Entri kali ni aku akan menjadi Pakar Cinta kejap.HAHA.
Otak perempuan sentiasa penuh dengan spekulasi yang tak masuk akal. Mereka suka bermain dengan perasaan sendiri. Mereka suka salah faham akan satu keadaan. Itu la dunia perempuan yang agak complicated untuk difahami.
Pendapat aku sebagai seorang gadis; Ya! Perempuan sememangnya mudah jatuh cinta/sayang kat lelaki. Atau dalam erti kata lain ini merupakan satu persinggahan perasaan sahaja. Dah nama pun persinggahan. So, perasaan cinta atau sayang itu tak akan kekal lama.
Contoh keadaan 1: Si teruna hari-hari SMS si gadis. Setiap hari bertanya khabar si gadis. Dan lama-kelamaan satu perasaan suka akan timbul dalam hati si gadis tersebut. Keadaan ini biasa berlaku. Walaupun si teruna seakan-akan menunjukkan dia berminat dengan si gadis tetapi hakikatnya TIDAK. Kenapa TIDAK? kerana si teruna hanya mahu berkawan dengan si gadis. Itu niat sebenar si teruna.
Contoh keadaan 2: Si gadis baru putus cinta. Dan si teruna sentiasa ada di sisi si gadis sepanjang tempoh si gadis meratapi perpisahaan. Dan pada masa itu la perasaan sayang akan timbul dalam hati si gadis. Perasaan ini timbul kerana si gadis mahukan kasih sayang selepas putus cinta. Ala. Kira kurang kasih sayang. Suka diambil berat.
Ok. Sebenarnya banyak lagi keadaan yang menyebabkan kaum perempuan mudah jatuh cinta dengan kebaikan yang lelaki berikan. Untuk menepiskan perasaan sayang itu lebih menebal dalam diri elok la berhenti berhubung dengan si teruna untuk seketika. Kalau si teruna itu benar-benar berminat terhadap dirimu, si teruna itu akan menghubungimu semula. Akan mencarimu dengan sedaya upayanya.
Kalau TIDAK, paham-paham sahajalah. Bahawa dirimu ada ataupun tiada, tidak terkesan terhadap si teruna. Jangan la pula si gadis yang terhegeh-hegeh terhadap si teruna. Bertambah rimas si teruna jadinya. Last-last nak jadi kawan pun payah. Jangan tunjuk diri murah sangat terhadap cinta. Be cool.
Selepas berhenti berhubung seketika dengan si teruna, si gadis akan mula perasan yang perasaan sayang dan suka itu telah mula lenyap dari dirinya. Ha! Tu pasal aku cakap hanya satu persinggahan perasaan. Lama-lama si gadis jadi tak heran langsung dengan si teruna tersebut. Dan perasaan sayang itu akan bertukar semula kepada perasaan sayang kepada seorang sahabat. Kerana minda si gadis telah di-setkan bahawa "KAMI HANYA KAWAN BIASA. TIDAK LEBIH DARI ITU".
Walaupun agak perit pada mulanya nak berhenti berhubung seketika dengan si teruna kerana perlu menanggung seBILLION rindu terhadap si teruna, tetapi percayalah hasilnya benar-benar menjadi. Lebih bagus dari memendam perasaan kan.
Apa-apa hal pun berpijak la di bumi yang nyata. Usah dilayan sangat perasaan yang tiada penamatnya itu. Lebih bagus berkawan dahulu. Kenal hati budi masing-masing dengan lebih lama dahulu. Bukannya lelaki tu layan kau baik, kau terus jatuh cinta dengan dia. Bagi aku cinta sejati hanya wujud selepas kau BERKAWAN dengan pasanganmu dalam tempoh yang agak lama.
Amacam? Yang sedang dilanda perasaan persinggahan ni dah tahu kan apa yang perlu dilakukan. You decide. Dari boleh berkawan dengan si dia terus tak leh langsung berkawan kerana sikapmu yang merimasnya, mana lebih elok?
Copy paste: Guys sometimes do not say something from their heart. If they say, "I love you", 'investigate' it first.
Ayat-ayat kat atas ni aku copy paste entah dari status siapa. Tak ingat T.T
Tidak ada komentar:
Posting Komentar