Jumat, 14 Agustus 2009

TM NET oh TM NET!

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





14 Ogos 2009:
Akhirnya rumah sewa aku kat Melaka neh dah ada tenet pung!

27 Julai 2009:
Sebelum neh memang ada tapi dah kena potong. Pada mulanya aku sangkakan housemate lama tu tak bayar bil telipon tapi setelah di-check rupanya rumah neh pakai one way je and Streamyx Combo and thats mean sejak bila ada bil telipon?? Yang ada bil Streamyx yang kitaorang bayar tiap-tiap bulan. Kenapa operator TM NET ( 100 ) tu cakap bil telipon tetunggak? Tak kan tak tulis dalam data dia tu yang RUMAH INI MENGGUNAKAN ONE WAY!!!!!!!!!!

30 Julai 2009:
Tertipu dengan operator tu kitaorang pung decide la nak buat line telipon baru and pindahkan line streamyx tu ke line telipon kitaorang yang baru tu. Ingat bila dah pindahkan and pergi ke pejabat TM POINT ( cawagan dirahsiakan ) tu boleh la setel kan dalam masa seminggu ( 30 Julai hingga 6 Ogos ) tapi rupanya telah menyusahkan kitaorang balik ada la!


Setelah pulang dari bercuti Mid Term seminggu :
Setelah seminggu internet still tak ada! What?? Line telipon je ada tapi tenet tak de!!!!!! Kata dalam seminggu leh siap tapi kenapa tenet tak de langsung??? Penipu!
Then housemate aku pung merajinkan diri call 100 and operator tu jawab line tenet or akaun stremyx housemate aku tu tak de dalam date dorang tapi yang ada dalam line telipon lama tu. Maksudnya, abg kat TM POINT tu terlupa nak masukkan data tu. In which kitaorang kena pergi lagi TM POINT tu untuk kali kedua. Apa dia ingat TM POINT ko tu dekat dengan rumah kitaorang neh??

11 Ogos 2009:
Kitaorang pergi lagi TM POINT tu dengan penuh harapan akan tamat la sengsara tanpa tenet neh. Dah buat permohonan baru. Orang TM POINT tu janji lepas 4 hari akan siap. Ok fine. Tunggu la 4 hari. Sampai hari neh ( 14 Ogos 2009 ) line tenet dah berjaya dipindah dari line telipon lama kepada line telipon baru yang kitaorang buat tu. So aku fikir boleh la on9 tapi BUKAN!!!! Tahu kenapa?? Modem TM NET tu rosak! What? Another disaster???

Then kol la 100. Mintak technician mari baiki modem tu tapi jawapannya lepas seminggu! Helowww..kitaorang dah tunggu tenet tu selama seminggu nak kitaorang tunggu lagi seminggu lagi ke? Then kitaorang pung cuba la nak buat hari neh gak. Ok la. Petang tadi technician tu kol housemate aku. Nak datang baiki. Great! Tapi tahu technician tu kat ne? Kat alamat line telipon yang lama tu. Padahal alamat baru kitaorang kat MELAKA okayyy!! Dah sah-sah orang kat TM POINT tu terlupa nak key in alamat baru kitaorang tu. Memula abang tu lupa nak masukkan data and then akak tu lupa nak key in alamat baru kitaorang!!

14 Ogos 2009:
And now..kitaorang decide beli modem wireless yang baru which cost RM178! Tu pasal aku dah boleh on9. Tapi kitaorang tetap terasa tertipu sebab:

01. Operator cakap bil tertunggak. Masa technician datang nak pasang line telipon baru tu cakap soket telipon tu yang rosak sebab kena petir hari tu sebenarnya. So tiada kena-mengena dengan bil tertunggak kejadah semua tu.

02. Asyik-asyik suruh check ADSL, IP CONFIG kejadah tu semua padahal kitaorang yakin dan tersangat la pasti modem yang rosak sebab port untuk LAN tak bernyala! Kenapa susah sangat operator neh nak caya???

03. Apa salahnya minta technician datang check soket dengan modem tu awal-awal? Kalau tak, tak de nya kitaorang bazir duit buat line telipon baru tu!

#aku rasa entri neh paling panjang pernah aku tulis tanpa sebarang emoticon#

-SELAMA MEMBACA!-

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar