Selasa, 25 Januari 2011

apa alasan kau kali ni tak updated blog?

dah rasa dua minggu atau seminggu lebih tak updated blog. Dah tak update laju laju macam dulu. Kalau dulu dalam 2 hari mesti sekali aku updated blog kesayangan aku ni. Sekarang ni boleh dibiarkan selama seminggu lebih.

Nak kata aku sibuk sangat sampai tak updated tak jugak. Sebab aku online je 24 jam. Tapi rasa tak tergerak hari nak bukak blog ni ha. Ada comment pending pun malas nak approve. Jahat tak perangai? Ok tak buat lagi.

Tak ada alasan sebenarnya tak updated. Sekarang ni Twitter dah jadi macam blog aku. Semua pasal daily life aku, aku updated sana. Aku terberak dalam seluar ke. Aku terjatuh dalam gaung ke. Semua boleh baca kat sana. Kalau kau orang nak baca apa jadi kat aku setiap hari boleh lah follow @moimori kat Twitter sana. Bajet nama nak jepun kan? kihkihkih.

Kalau rojakstory tak updated langsung. Blog terfaktab lagi lah aku tak updated. Sebenarnya aku ketandusan dan kergersangan idea untuk updated pasal cinta cinta kat sana. Sorry Aqram. Nanti lah lepas aku final exam baru aku updated laju laju.haha.

Oh. FYP Part 1 dah siap 99%. Ha mana 1% tu? Sebab Gantt Chart tak siap lagi.kihkihkih. Website interface dah siap. Interface dia comel macam blog ni jugak.kihkihkih. Elemen pink dan purple perlu ada untuk menambahkan kecomelan website itu. hehe. Tak lama lagi dah kena present Part 1. *_*

Sekarang ni tunggu nak masuk final exam. Exam start 8hb Feb tapi tak study apa apa lagi sebenarnya. Agak kemalasan. Aku sibuk nak balik raya cina je hoi. Benda lain nanti ah fikir. kihkihkih.

p/s: sebenarnya teringin nak tulis tutorial untuk blogspot macam dulu atau tutorial photoshop.

Okbai.

Minggu, 23 Januari 2011

UFO suruhan Gayus

Well..semakin asik aja hidup di Indonesia ini, hampir tiap hari ada kejutan. Sempat dikejutkan oleh putusan hukuman untuk Mas Gayus yang hanya dapet 7 taon, trus ada lagi kejutan dari Mister Presiden Susilo Bambang Ngudoroso gajinya gak naik-naik selama 7 tahun (kok sama2 angka 7 ya?? jangan-jangan...hayahhh..lekas klenik meneh..), trus ada berita kalo hampir semua daerah dari Sabang-Merauke

Kamis, 20 Januari 2011

Gayus Sang Satria Piningit?

Dulu pernah santer diwacanakan ada sosok Satria Piningit di Negri ini, seseorang yang terpilih untuk memperbaiki keadaan negri yang sedang carut marut, seseorang yang dengan segala kecakapan yang dimilikinya(entah apapun itu) mampu membalikkan keadaan negri yang sedang memasuki jaman kalabendu ini. Bahkan ketika SBY terpilih sebagai presiden, ada yang bilang bahwa mungkin beliaulah yang disebut

Jumat, 14 Januari 2011

Membisu, Membuta, dan Menulikan Diri

Apa sih yang lagi rame sekarang? ato kalo para tweeps bilang yang lagi jadi trending topic gitu.. Gayus dengan ganyang yustisianya, Nurdin yang pantang mundur, Bachdim dengan pacar sexynya, Bu Ani jadi capres atau malah si Ayin yang mulai naik pamor lagi? lha kabarnya Century pripun? nasibnya Lapindo gimana?Itulah yang terjadi pada saya sekarang, mengurangi, atau kalo boleh sedikit ngeles, secara

Rabu, 12 Januari 2011

cerita hantu yang selalu kita dengar.

disebabkan aku disajikan cerita hantu dari kecik. maka kadang-kadang aku kaitkan cerita hantu yang aku dengar dari tempat lain dengan keadaan sekarang ini. boleh naik bulu pubis kalau asyik terfikir pasal hantu itu hantu ini.

Antara cerita hantu yang aku selalu dengar dari zaman aku sekolah rendah sampai lah zaman sekarang ni ialah.

1. Hantu lif.
Kadang-kadang aku naik lif seorang seorang pada waktu malam. Aku mula bayangkan ada hantu budak kecik pakai jubah putih pegang barbie doll kat belakang aku sambil memandang ke arah aku. Hey! Cerita hantu lif selalu macam tu okayh. Kalau bukan hantu budak perempuan mesti hantu macam Ju On tu. merangkak kat lantai lif secara tiba tiba. Ini lah kesannya layan cerita Tower 13 dulu. hehe. Takut juga kalau lif tu membawa aku ke satu tingkat yang tak pernah wujud dalam bangunan itu. Kau ingat macam inception apa? Naik lif boleh pergi ke peringkat peringkat mimpi?


2. Hantu jepun.
Ni yang aku selalu dengar dari budak yang duduk hostel sekolah. Terutama sekali kalau sekolah dorang dulu ialah markas jepun zaman kita belum merdeka tu. Budak budak yang duduk hostel mesti kata selalu dengar askar jepun berkawad. Lepas tu terdengar macam ada bunyi kaki lalu lalang depan bilik dorang sambil ada tu bunyi serek serek orang bunyi rantai besi yang gari kat kaki tu segala. Oh. Siap kata satu kawasan tu ada kubur jepun. Kisahnya tak ada orang yang boleh sahihkan.


3. Hantu tiru rupa manusia.
Kau jangan main main. Hantu ni memang wujud. Kadang-kadang boleh tiru rupa kawan kau yang dah balik kampung tu. Esoknya kau baru tahu kawan kau tu dah balik kampung. Habis yang semalam sembang dengan kau tu siapa? Terus kau demam seminggu.kihkihkih.


4. Hantu opis.
Wah! Hantu sekarang rajin sangat kan? Suka berkeliaran dekat opis pada waktu malam. Macam ni tak payah upah pak guard pun tak apa. Suka kacau orang yang buat overtime sampai lewat malam. Hantu opis ni. Orang nak carik duit lebih buat overtime ada ke patut kacau orang tu. Tak baik tau. Kecut orang tu dengar bunyi kat pantry tu. Bunyi cawan pinggan mangkuk segala berlaga antara satu sama lain. Lepas tu lampu pejabat main buka tutup sendiri. Hantu ni saje je nak main main dengan kau sebab dia bosan kena jaga opis kau tu seorang seorang. Bertabahlah!


5. Hantu alih alih perabot rumah.
Tak ada kerja lain agaknya hantu macam ni. Kau ingat kau eric leong nak ubah ubah kedudukan perabot rumah orang lain ke apa? Kalau yang baru pindah tu terutama sekali bangunan apartment macam ni mesti terdengar bunyi perabot kena alih. Rilek. Hantu tu tengah susun rumah dia sendiri. Kau dediam dah lah. Tak payah nak kecut sangat. Hantu ni ada anak yang suka main guli atas bumbung atau kaki lima rumah orang kalau tak pun tangga rumah. Asyik guli je. Advanced lah sikit. Orang dah tak main guli ye!


6. Hantu Facebook.
Ini bukan hantu dari alam lain. Ni manusia yang teringin menjadi hantu di kala semua orang dah mimpi basah. Kau boleh lagi online kat Facebook sampai subuh kan.kihkihkih.

Sebenarnya aku pun seriau kalau dengar cerita cerita hantu typical macam ni. Walaupun dah dengar berjuta kali. Bila dengar balik boleh naik segala bulu kat badan aku ni. Kau tak kacau hantu. Dia tak kan teringin nak kacau kau balik.

Selasa, 11 Januari 2011

[heavenofdesires] tempat download drama dan movie korea

Update 21/3/2011: Baca entri ini kalau ada masalah dengan file WinRar, ZipFile dan .001 dan perkara perkara basic yang kau perlu tahu kalau men-download - 5 Perkara Yang Kau Perlukan Untuk Download Movie

Update 22/7/2011: Baca entri ni untuk tahu cara cara masuk website warez-bb.org dengan website lain yang telah disekat. - Macam mana nak masuk website warez-bb.org?

Update 22/8/2011: Senarai website untuk drama korea boleh baca sini - Website untuk download drama korea

Update 3/10/2011: Nak tahu cara pasang subtitle? Boleh refer sini. - Cara pasang subtitle dalam video/movie/drama

Announcement : Untuk senarai website lain, sini aku dah senaraikan semuanya dari koleksi aku sendiri. Harap dapat membantu dalam download movie ye! Yang aku senaraikan bukan terhad kepada movie sahaja. Asian drama dan TV Series pun include tahu! Semuanya boleh view sini : http://tinypaste.com/5b48fe

kalau nak tengok cerita korea kau boleh stream secara online kat MySoju atau Maaduu site sana. Tapi kadang-kadang a bit frust kan. Kena bukak banyak-banyak tab untuk satu part video tu and kasi dia buffer habis. Kadang-kadang satu episod tu ada 8 part. So kena bukak sampai 8 tab untuk tengok satu episod tu.

Aku ada satu website ni. Most rekemen daripada aku. Kalau kau jenis malas nak tunggu buffer yang kadang-kadang hanya berjaya buffer separuh. Kau boleh download. Tak banyak site sebenarnya yang bagi link download cerita korea ni. Kalau ada pun dalam forum tapi forum selalu pakai rapidshare. ahaks.

Siapa yang ada premium account boleh lah pakai rapidshare. Tapi aku tahu semua orang suka barang free. Site ni sediakan link download dari Mediafrie dengan Hotfile. Hey! Cakap dengan aku siapa tak suka mediafire punya link? Semua orang suka kan. Dah lah unlimited. Free plak tu. Tak payah tunggu untuk download.

Subtitle pun disediakan ye. Tahu-tahu je lah tengok cerita korea mana lah kita paham sepatah haram yang dorang cakap tu kan. kihkihkih.

Btw, Aiman (pemilik dan admin site ni) ada sedikan untuk link download TV English Series tahu. Tapi khas untuk VIP jah. Means kena donate sikit tak kira berapa ringgit tapi jangan plak donate singgit mang - kihkihkih baru boleh dapatkan link download dia. Link download dia of course lah dalam Mediafire. Kalau kat tempat lain selalunya Megaupload dan Rapidshare kan? hihi.

Sebenarnya tak ada beza pun download dengan stream online. Sebab stream pun data kau akan disimpan dalam temporary folder. So seperti kau download juga.hehe. Dah habis download esok-esok boleh tengok lagi. Kalau stream online habis buffer kena tengok time tu jugak.

So sila terjah HEAVEN OF DESIRES ye untuk sedut banyak-banyak movie korea ye!

Selasa, 04 Januari 2011

eh. dah lambat ke cakap ni?

OK. Fikir punya fikir selama 2 jam. Akhirnya dah dapat idea nak tulis entri apa untuk entri first tahun 2011 ni.

Aku tahu lah sekarang dah 5 Januari 2011. Apa kau ni hoi? Tahun baru 1 Januari kau boleh wish Happy New Year pada 5 Januari kan? Sorry lah bang. Kalender rumah saya rosak. Masih lagi kalender 2010. HAHA. Mana lah saya tahu dah 2011 sekarang ni. Dasar tak tengok kalender langsung kan?

HAPPY NEW YEAR lah.

Bagi aku new year tak new year. Kehidupan tetap berjalan seperti biasa. Tak ada apa yang istimewa berlaku pun. HAHA.

Tadi tersilap post satu entri. Buat malu bontot aku je. Sila abaikan entri yang terpost tu ye. Anggap tak pernah wujud. T_____________T

OKBAI.