Senin, 13 Juli 2009

[Review Novel] Ilham Hati ( Damya Hanna ) #2

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Novel terbaru yang aku beli dan baca ialah tajuk Ilham Hati. Kenapa aku beli buku tu? Sebab jalan cerita dia ke? Nope at all. Sebab penulis dia. Damya Hanna! Ya! Aku minat cara penulisan Damya Hanna. Tak yah baca sinopsis terus beli.hehe. Akceli aku dah baca novel-novel lain yang ditulis oleh beliau. Antaranya: Bicara Hati ( novel pertama yang aku baca ), Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi ( the best ever novel! ) dengan Rela Ku Menanti.


Ternyata tidak mengecewakan aku novel Ilham Hati kali ini. Sebab jalan cerita dia memang best walaupun tinggal separuh je lagi aku nak habis baca blogger-emoticon.blogspot.com.
Opsss..aku dah jatuh cintan blogger-emoticon.blogspot.com sama hero novel Ilham Hati.haha.

Ok la malas nak cerita banyak. Baca je la sinopsis kat bawah ni. Kalau rasa ok beli je. Memang berbaloi~~


RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?


Sebenarnya masa Rian hilang ingatan tu Hanif dah mula suke kat Rian secara diam. Tapi kerana ego seorang lelaki Hanif sanggup menidakkan perasaan sukanya pada Rian.

Notakaki: Lepas ni aku nak beli Senafas Rindu lak. Macam best je~~heeee :09:

Via: MPH

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar