Rabu, 06 Januari 2010

Gambar Amoi

*faceless

Ada banyak kali aku nampak keyword tu di-search dalam search engine. Bagaimana aku tahu? Of course la dengan melihat Nuffnang aku tu. Kadang-kadang sampai 3 hit dalam sehari. Aku tak tahu la apa niat orang yang search 'Gambar Amoi' sama ada dia nak cari gambar amoi bogel sebab dah sangap sangat..opsss or nak tahu wajah comel aku ni macam mana kan.haha.


Ok. Untuk yang nak tahu sangat muka/wajah/rupa(semua perkataan aku sumbat) aku macam mana kat dalam blog ini, memang tak kan jumpa la. Hari tu aku ada letak gambar FULL FACE aku dalam blog ni tapi kemudian aku ubah kepada gambar yang ditutup dengan kipas warna-warni tu. Kepada yang berjaya melihat full face aku, kira bertuah la.haha.

Kalau nak sangat tahu muka aku macam mana, sila la add aku kat Facebook. Tapi pastikan korang ada Mutual Friends dengan aku seramai yang mungkin. Kalau langsung tak ada Mutual Friends aku reject terus. Aku bukan tak sudi nak berkawan melalui alam maya ni, tapi suka kah korang kalau berkawan dengan stranger yang tak ada Mutual Friends langsung?

Tu pasal aku set kan profile Facebook aku se-private yang mungkin sejak pihak Facebook dah tukar kan privacy setting dorang. So aku kena set kan secara manual. Dan ini la hasilnya sebelum someone add aku as friend:

*sangat private sampai Friend List pun aku tak kan tunjuk!


Gambar dalam Facebook aku pun aku set-kan ONLY FRIEND can view.haha. Jangan harap la nak view gambar aku tanpa add aku. Betapa aku mementingkan privacy on net. Nasib baik blog ni aku tak privatekan lagi kan. Kalau tak peminat-peminat blog ni kempunan nak baca aku tulis.haha.

Kalau dalm twitter pun sama. Pernah sekali je aku tayang gambar aku kat sana dengan meletakkan gambar tu sebagai avatar twitter aku.haha. Then tak lama lepas tu aku letak gambar cartoon lak. Kalau dalam Tweetphoto sure you will find my picture in there tapi rajinkah anda search gambar aku dalam twitter?haha.

Aku bukan takut nak tayang gambar aku dalam blog ni malah aku berbesar hati sangat tayang gambar aku yang comel-comel gitu tapi takut ada orang sabotaj gambar aku.haha. As u all know la, zaman teknologi sekarang ni terutama sekali Photoshop boleh mengubah satu gambar yang suci dan innocent kepada gambar yang sangat kotor. Jahat kan orang yang buat macam tu. Contohnya kes gambar Mawi bogel. Entah siapa yang gatal tangan ubah gambar Mawi tu jadi bogel.

Ok la. Dah panjang aku merepek ni pasal 'Gambar Amoi'. Kang lari dari tajuk lak.haha. Disebabkan Episode 3 Boys Over Flowers aku dah habis buffer aku rasa nak pergi tengok dulu la dan tamatkan entri ni.haha. Kesian kan. Aku tengok drama pun kena kat PC. Biasa la beb kaki Internet jarang nak tengok TV macam Khai pernah cakap dulu.haha.

opsss. Terlupa. Aku dah upload baru Script Emoticon dalam hosting baru. Walaupun aku hanya mampu menyelamatkan beberapa script sahaja tapi sudah cukup bagus untuk aku dari aku kehilangan semua script emoticon yang penat-penat aku edit kan. Kepada peminat-peminat emoticon kat luar sangat mari la menyedutnya. ;p. Semua comel-comel belaka; Emoticon Di Dalam Kotak Komen, Emoticon Di Dalam Entri [1], Emoticon Di Dalam Entri [2].

Here I Come Boys Over Flowers! 9

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar