Tampilkan postingan dengan label WEBSITE. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label WEBSITE. Tampilkan semua postingan

Kamis, 22 September 2011

tengah demam drama korea ke ni?

*cuba teka ni dari drama mana* hihi

Itu hari kan aku ada cakap aku habiskan masa dengan tengok City Hunter[entri] yang Lee Min Ho berlakon tu kan? Tahu tak dalam masa 3 hari dah habis tengok. Excited sangat uolss dapat tengok Lee Min Ho. hihi. Tak habis dengan City Hunter punya cerita ala ala agent spy gitu, aku terus download Iris. Di mana mula mula cerita ni bosannnnnn tapi best di bahagian tengah tengah cerita dia. Lepas 3 hari habis tengok dah oit. hoho.

Tak cukup dengan Iris, download plak Athena : Goddess of War. Dia kan spinoff kepada cerita Iris. Memang excited gila! Tapi errr.. Sampai sekarang baru habis tengok satu episode. Sebab tak memasal pergi download Heartstrings pula. Athena dilupakan buat seketika.

*tak perasan ke muka hero ada iras iras Lee Min Ho?* ehehehe

Layan Heartstrings. Heartstrings jalan cerita dia slow. Nak masuk episode 6 ke episode 7 baru lah hero dia si Lee Sin nak suka kat Lee Gyu Won. Lepas 5 hari tamat lah tengok Heartstrings. Cerita Heartstrings ni lain dari lain sikit. Sebab tak ada pihak ketiga yang nak kacau hubungan Lee Sin dengan Lee Gyu Won. Tahu tahu je lah pihak ketiga yang berlakon jadi ala ala birah tu. HAHA. So it's became so slow. Hampir putus asa nak tengok sampai habis. Bagi aku ending dia sangat tergesa-gesa kot? Tetiba je dah berbaik eh lepas Lee Gyu Won tahu perkara sebenar. Hmm.. Siapa ada tengok drama ni?


Satu satunya lagu dari Heartstrings yang aku rasa sangat best.


Pas dah habis Heartstrings, aku melayan Protect The Boss. Mula mula memang malas lah nak layan dah kdrama ni. Letih kot :p. Download cerita ni pun untuk kawan yang beriya benar nak tengok. Sekali layan episode pertama. Pehh. Kelakar sial drama ni. Orang cakap drama ni EPIC. Memanggggg EPIC. Setiap episode aku ketawa manjang. Dah lama kot tak ketawa masa tengok kdrama. Last time ketawa masa tengok kdrama time tengok Boys Over Flowers(boleh baca review kat sini).haha. Sekarang ni aku sangat tak sabar untuk tunggu download links dia untuk episode latest termasuk subtitle dia semua. Drama ni masih lagi airing kat Korea masa aku tulis entri ni. Penantian itu satu penyeksaan =..=

Dalam masa yang sama jugak, aku layan The Princess's Man. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan drama ni. Dia punya cerita macam Romeo and Juliet punya jalan cerita padahal mana ada sama sangat. Ni dia pakai kisah dinasti ke berapa entah. Jadi cuma Hanbok(baju tradisional orang korea) je akan kelihatan. Ini kali kedua aku tengok cerita yang pakai background dari zaman dinasti. Dedulu ada lah layan Jewel in the Palace gak. Layan punya layan cerita ni sampai episode 2 dah ni, aku suka pula hero dia Park Si Hoo tu wehh. Jadi hero dia yang buat aku nak tengok sampai habis :D

*Wuuuu Park Si Hoo! I love you! (mata simbol love)*

Nasib baik cerita Protect the Boss dengan The Princess's Man pakai lain lain zaman. Kalau tak mahunya kepala otak aku pening sebab tengok cerita yang sama dalam satu masa. Maksudnya sekarang tengok Protect the Boss, lepas sejam dua layan The Princess's Man. hoho.

Masa akan datang nak layan cerita Prosecutor Princess dengan Myung Wol the spy pula :p. And tak lupa juga kepada cerita Athena yang masih pending dan juga cerita My Girlfriend is a Gumiho dengan You're Beautiful yang aku rembat dari kawan hari tu. HAHA. Pack gila kan jadual aku? Final exam aku pun dah start. T_T Matilahhh kan? HAHA.

Mana nak download semua kdrama yang aku mention kat atas ni? Sila sila lah rujuk entri ini yang aku tulis sendiri itu hari.

ps: dengar cerita Jepun sana dah tengah tayang Detective Conan Season 1 dalam bentuk drama. eheeemm. Bertambah lah dalam list pending aku gamaknya.

Senin, 22 Agustus 2011

Website untuk download drama Korea.

Ramai yang tanya kat mana nak download kdrama dengan asian movie/drama yang lain. Kalau nak beli macam mampu plak kan? Jadi solution dia ialah DOWNLOAD atau tengok secara online je lah. Aku lebih prefer download sebenarnya. Kalau nak tengok online ni azab betul nak buffer satu part by satu part. Tapi ikut selera masing masing. Kalau rasa rasa internet laju nak mati boleh lah buffer laju laju kan. hehe.

Antara beberapa website yang provide download link yang aku dah cuba sendiri sepanjang menjadi pengemar download drama Asia ni. Eh tak ada lah tegar sangat hihi.

recently watched : Iris and City Hunter.
now hunting for Athena : Goddes of War ^_^

Download site.
1. Heavenofdesires [link]

Of course lah rekemen site ni dulu kan? Kawan aku punya weh. Size satu episode kdrama tu yang depa selalu provide 200MB - 300MB. Mediafire link.

2. Doramax264.com [link] Backup site: doramax264.org [link]

Baru cuba download Iris dari sini. Size dia pun kecik. 150MB - 350MB selalunya. Guna Megaupload dengan Mediafire.

3. Mediumquality [link]

Tak pernah lagi cuba. Di-rekemen oleh Jom PHP melalui entri dorang yang ini. Sama macam Dorama. Size depa kecik 150MB - 350MB. Mediafire link.

4. Mediafiremovie [link] Backup site: amyputra-movies [link]

Website ni baru provide kdrama section. Cuma movie yang baru-baru on air je dorang share kat sana. Try search :p. Size satu episode selalunya 200MB (kadang-kadang tak sampai 200MB pun :D). Pakai .rmvb yang boleh buat VLC player crash :( Download City Hunter dari sini :D

5. ItsKpopIsh [link]

Ni site dia provide Mediafire link. Size file dia besar 800MB selalunya. Tapi pakai Mediafire server yang laju tu. Tu yang best :p

6. Lets-Look [link]

Sebuah forum yang provide download link untuk cerita Asia. Kalau nak download link kena register dan login dulu.

7. MyAsianCinema [link]

Yang ni bukan forum tapi kena register dan login baru kau orang dapat download link dia. Selalunya depa provide Megaupload dengan Fileserve (pandai pandai ahh bypass proxy guna cara kat sini :p). Size file 800MB.

8. Kimchi Download [link]

Tak pernah test download dari website ni lagi. Kalau kau dah try website bagi tahu feedback korang eh :D Aku choose this website sebab file untuk satu episode kecik je antara 245MB - 350MB je. Jenis hoster yang dia pakai dari Crocko.

Subbing Site.
Kalau tak ada subtitle English, ini antara website yang aku rekemen.
1. Haru2subs [link]
2. Withs2 [link]
3. DarkSmurfSub [link]
4. D-Addicts [link]

Online Stream (tengok online)
1. Mysoju [link]
Siapa tak kenal website ni kan? Dedulu stream online tengok Coffee Prince, Personal Taste dengan Boys Over Flowers kat sini. hehe.

2. NatNatVip-Online [link]
Pernah stream cerita Together (cerita Singapore) kat website ni. Macam Mysoju semua cerita Asia terkumpul kat sini.

3. Viki [link]
Kalau nak tengok latest drama kat website kena pakai trick sikit. Sebab depa dah block sesetangah negara termasuk Malaysia supaya tak boleh tengok drama latest yang dorang upload dalam tu. Jadi bypass proxy pakai Cocoon ya. Cara bypass boleh baca artikel dari Jom PHP ataupun cara dari entri ini. But I prefer using Cocoon :p

4. Dramacrazy [link]
Salah satu site yang aku must rekemen selepas Mysoju. Dedulu pernah lah usha site ni. Ada anime sekali dalam ni.

5. Dramafever [link]
Satu-satunya website yang ada lesen dari company Asia untuk upload drama dalam website ni. Jadi tak yah takut kalau kalau episode kena remove ke apa sebab issue copyright. Kalau tak nak iklan langsung, boleh lah jadi member Premium dorang. p/s: Kena pakai Cocoon untuk stream sebab dia tak ohttp://www.blogger.com/img/blank.gifffer untuk Malaysia. Mana nak dapat Cocoonhttp://www.blogger.com/img/blank.gif ni? Boleh tengok kat Jom PHP

6. Animehere [link]
Ini bukan tempat tengok kdrama ke asia drama ya. Sini khas untuk tengok anime secara online. Aku jumpa site ni masa tengah search drama Iris. Siapa dah pernah try website ni?

7. Kimchi Drama [link]
Kawan kawan rekemen this site ! ;D

Nak download movie selain cerita dari Asia? List dia boleh tengok kat sini atau entri ini ya. Cara pasang subtitle boleh tengok sini ok?

Jadi pilihan korang yang mana satu? Ke website pilihan korang tak ada dalam list aku ni? Boleh lah share kat komen ya.

Jumat, 22 Juli 2011

macam mana nak masuk website warez-bb.org?

Sebenarnya untuk yang belum tahu lagi, SKMM dah block warez-bb.org sekarang ni. Perkara ni dah berlaku sejak sebulan lepas. Ada lagi 9 website download yang dah kena block sebenarnya. Warez-bb.org salah satunya [Berita]. Aku ingatkan semua orang dah tahu. Tapi masih ada lagi yang bertanya pasal warez-bb.org ni kenapa tak boleh buka.

Semua orang sayang warez-bb.org. Gudang terbesar untuk download movie, apps dengan games. Ada dua cara untuk membolehkan kau kau orang bukak website tu balik. Cara cara ni boleh digunakan untuk unblock semua website yang dah disekat.

1. Bypass proxy.
Senang sahhaja cara ni. Install software nama UltraSurf [link]. Pastu bukak UltraSurf setiap kali nak masuk warez-bb.org. Tapi susah nak download dari website macam Rapidshare dengan Megaupload. Nanti keluar message macam ni:

Selalunya terjadi sebab kita tengah share IP address dengan orang lain bila pakai software macam UltraSurf ataupun CyberGhost [link]. Kalau bernasib baik mungkin kau seorang sahaja user yang pakai IP address tu. Tapi possibilities untuk berlaku ialah 20%. Software macam ni cuma sesuai untuk stream video dari site yang kena block macam RedTube tu. HAHAHAHAHA!

Kalau tak nak install apa apa software. Boleh cuba website ni Masokis [link] atau Hide My Ass [link] untuk bypass. Cuma masukkan url website tu lepas tu tekan GO.

2. Tukar DNS.
Cari ni paling efektif. Tak ada masalah download. Boleh surf dengan suka hati. Tak payah susah payah nak buka software bypass proxy tu setiap kali nak buka warez-bb.org. hehe. Macam mana cara dia? Cara ni tak boleh pakai langsung kalau kau guna broadband. Aku dah test kat Maxis Broadband aku. Tak pass langsung. Dah test kat Streamyx. Boleh pass :)

Aku pakai windows 7. Pergi kat Start > Control Panel > Tekan Network and Internet > Tekan Network and Sharing Center > Sidebar : Change Adapter Settings > Right Click kat Local Area Connection. Kalau pakai wifi, righ click kat Wireless Network Connection > Properties.

Tengok gambar bawah ni lepas dah tekan Properties tu.



DNS lain yang kau orang boleh guna try tengok sini [link].

Nak tengok cara lain? Boleh rujuk artikel ni [link].

Aku jarang nak download movie dari warez-bb.org tu lah. Sebab aku tak ada account premium. Tak sedap lah nak sedut tanpa account premium. Jadi selalu download software atau game yang dorang dah crack sesiap kat sana. Movie movie aku suka download pakai mediafire je dan contoh faveret website aku ialah mediafire4u.com dengan mediafiremovie.org. Lagi laju dia punya transfer rate.

Senarai website download lain yang aku rekemen boleh rujuk entri ni[link]
Cara pasang subtitle boleh tengok sini ok?

Selamat mencuba yaaa!

Kamis, 14 April 2011

melamar pakai webcam. This is so manis.

Cara baru untuk melamar si awek. Lebih jimat. Lebih romantik.
Tak payah nak melamar depan candle light dinner yang cost beratus ratus hanya untuk dua orang makan. Tak payah pakai baju cantik cantik yang mahal mahal.


Aku jumpa video ni dari blog Joegrimjow

Sebenarnya kalau #futurehusband aku melamar depan webcam aku memang get impressed and terus say YES. YES YES YES! How would I let go a guy like you :). Dah lah hensam laki dalam tu.

Tapi mengikut interview satu TV dari sana. Lamaran itu cuma lakonan daripada pihak lelaki tapi pihak perempuan(Diana) tak tahu apa apa pun langsung. Lelaki tu dah kawan kawan tu nak tunjuk kat dunia yang sesiapa pun boleh berjaya melamar cuma dengan patung kuda, pizza dan nyanyi melalui webcam. Patung kuda (?). Ha kena lah tengok video tu sampai habis.

(she says yes. she didn't know anything. We didn't wrote anything else. she only know that she is being proposed to)
via Behind The Scenes


Tapi sejak pelamaran itu. Diana tak contact langsung si lelaki tu. Last last masing masing menjadi strangers semula. haha.

Lelaki tu memang dah kawin dan ada dua anak dah. Jadi tak ada siapa tahu siapa Diana sebenarnya dalam webcam tu. Sedih juga kepada Diana. Mesti dia ingat dia betul betul dilamar oleh seseorang yang baru dia kenal melalui website tu kan. Hurm :'(

Website Chatroulette tu tempat kau berkenalan dengan orang secara random kat seluruh dunia ni menggunakan webcam. Aku dah try masuk hari tu. Dalam masa 3 saat aku terus tutup webcam aku walaupun aku dah nampak muka mat salleh yang agak tua kat sebelah sana dah. At least bagi lah aku yang muda sikit. Cis cis cis. Takut punya pasal terus tutup website tu. haha.

Kalau kau nak try, masuk je website Chatroulette tu lepas tu enable mic dengan webcam. Lepas tu hati hati lah masa berkenalan kat sana tahu :)

Selasa, 22 Februari 2011

cara hilangkan photo theater kat Facebook.


ehem!

Atas ini ialah gambar profile aku yang dilihat menggunakan Photo Theater. Satu lagi fungsi terbaru yang diperkenalkan oleh Facebook. Sebenarnya aku rasa biasa jah fungsi terbaru dia. Smooth jah nak load. Kalau lambat load tu masalah internet kau. kihkihkih.

Kalau kau tak suka atau rasa annoying dengan fungsi baru ni kau boleh disable dengan beberapa cara. Sama ada kau tekan butang F5 masa Photo Theater kau tengah berlari (baca : running). atau install menggunakan userscript. Ataupun kat mouse kau tu, kau tekan butang tengah. Tekan roda kat tengah tu. Nanti gambar tu akan diview menggunakan tab yang baru.

Cara nak pakai userscript kat Firefox. Mula mula kena ada add on monyet ni dulu (Greasemonkey). Install dulu add on monyet ni tau.

Pastikan muka monyet kat bawah kanan Firefox kau tu berwarna. Kalau tak ada kaler maksudnya kau belum on lagi monyet tu. Tekan kat muka monyet tu untuk On. Tekan lagi untuk Off. Kalau yang dah ada add on ni boleh lah laju laju install script untuk disable kan Photo Theater ni.

Install Facebook Photo Theater Killer dulu. Dah install semua baru kau restart Firefox. Login Facebook. Tekan mana mana gambar dalam album. Cuba lihat magik yang berlaku di sana! haha.

Itu kalau pengguna Firefox lah. Kalau pengguna Chrome macam aku ni. Tak payah monyet tu langsung. Kau terus install jah script dia -> Facebook Photo Theater Killer tu.

Kalau browser lain macam Opera ke. Aku tak tahu. Mungkin boleh pakai cara tekan butang F5 atau tekan roller tengah tu. Ataupun enjoy sajork sepenuhnya fungsi terbaru dari pihak Facebook. kihkihkih.

Senin, 21 Februari 2011

cara bermain game flash secara offline. Doodle flash game seronok!

Exam dah habis. Sekarang masa untuk duduk bersenang lenang dengan bergoyang kaki di hadapan PC sambil online sampai lebam. Aktiviti aku selepas exam hanyalah bermain permainan PC. Sepertinya permainan Sally's Spa. Lagi 5 level aku akan habis bermain Sally's Spa itu. Lagi. Aku juga bermain game flash seperti daripada website MiniClip.com. Tetapi aku bermain game flash secara offline bermakna tanpa internet connection langsung. Bagaimana itu?

Hey. Hey. Ada caranya. Dah lama aku pratikan cara ini pada game flash.
Mula mula kau kena download dulu aplikasi dia. Download sini -> Flash Offliner 8.91MB

Lepas tu extract semua folder dia pakai WinRaR. Tak ada WinRar? Boleh download sini -> Winrar 3.93 1.66MB

Dah download dah extract Flash Offliner kan? Masuk folder Install FlashOffliner lepas tu install lah dulu. Lepas tu lepas tu..

Langkah 1
Masuk File2Hd.com tau. Contohnya kau nak install game Doodle dari Miniclip. Copy paste dulu link dari Miniclip tu. Tick kau agree Term and Condition dia. Lepas tu pilih option Objects. Lepas tu GET FILES.

Pastikan setiap URL/Link bermula dengan http://------------.com ye. Kalau bermula dengan www.----------.com nanti tak jadi langsung.

Dah tekan Get Files nanti website tu akan tunjuk hasilnya. Contohnya untuk game Doodle ada dua hasil. Aku try link pertama. Right click dan select Save Link As. Kalau aku, aku boleh save pakai IDM :D !



Langkah 2
Lepas tu. Kau right click pada Flash Offliner kau yang sedang aktif kat system tray kau tu. Dan pilih Create New FlashOffliner Package.



Dah pilih. Dia akan keluar lagi satu window kan.


Kau isi dulu nama kau. Nama manja pun boleh. Lepas tu isi nama packer kau. Nama apa apa pun boleh. Kalau mahu masukkan url blog kau pun boleh. Tak nak isi pun boleh. Up2U.com lah. hehe.

Lepas tu tekan butang Select Game File. Cari semula game Doodle yang baru download tu. Lepas tu tekan butang Select Output Folder. Yang ni fungsinya untuk kau simpan kat mana file packer kau nanti. Contohnya aku simpan dalam folder FlashOffliner juga. Senang nak cari nanti. Last sekali tekan butang Start Packing.

Nanti ada lah pop up message kata game kau tu dah completed package.

Langkah 3
Lepas tu right lagi FlashOffliner kau tu. Kali ini pilih Install FlashOffliner Package.



Lepas tu dia akan keluar window suruh kau pilih file jenis .fop kan. Pilih file yang baru kau buat package tadi kat langkah 2 tadi. Dah pilih kau tunggu dia habis extract sendiri.



Dah habis extract cuba right click kat FlashOffliner tu lagi sekali. Ha. tengok. Kan dah ada nama game Doodle kat situ. Lepas tu click lah kat game tu. Ta daaaaa.. Kau dah boleh main game tu tanpa internet connection :D !


Nota Tambahan: Kalau kau right click kat FlashOffliner tu lepas tu cari Windows Size. Kau boleh pilih windows size berapa yang kau nak. Game Doodle tu aku taruk Full Screen :D !

Recommended Flash Games Site: MiniClip.com , GirlGamesNow.com

p/s: tengah sibuk main game Virtual Families, Sally's Spa dengan Runescape. :D !

Selasa, 11 Januari 2011

[heavenofdesires] tempat download drama dan movie korea

Update 21/3/2011: Baca entri ini kalau ada masalah dengan file WinRar, ZipFile dan .001 dan perkara perkara basic yang kau perlu tahu kalau men-download - 5 Perkara Yang Kau Perlukan Untuk Download Movie

Update 22/7/2011: Baca entri ni untuk tahu cara cara masuk website warez-bb.org dengan website lain yang telah disekat. - Macam mana nak masuk website warez-bb.org?

Update 22/8/2011: Senarai website untuk drama korea boleh baca sini - Website untuk download drama korea

Update 3/10/2011: Nak tahu cara pasang subtitle? Boleh refer sini. - Cara pasang subtitle dalam video/movie/drama

Announcement : Untuk senarai website lain, sini aku dah senaraikan semuanya dari koleksi aku sendiri. Harap dapat membantu dalam download movie ye! Yang aku senaraikan bukan terhad kepada movie sahaja. Asian drama dan TV Series pun include tahu! Semuanya boleh view sini : http://tinypaste.com/5b48fe

kalau nak tengok cerita korea kau boleh stream secara online kat MySoju atau Maaduu site sana. Tapi kadang-kadang a bit frust kan. Kena bukak banyak-banyak tab untuk satu part video tu and kasi dia buffer habis. Kadang-kadang satu episod tu ada 8 part. So kena bukak sampai 8 tab untuk tengok satu episod tu.

Aku ada satu website ni. Most rekemen daripada aku. Kalau kau jenis malas nak tunggu buffer yang kadang-kadang hanya berjaya buffer separuh. Kau boleh download. Tak banyak site sebenarnya yang bagi link download cerita korea ni. Kalau ada pun dalam forum tapi forum selalu pakai rapidshare. ahaks.

Siapa yang ada premium account boleh lah pakai rapidshare. Tapi aku tahu semua orang suka barang free. Site ni sediakan link download dari Mediafrie dengan Hotfile. Hey! Cakap dengan aku siapa tak suka mediafire punya link? Semua orang suka kan. Dah lah unlimited. Free plak tu. Tak payah tunggu untuk download.

Subtitle pun disediakan ye. Tahu-tahu je lah tengok cerita korea mana lah kita paham sepatah haram yang dorang cakap tu kan. kihkihkih.

Btw, Aiman (pemilik dan admin site ni) ada sedikan untuk link download TV English Series tahu. Tapi khas untuk VIP jah. Means kena donate sikit tak kira berapa ringgit tapi jangan plak donate singgit mang - kihkihkih baru boleh dapatkan link download dia. Link download dia of course lah dalam Mediafire. Kalau kat tempat lain selalunya Megaupload dan Rapidshare kan? hihi.

Sebenarnya tak ada beza pun download dengan stream online. Sebab stream pun data kau akan disimpan dalam temporary folder. So seperti kau download juga.hehe. Dah habis download esok-esok boleh tengok lagi. Kalau stream online habis buffer kena tengok time tu jugak.

So sila terjah HEAVEN OF DESIRES ye untuk sedut banyak-banyak movie korea ye!

Selasa, 13 Juli 2010

Top 5 Website Untuk Download Movie

Update 21/3/2011: Baca entri ini kalau ada masalah dengan file WinRar, ZipFile dan .001 dan perkara perkara basic yang kau perlu tahu kalau men-download - 5 Perkara Yang Kau Perlukan Untuk Download Movie

Update 22/7/2011: Baca entri ni untuk tahu cara cara masuk website warez-bb.org dengan website lain yang telah disekat. - Macam mana nak masuk website warez-bb.org?

Update 22/8/2011: Senarai website untuk drama korea/taiwan/jepun boleh baca sini - Website untuk download drama korea/taiwan/jepun.

Announcement : Untuk senarai website lain, sini aku dah senaraikan semuanya dari koleksi aku sendiri. Harap dapat membantu dalam download movie ye! Yang aku senaraikan bukan terhad kepada movie sahaja. Asian drama dan TV Series pun include tahu! Semuanya boleh view sini : http://tinypaste.com/5b48fe

Aku nak share 5 websites yang aku selalu pergi untuk download movie. Kalau orang Malaysia sebut sedut movie.keh keh keh. Tak kira lah latest ke old school punya movie ke, kalau pandai search mesti jumpa kan. Ouh. Ini semua direct download. Aku bukan lah pencinta torrent yang sejati.keh keh keh.

Maka yang pakai broadband macam aku ni, aku tak sarankan download pakai direct. Kalau nak sangat download pergi CC download. Jimat bandwidth beb.kah kah kah. Ok. Stop merepek. Karang jadi entri ke laut.keh keh keh

01. Warez-BB
Forum ni dah jadi top list aku kalau aku nak cari movie ke apa. Kalau dead link, mesti cepat je link tu renew kepada yang baru. Cepat dan efisien.keh keh keh. Download link yang selalu ada Rapidshare, Megaupload dan HotFile. Tapi forum ni kena register dulu lah baru boleh dapatkan link download untuk movie tu. Games yang macam Diner dash, Sally Spa etc etc itu semua pun ada. Full. No trial. Member dalam forum tu dah crack awal-awal untuk kasi semua orang download. Dan zero virus.

02. Mediafire4u
Kat website ni hanya ada link download dari Mediafire sahaja. Siapa tak sayang Mediafire. Server laju kalau nak sedut tapi ikut time gak kadang-kadang. Website ni hanya kasi movie untuk disedut. Kepada yang peminat fanatik Hindustan. Korang boleh jumpa movie Hindi kat sini gak. Nak request movie? Tinggalkan movie apa kau nak kat shoutbox website tu.

03. Teh Paradox
Ini satu lagi forum yang sediakan link untuk download. Kena register gak baru boleh merasai kenikmatan senarai list movie yang ada dalam tu.kah kah kah. Aku jarang pergi kat forum ni sebab selalunya movie yang aku nak dah ada kat Warez-BB. Kalau tak ada baru search kat sini. Ouh. Sama macam forum Warez-BB. Download link yang selalu ada kat sana Rapidshare, Megaupload dan HotFile.

Itu antara port aku untuk search movie omputih.keh keh keh. Yang kat bawah ni port untuk cari movie malaysia dan movie omputih sekali.

04. Aku Muzik Hampa
05. Syok.org

Sebenarnya, banyak lagi website download dalam bookmark aku. Tapi yang 5 ni je aku rasa paling ok setakat ini. Korang lak selalu cari movie kat mana? Ke beli yang original je? LOL

Cara pasang subtitle boleh tengok sini ok?

Minggu, 28 Februari 2010

Cara Menghantar Sms FREE Ke Semua Operator

[UPDATE 2:18AM , 26 Feb 2011] - Website lain untuk hantar SMS percuma ke semua operator and MOST RECOMMENDED daripada aku ialah website MOSTSMS.COM. Servis yang tak pernah mengecewakan. Kau orang try guna :D

Aku tak tipu wehhh boleh hantar SMS FREE ok. FREE! Aku tahu pasal ni dari Abang Juju :D.awww awww awww. Jom check it out apa yang menariknya hantar SMS FREE :D

Ok. Korang masuk website For-ever dulu untuk try hantar SMS kat nombor phone korang. Tengok dapat ke tak. Jangan lupa tambah nombor 6 kat depan nombor phone korang tu. Contohnya; 60171234567.
Kalau tak nak guna website tu, kat sini ada satu program yang telah dihasilkan oleh Cybernetic88. Download program; SMS SPAMMER from Cybernetic88 p/s: Kalau server tak overload korang boleh hantar sms dengan mudah dan cepat. Kalau dah server overload sila cuba kemudian. ;pp

Lepas ni boleh la kacau musuh korang :D

Selasa, 20 Oktober 2009

Jika Dunia Ini Tanpa Internet

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




*What The F. No INTERNET??!!*

Mari renungkan bersama :001::001: jika dunia ini tiada internet ataupun internet tidak dicipta langsung. What would you be if you don't have internet??



*that guy in the video is so cute*

Video di atas membuat aku berfikir sejenak. Jika tiada internet walaupun sehari apa aku jadi pada diri aku.hoho. Dari pagi aku bangun sampai la malam aku tidur aku still lagi menggunakan Internet. Updated twitter, masuk facebook boleh jek pakai telefon bimbit kan asalkan telefon bimbit tu ada connection with the INTERNET.

Sehari kalau aku tak pakai Internet memang boleh bikin nazak nightmare woo. Tak caya? Sila percaya. Bayangkan kalau Internet tak dicipta langsung mesti kita semua akan jadi "katak di bawah tempurung".hoho.

Tanpa Internet Facebook even Blogger pun aku tak kan kenal. Tanpa Internet aku tak kan kenal dengan ramai otai Blogger. Tanpa Internet aku tak kan pandai dalam code HTML. Tanpa Internet aku tak kan dapat siapkan assignment aku. Tanpa Internet aku tak kan dapat bayar yuran semester aku. Tanpa Internet aku tak kan dapat ber-tweet dan updated blog. Tanpa Internet aku tak dapat download movie-movie atau lagu. Tanpa Internet aku..bla bla bla bla. Memang banyak sebab kenapa aku tak boleh hidup TANPA INTERNET.

In other place, I still thinking why I still using Streamyx even memang macam Hell connection dia kan. Sebab aku TAK BOLEH HIDUP TANPA INTERNET. Teruk or slow macam mana pun la aku still gunakan Streamyx. Aku seorang student yang tak mampu 1 nak bayar bil bulanan broadband yang mencecah ratusan ringgit itu. Cukup la aku berkongsi Internet dengan housemate aku.hoho.

So, how about you guys. Apa akan jadi pada diri kamu semua kalau TANPA INTERNET? ngupil

post signature


Jumat, 02 Oktober 2009

Toolbar Wibiya

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Sesiapa yang mahu install toolbar yang macam aku ada ni boleh la masuk ke website Wibiya. Toolbar tersebut dipanggil Wibiya (macam nama orang Siam).haha. Pengguna selain Blogger pun boleh install toolbar ni.




Kemudian request token dari admin website tersebut. Biasannya amik 3 hingga 4 hari token tu dihantar ke dalam inbox e-mail anda.

#Sorry tak de mood lately 31nak tulis blog. Sibuk dengan Final#
#Ini je la tutorial paling simple pernah aku tulis#
#Hope you all enjoy it!#:001:

post signature


Minggu, 24 Mei 2009

Convert Video Dari YouTube Menjadi MP3 Format

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.




Tutorial kali ini aku nak tulis convert video dari Youtube menjadi MP3 format tanpa menggunakan sebarang software. Cara ini sering aku gunakan bila aku malas :05: nak search lagu dari Google sebab kadang-kala aku tak jumpa langsung lagu yang aku mahukan tapi lagu tersebut ada di YouTube.



Agak mudah tutorial kali ini. Ayuh mulakan..




01.Sila masuk ke website ini terlebih dahulu.







02.Copy URL video YouTube pilihan anda.







03.Pastekan URL yang anda copy tadi itu di dalam kotak yang disediakan oleh website tersebut. Kalauh dah pastekan klik aje buatng Download tersebut.







04.Conversion sedang dilakukan.







05.Bila website tu dah habis convert video YouTube kepada MP3 akan keluarla download link MP3 tersebut. Klik aje pada butang DOWNLOAD MP3.







06.Selepas klik butang tersebut akan dibawa ke laman lain untuk meneruskan penyedutan MP3 tersebut:09:. Klik pada butang DOWNLOAD YOUR MP3.







07.Selesai! Kini anda sudah ada lagu MP3.



Notakaki: Hanya boleh convert dua video sahaja dalam sehari. Kalau nak convert banyak-banyak dalam satu hari, sila la sign up menjadi ahli dalam website tersebut.



-Selamat Mendengar-:Onion23:


post signature