Senin, 20 Juni 2011

Tips Kecantikan : Buat face treatment sendiri.

Hai semua orang. Kali ini aku nak kasi tips kecantikan. Perempuan lelaki boleh cuba tips ini. hihi. Jom jom jom ikut tips ini :)

Korang mesti selalu biasa kan beli face mask yang harga sehelai RM5 hingga RM7 tu kat kedai kedai macam Watson atau Guardian kan? Pffffttt. Mahal ok? Sehelai baru RM5. Dah lah boleh pakai satu malam sahaja. Habis malam besok, kena beli lagi. Bayangkan sebulan dah berapa ringgit tu habis. Padahal tak ada efek langsung kat muka.

Tapi tapi tapi kali ini aku ada tips nak baca untuk buat face treatment sendiri ni. Tak mahal pun bahan bahan yang diperlukan. Masa yang diperlukkan tidak lebih dari 20-30 minit. Jadi memang cepat mudah dan yang paling pentinggggggg sekali MURAH! - huehuehue.

Tips kali ini 100% handmade. Dah kata buat sendiri kan. Selalunya aku akan perhabis RM15 untuk bahan bahan dia. RM5 untuk 5kg lemon. RM3 untuk 1kg timun dan diy compressed face mask satu paket ada 15 mask dan berharga RM5. Diy compressed face mask cuma ada kat Watson sahaja. Kat kedai lain tak tahu lah ada ke tak jual.

Trivia : Diy Compressed Face Mask ni dia dalam bentuk bulat bulat kecik. Tapi lepas rendam dengan bahan bahan yang kau buat tu nanti face mask dia terbentuk sendiri. Kiranya dia hanya respon untuk bahan cecair sahaja. Jadi simpan elok elok. Jangan kena air.

Mula mula sekali sediakan bahan bahan dan alatan yang penting dulu :)

Bekas (tak kisah bekas apa pun. Janji boleh guna)
Alat untuk sagat buah tu (kaler oren tu contohnya)
Pisau.
Lemon.
Timun.
Diy Compressed Face Mask.
Pinggan dan mangkuk.

Pastu potong lah lemon tu kepada dua bahagian. Perah sekuat hati kau lemon tu ke dalam mangkuk. Aku prefer guna sebiji lemon terus. Sebab lemon ni ada vitamin C. Elok untuk kulit muka :). Boleh hilangkan jerawat, kurangkan kulit berminyak dan boleh kasi putihkan semula kulit.

Kalau nak hasil lebih cepat, banyakkan jus lemon dan kurangkan jus timun ok? Walaupun kau akan rasa sakit terutama sekali bila kat jerawat baru tumbuh, tapi hasilnya sangat berbaloi :D


Kalau dah habis aktiviti memerah lemon juice. Sekarang kita akan perah imun. Kita hanya mahukan jus timun sahaja. Selalunya sambil sagat timun aku curi curi makan timun tu sikit. hikhikhik. Orang cakap khasiat yang ada pada timun mampu hilangkan eyebags.


Pastu pastikan tangan kau tu dah bersih. Sekarang kita akan mula perah timun tu. Genggam sikit timun tu kat tangan lepas tu perah lah masuk ke dalam mangkuk yang berisi lemon tadi. Perah sampai dah tak ada jus. Sampai kering pinggan tu pun tak apa :p.


Dan hasil campuran jus timun dan jus lemon :


Untuk asingkan sisa sisa timun yang terjatuh dalam mangkuk masa perah dengan biji biji lemon dalam mangkuk tu, kita akan guna penapis teh.


Ha. Dah habis asing tu, tuang bahan kau tu masuk dalam botol atau bekas. Tak kira lah bekas ke botol janji boleh guna. Lepas dah tuang dalam botol tu, simpan dalam peti sejuk. Biasannya boleh tahan selama 10 hari. Lepas 10 hari dah tak berkesan dah kalau guna pun.


FACE TREATMENT TIME!

Ambik satu face mask tu. Buka dulu ok pembalut plastik dia tu. Karang tak buka memang tak kembang terus. Pastu masukkan dalam bekas. Dan tuang sedikit bahan yang kau dah buat tu dalam bekas tadi. Tunggu dalam 10-15 saat. Nanti face mask tu akan terbuka sendiri sedikit demi sedikit :)

Selalunya aku pakai face mask ni selama 15 minit - 20 minit dan dipakai waktu malam sebelum nak tidur. Lepas dah tanggalkan mask tu, basuh muka pakai air. Dan lepas tu dah boleh tidur - haha.

Kesan yang aku perasan selepas aku pakai selama dua minggu berturut turut ialah muka dah tak berminyak macam dulu. Jerawat baru pun takut nak naik ke muka. Kalau dulu asal stay up sampai ke subuh je besok dah ada jerawat baru - grrrr. Kalau muka tengah ada jerawat masak, akan menimbulkan kegatalan kat jerawat tu masa pakai mask tu. Janji tahan jangan garu langsung. Dah banyak aku kali kena memula pakai dulu.

Kalau korang nak tengok video untuk tips ni pun ada. Tapi bukan aku lah yang dalam video tu - HAHA. [Video]

Tips ini dikongsi dari @didyajustsaytht. Thanks babe untuk tips ini. Kalau tak sampai sekarang aku mungkin sibuk picit jerawat - lol. Dia kata muka dia sekarang dah kurang jerawat naik. Terbukti berkesan kan? Just give it a try :)

tip tambahan: kalau jerawat tengah naik dengan giat, letak setitik dua tea tree oil. - @didyajustsaytht

That's all for today. See you next time.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar