Sila selepas membaca entri ini supaya penulis tahu kamu suka akan entri ini
Kenapa aku suka blogger dari wordpress? Aku ada sebab tetentu kenapa dan mengapa aku masih bersama blogger walaupun aku boleh buat domain percuma dan berpindah ke wordpress
. Bukan nak bermegah dengan blogger tapi blogger ada kelebihan yang tersendiri sehingga aku jadi ketagih nak blog. Aku dulu pun pernah terfikir nak pakai wordpress kalau ada domain tapi setelah difikir secara masak-masak aku tidak jadi menggunakan wordpress walaupun mungkin aku akan ada domain sendiri.
Sebab pertama kenapa aku suka blogger, blogger adalah blog pertama yang mengajar aku blogging. Maybe akan menjadi yang pertama dan terakhir pilihan aku kot.
Sebab kedua aku ialah aku dah biasa dengan coding html blogger ni. Kalau wordpress sama ke coding dia? Tu aku tak tahu la. Kalau tak de blogger aku tak kenal apa tu HTML, Javascript dan lain-lain coding.
Sebab ketiga, blogger ni untuk pengguna yang tak serius dalam blogging. Tapi wordpress aku rasa kena serius dalam blogging. Lagipun wordpress aku kat sini memang lambat nak loading la.
Lagi satu blogger senang nak pakai. Kalau wordpress aku agak pening sikit. Dah ada a/c wordpress tapi aku tak penah masuk dah sejak aku sign in sekali je..hahaha.
Bukan tu je, blogger ni ada widget followers. Satu-satunya widget yang aku bangga kat blogger ni. Wordpress ada ke? Tu aku tak tahu la. Sebab ada widget followers ni la aku boleh track siapa yang selalu masuk blog aku.
Kesimpulanya, tak kira la blogger atau wordpress atau lain-lain website blogging ni, ber-blog la dengan sopan. Sebab ada satu blog yang aku masuk ni header dia dah perkataan mencarut. Cukup tak suka blog cam tu. Aku tak nak la sebut blog siapa tu. Tak nak aib kan mana-mana blog.
Notatkaki: Kalau ada yang terasa dengan tulisan aku kali ni jangan ambil hati. Ini adalah pendapat aku je. Apa salahnya aku suarakan pendapat aku kan..hohoho.
-SEKIAN UNTUK SESI BERBICARA MENGENAI BLOGGER-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar