Jumat, 19 Desember 2008

10 Tanda PasanganMu CURANG

Pelbagai alasan CURANG boleh berlaku sama ada yang dalam hubungan kekasih ataupun dalam rumah tangga. Apabila anda sendiri sudah dapat merasakan tanda-tandanya bawa-bawa la berbincang dengan pasangan anda itu sebelum kecurangannya membawa kepada penceraian ataupun perpisahan. Jangan hanya berpeluh tubuh apabila sudah mengetahui pasangan anda curang tetapi ambil la tindakan yang sewajarnya. Ingat jangan bertindak terburu-buru kerana mungkin hubungan kalian akan jadi lebih parah.

Ini antara tanda-tanda pasangan anda CURANG :


1.SERING MEMBERI ALASAN
Si dia sering membatalkan temu janji bersama mu pada saat-saat akhir dengan alasan sibuk dan pelbagai alasan. Mungkin si dia berbuat demikian kerana si dia mempunyai temu janji bersama kekasih gelapnya dan si dia sanggup membatalkan temu janji bersama mu semata-mata kekasih gelapnya.

2.TIDAK DAPAT DIHUBUNGI
Setiap kali kamu mahu menelefonya pasti si dia tidak akan menjawab panggilan mu ataupun masuk ke dalam peti voice mail nya. Sudah pasti kamu akan berasa bosan apabila menelefonya berkali-kali tetapi tidak berjawab. Apabila anda bertanya akan hal TIDAK MENJAWAB TELEFON itu si dia akan memberi 1001 alasan kepada mu dan jangan sekali-kali kamu mempercayai 100% apa yang diperkatakannya.

3.SERING MENERIMA PANGGILAN RAHSIA
Panggilan rahsia yang dimaksudkan ialah panggilan daripada kekasih gelapnya. Apabila kamu bertanya akan siapa yang menelefonya pasti dia akan teragak-agak mahu menjawabnya pertanyaan anada tersebut. Ini kerana si dia takut kamu tahu kegiatannya di luar.

4.HILANG KHABAR BERITA
Jika dahulu si dia rajin menelefon kamu atau menghantar SMS kepadamu semata-mata mahu menceritakan apa yang telah berlaku padanya sepanjang hari tetapi telefon bimbit mu kini sepi tanpa khabar berita darinya. Perkara tersebut berlaku kerana si dia sedang cuba menjauhkan dirinya daripada kamu dan dalam proses melupakan kamu.

5.SERING MENCARI KESALAHAN
Si dia kini menjadi sangat tajam mata dan sering mencari kesalahanmu walua sekecil kuman. Hal ini kerana kesalahan-kesalahan yang kamu lakukan akan si dia jadikan punca sebagai perpisahan antara kamu berdua.

Nasihat saya jika pasangan anda mempunyai tanda-tanda berikut :
Jangan la bertindak terburu-buru tetapi siasat dahulu apakah benar pasanganmu mempunyai kekasih lain. Cuba kamu memerikasa telefon bimbitnya dengan senyap-senyap dan lihat adakah si dia sering menerima panggilan yang sama daripada nombor yang sama dan juga jangan lupa memerikas peti SMS nya. Jika daripada nombor yang sama kamu harus la hati-hati kerana si dia sedang memasang spart part di luar. Seeloknya bawa la berbincang dengan pasangan anda sebelum hubungan kalian bertambah parah.

"SIASAT DAHULU SEBELUM MEMBUAT KESIMPULAN"



Tidak ada komentar:

Posting Komentar