentiation

Kalau korang pernah belajar add maths masa sekolah, korang akan sangat mengenali apa itu Differentiation malah ada yang mungkin bencikannya. Oh~ Aku dulu pun memang benci, menyampah dan meluat bila ada soalan Differentiation. Bagi aku sangat susah untuk diselesaikan sehinggalahh aku SPM. Aku masih tak reti nak buat Differentiation ni.huh!

Ok. Add-maths aku memang kantoi masa SPM. Lulus tanpa kredit bukan sesuatu yang boleh dibanggakan kat sini. T.T. Ku sangkakan aku tak kan lagi hadap Differentiation bila dah masuk U. Tapi..aku perlu menghadapnya semula.

Sem ni aku amik subject Calculus (dipanggil Maths-Techq 2 kat MMU). Killer subject untuk aku. Dari first class aku dah cop-kan yang CALCULUS ni susah tahap gaban. Yea. Memang susah.

Tapi disebabkan syarat kat MMU ni, kalau tak dapat at least C aku tak kan dapat sijil diploma dan ini membawa kepada aku untuk repeat semula subject ini *sigh. Menyedari hakikat ini, aku pun try lahh mengenali DIFFERENTIATION buat pertama kalinya dalam hidup aku.awwww. Walaupun aku rasa dah macam terlambat untuk mengenalinya sebab dah nak Final, tapi aku masih mahu berjuang untuknya demi sijil Diploma aku.

Maka..selama dua hari berturut-turut aku study Differentiation. Betul cakap orang..TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Itulahh yang berlaku kepada diriku sekarang. Dulu asyik pot pet pot pet Differentiation susah lah apa lah. Tapi bila dah try mempelajarinya..aku rasa senang pula. Bukan lahh nak cakap senang macam 1+1=2 tapi at least aku dah paham.

Kalau kita tahu formula untuk Differentiation, so senang lahh nak carik cari jawapan. Kena juga tahu jenis equation yang diberi. Setiap jenis equation yang diberi hanya ada satu formula je boleh dipakai. Tapi kadang-kadang satu equation ada bermacam-macam cara kira dia. Kena banyak buat latihan. Sejak bila Maths boleh baca je kann. Practice Makes Perfect.

Tapi kann..aku rasa Differentiation yang budak sekolah belajar tu lagi complicated dari yang aku belajar ni. Tak tahu kenapa..bila aku buka balik buku rujukan Add-Maths aku tu, aku tak paham apa pun yang ditulis kat buku tu. Termasuk chapter Vector. Vector yang aku belajar kat MMU lebih mudah dan ringkas berbanding Vector yang aku belajar masa aku sekolah.

Aku bersyukur aku bukan budak engineering kerana calculus mereka lebih UP(yang membawa kepada equation yang lebih berjela-jela panjangnya) dari calculus aku ni. Boleh pecah otak aku kot nanti. Itu lecturer aku yang cakaplahh. Lutfi pernah tanya aku pasal exact solution; sejenis calculus yang aku tak pernah dengar dan tak pernah belajar pun. Aku Goggle akan Exact Solution tu..dan hasilnya, aku rasa sangat susah dan complicated. Equation yang sangat mengarut dan merepek untuk aku. HAHA.

Entri kali ni tak ada gambar yea. Sebab aku terlampau sibuk sampai tak sempat nak cari gambar untuk entri kali ni. Paper calculus semua berterabur kat atas meja aku. Huh! Kali ni entri karangan. HAHA

post signature

Jumat, 23 April 2010

Memasang Cute Profile Pada Blog

[Link Updated For Cute Profile Tutorial - 13 August 2010]

Ramai betul tanya aku cara pasang Cute Profile tu. Sampai terjah aku kat inbox. Aku memang nak tolong..tapi takut ada yang tak paham cara aku pasang menantang tu. Sebab aku pasang cara manual. Lebih complicated dari cara asal dia.wuuuuuuu.

Tapi jangan risau, aku dah jumpa link blog yang dah buat tutorial ni. Caranya lebih mudah. Jauh beza dengan cara aku yang sangat lahh complicated tapi tak complicated untuk orang yang dah biasa dengan HTML/CSS.wuwuwuwuwu.

Baiklahh, untuk pengguna blogspot sila terjah blog Piratz untuk tutorial ni okay.

Untuk pengguna Wordpress bolehlahh download plugin-nya dari Plugin Directory tu.

~Saranghae~ *mode Final Exam.

post signature

Senin, 19 April 2010

Oh! Jika Suami Seorang Geek..


Haha! Aku gelak seorang diri apabila aku terbaca entri Cybernetic pasal Dilema Suami Seorang Programmer. Untuk kaum perempuan yang tak berapa nak geek macam aku ni..sila fikir 10 kali dulu sebelum nak pilih seorang yang SERIUS GEEK sebagai pasangan hidup korang. wuuuuuuu~ Kalau tidak..rumah tangga korang akan ada perbualan macam ni setiap hari..

Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”

Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?

Suami : Bad command or filename.

Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!

Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?

Suami : Variable not found…

Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.

Suami : Sharing Violation. Access denied…

Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.

Suami : Too many parameters.. .

Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.

Suami : Data type mismatch.

Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.

Suami : It’s by Default.

Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?

Suami : File in use … Try later.

Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?

Suami : Unknown Virus. ”
Kalau sama-sama geek lagi parah kot~ Opsss terlupa lak..aku bukan bakal programmer gak ke? HAHA.

Notakaki: Lawati blog Cybernetic untuk lihat pelbagai ciptaan program dari dia.

post signature


Minggu, 18 April 2010

♥Leen♥


Di sini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada best friend aku kat MMU; Leen. Hari ini besday dia. Be careful what you wish for, you might be get it. Oh~ Saranghae Leen♥
Happy Birthday♥32


post signature


Senin, 12 April 2010

Geng Berani Mati Gagal Exam

Baru-baru ni aku dah create satu fan page kat Facebook tu. Bukan fan page untuk RojakStory taw. Fan page yang aku create tu dinamakan Geng Berani Mati Gagal Exam (GBMGE).

Sebab terciptanya GBMGE untuk mengumupulkan seramai mungkin ahli yang MEMANG BERANI MATI untuk GAGAL EXAM.wuuuuu. Tak la weyhh. Aku cipta untuk suka-suka. Jangan lak ada yang betul-betul BERANI MATI GAGAL EXAM.huhu. Korang semua dialu-alukan untuk join Fan Page ni. ^.^



Tercetusnya idea untuk cipta fan page ni masa aku tengah kat luar Exam Hall dengan member-member aku untuk tunggu masuk exam. Masing-masing dengan tak studynya menonong je masuk. HAHA. Maka itu la kisah tercetusnya idea untuk nama fan page ini.

current Fans (13/4/2010 , 2:21AM) - 168 fans!

*Kegagalan sesuatu yang boleh dibanggakan :D

post signature