Minggu, 05 September 2010

#bukanRage: Cara Menjadi Bloggers yang Sweet dan Comel

*grrrr. comel dan sweet seperti ini.

Topic agak typical. Tapi aku nak kasi tips ni cara-cara nak jadi bloggers sweet dan comel aww aww gitu. Korang kena baca sampai habis taw tips yang aku kasi ni. Konfem kalau kau buat semua tu kau akan jadi bloggers yang sangat lah sweet dan comel di mata bloggers lain. Dan yang pasti kau akan lebih dikenali dan disengani. Tapi everything you do kena lah keluarkan sikit pengerasnya supaya hasilnya tampak cantik dan licin!

Disclaimer: apa-apa insiden yang tidak diinginkan berlaku semasa, sebelum atau selepas kau mencuba tips ini. Saya tidak akan bertanggungjawab langsung. Sendiri punya hal sendiri tanggung lah bhai. Tips yang diberikan tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang dah mampus jadi tengkorak dalam kubur sana.

1. tulis entri ala-ala baik macam angel from the sky.

2. tulis entri bodek tahap dewa dewi angkasa Marikh. contoh. Dia lah otai blog yang paling best yang pernah saya kenal.bla bla bla.

3. jangan krtik blogger yang kejar duit nuffnang. isu sensitive kat blogsphere. LOL! Satu lagi sindrom tiada kebebasan mengeluarkan pendapat unsur kritik di blog.


4. upload banyak-banyak gambar camwhore. yang pasti. perlu seksi! itu dah cukup.

5. jangan tulis entri bengang. nanti yang baca pun bengang tak pasal-pasal.

6. kalau tak puas hati dengan bloggers, tak boleh kritik kat blog. nanti ayat typical macam ni akan keluar "kalau tak suka main jauh-jauh". Oh you are so ignorant and arrogant too.

7. kena jadi kepochi dan sokong mana yang mendapat penyokong lebih banyak.

8. sentiasa kasi pendapat yang menyokong. tak boleh langsung kasi pendapat yang membangkang. nanti tak pasal-pasal ada orang tulis pasal kau kat blog dia. famous sial!

9. diam itu lebih baik dari membangkang kuat. tiada kebebasan untuk bersuara dalam blogsphere.

10. buat hubungan yang baik dengan semua bloggers. Include yang kau tak puas hati pun kena buat baik jugak. Wajib!

11. kena ikut cakap back up besar. kalau dia suruh kau boikot bloggers tu, terus kau bersemangat nak remove dia dari fb, unfollow blog dan twitter terus.

12. tak boleh langsung bangkang kata-kata back up besar walaupun kata-katanya dah sentap kau sampai nak keluar susu tetek.

13. back up besar kena buli. cara membodek ketika dia dalam kesusahan. kau kena berani tegakkan keadilan untuknya. tapi akhirnya kau yang kalah dalam pertempuran. tapi back up besar tu akan berterima kasih pada kau sampai terharu dan ingat blog kau sampai bebila.

14. sentiasa mencari siapa yang menyokong pendapat kau. boleh tambah geng dalam group sweet dan comel.

15. tulis entri sedih sebab kena krtik dengan bloggers lain. mahukan simpati. mahukan nampak bloggers tu salah sepenuhnya. mahukan kata-kata sokongan seperti I HATE THAT BLOG too. Boleh tambah kroni dalam geng sweet and comel butt hurt plak.

Amacam? Bagus tak tips yang berikan ini?

Kalau kau mampu buat kesemua 15 tips yang diberikan. Taniah! Anda berjaya menjadi bloggers yang sweet dan comel. Ingat. Kena cukup 15 tips taw! Tak boleh tertinggal satu pun.

Tapi sedih! Aku tak berjaya langsung jadi bloggers sweet dan comel dalam dunia blogging walaupun blog layout dah comel. Dah try banyak kali taw. Still tiada unsur-unusr kecomelan dan kemanisan akan muncul gamaknya. LOL. So, aku decided nak share tips-tips itu dengan kau. Supaya kau boleh menjadi generasi masa depan yang ada unsur-unsur bloggers comel ni. Sila mengaku yang aku baik sekarang! kah kah kah.

Ok. Sekian sahaja dari segmen khas amoi tips yang julung-julung kali diadakan di sini. Motip dah jadi ala-ala tips kesihatan dan kecantikan ni? Koser.

p/s: this is not a criticism entry. this is not a rage entry. this is not an annoying entry. Don't misunderstanding it :DD

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar