Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.

Membaca entri Saffa aku jadi terkenang semasa mula-mula aku terbabit dengan blog. Aku tak tipu. Kepada yang memang ikut blog aku dari hari pertama aku buat blog sampai la sekarang neh mesti tahu bagaimana rupa blog aku masa mula-mula dulu.hoho. Ini dituju khas untuk Pinat UNITEN. Dia la yang pencetus aku wujudkan blog neh. Dia la orang pertama yang follow blog aku. Tak gitu Pinat?hehe.


Memula ada blog, aku pakai template dari Pyzam je. Untuk beginner memang rasa template kat situ cantek tahap dewa dewi. Pastu bila dah bosan sikit aku tukar. Aku mula pakai template dari bTemplates. Ha! Situ terkumpulnya segala template yang paling huduh sampai la cantek-mantek-mantap korang boleh pilih. Oh ye. Aku mengambil Diploma IT kat MMU sekarang neh. Aku amik IT sebab ada kena mengena dengan blog aku gak. Tak caya? Teruskan membaca..

Then aku mula kenal blog Chokilala yang dulu bermastautin kat blogspot and kini Wordpress. Masa tu blog chokis banyak emoticon yang aku sedut dengan sesuka hati aku. Tak gitu Chokis??haha.
Bila dah kenal Chokis, aku mula kenal blog Menjerit yang dah berkubur dalam tanah dah milik Marzuki Bulu.haha



Oh terlupa! Aku mula menulis blog pada 16/12/2007. Tak lama lagi anniversary blog aku yang ke-2. Masih lagi macam baby blog. Masih perlu pakai pampers and sedang belajar berjalan.hoho


Bagi aku..tak apa kalau blog korang tak fancy macam blog orang lain so what kan? Janji entri penuh dengan info yang bermanfaat untuk disajikan untuk pembaca yang lain. Kalau blog cantek tapi entri penuh dengan busuk hati baek tak yah tulis blog. Kan tak best hari-hari hidup dengan penuh busuk hati dan kebencian. Blog yang paling aku suke blog yang penuh dengan ayat-ayat lawak even dia tengah tulis blog dengan penuh perasaan marah (ditujukan untuk seseorang)^^.

So, bukan mudah untuk menjadikan blog kita berada di tahap yang tinggi. Kena melalui banyak pekara yang sukar sebagai ujian sebelum kita berjaya dalam sesuatu perkara itu. Kalau blog kita berada di tahap tinggi sekalipun, sure ada blog lain yang akan berada di atasnya. Dan inilah hasilnya, hampir setahun lebih berblog, ada keyword dari blog aku berjaya mendapat tempat di page pertama dalam hasil carian Google.
Lastly, sila doakan aku berjaya mengharungi Final Exam aku yang makin dekat neh.hoho. (tiada kena-mengena) =_="
Tidak ada komentar:
Posting Komentar