*sexcited (bukan typo)
HAHA. Aku dapat barang free. Bukan buy 1 free 1 tu. Dapat pun sebab owner kepada barang tu dah tak nak. Untung tak? ( tahu tak berapa lama baru aku rajin pergi claim barang ni kat opis bawah ni? ) - haha.
Aku dapat perfume dari Wanie. Perfume yang dia dah tak nak guna tu. Aku ingatkan dah separuh botol dia pakai.haha. Rupanya suku botol pun tak sampai lagi. Perfume tu kuat gila bau dia dari bau pak arab kat sini. Sekali spray memang harum semerbak bilik aku ni. Aku rasa kalau orang yang tak mandi spray perfume tu, terus jadi macam baru habis mandi. LOL.
Sekarang ni aku pening-pening lalat bau perfume ni. Bau dia belum hilang dari bilik aku and tangan aku walaupun aku dah cuci tangan aku pakai sabun Lifebuoy. Aku ni jenis yang tak suka pakai perfume. Sebab aku tak suka bau perfume. Kuat sangat. Badan aku plak jenis yang tak berbau. Buat apa nak pakai kan? Pakai pun sebab ada special event je.hihi.
Asalnya aku nak bolot semua barang yang dia nak bagi kat blog dia tu. Tapi dia cakap satu barang untuk seorang. Laju-laju aku taip nak perfume. Orang tamak selalu untung kan? kah kah kah!
Sekarang ni aku dah ada 4 botol perfume. Ada yang aku beli start dari Form 4. Simpan sampai sekarang. Baunya tetap sama walaupun dah perap lama dalam kotak :D. Sejak bila kan perfume ada expire date?
[off topic] Macam nak start bisnes online jual dress korea dengan taiwan. Supplier pun aku dah jumpa. Tinggal nak ke tak nak sahaja. Boleh untung tak? Aku tengah sanggap dengan duit. Money. Money. Please come to me now !
p/s: lain kali buat lah lagi Give Away macam ni banyak-banyak kali! I suka okayh. :D
Tidak ada komentar:
Posting Komentar