Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.


Aku dah khatam pun novel tu! Hanya 3 hari je aku baca. Harap ada sambungan Horizon Cinta

.
Aku tak tahu kenapa aku betul-betul sukakan watak Zariz dalam novel tu. Entah wujud entah tidak laki cam tu dalam dunia realiti ni. Kalau wujud aku la perempuan pertama yang akan aku tawan hatinya

Sebenarnya aku tak berapa ingat ni novel yang ke berapa aku beli. Aku sekarang jarang beli novel sebab kualiti cerita sekarang tak berapa sesuai dengan jiwa remaja aku

Novel Horizon Cinta merupakan novel kedua dari Umi Azrini selepas novel Sejujur Hatimu. Aku sedang mencari novel pertama beliau itu; SEJUJUR HATIMU. Siapa nak sponser sila angkat hidung masing-masing.

Mari ikuti sinopsis novel Horizon Cinta:

ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan dirinya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.
Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lincah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, diminati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.
Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.
Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?
Aku mula suka novel ni masa aku baca dalam Majalah Remaja. Baru baca satu bab dalam majalah tu terus aku ternanti-nanti bab yang seterusnya lalu aku pun membeli novel tersebut.
Aku betul-betul dah mula suka dengan Zariz. Oh! Zariz la laki idaman aku (ter-over lak)

Bila anda membaca novel Horizon Cinta anda akan terasa seperti anda sedang berlayar bersama Zariz. Anda patut cuba membaca novel tersebut!
-SELAMAT MEMBACA-

Via: MPH
Tidak ada komentar:
Posting Komentar