Senin, 08 Agustus 2011

untuk lelaki sengkek: macam mana nak jaga awek high maintenance?

Entri ini diadaptasi dari blog Joerimjow. Biar saya tambah beberapa tips yang senang sikit.



Bercerita tentang awek. Mesti ada yang terbayang awek pesen Hana Tajima dalam fikiran. Kalau bukan pun, mesti yang terbayang awek yang bersolek sakan.



From head to toe mesti semua barang branded kan?



Kalau nak dating mesti kat tempat memahal beb. Sekali makan dah boleh habis dekat RM30 - RM50 satu kepala. Tak main lah dating kat gerai mamak bawah pokok. Tak menepati standard awek tu katanya.



Nak salahkan laki tu pun tak boleh. Dah jodoh dia kena dengan awek yang high maintenance ni nak buat macam mana. Kerja jual burger je tapi ada awek punya high maintenance. Boleh juga salahkan laki tu sebab mengatal nak test market sampai ter errr ter-kapel lah dengan awek jenis macam ni. Nak lepaskan sayang. Sebab cantik. Pandai berfahsion and so on kan? Tapi diri sendiri yang terbeban.



1. Join Login Facebook dapat RM100.





Fuyohhhh. Sekali login Facebook kau yang cuma ada 3 kawan tu boleh untung RM100! Hari hari plak tu. Kalau 7 hari? Untung sekali RM700. Dengan duit itu macam macam kau boleh beli untuk awek kau tu. Handbag Gucci? Kasut Jimmy Choo? Baju Dorothy Perkins? Nak buka puasa hari hari dengan awek kau kat hotel secara buffet yang kena bayar RM60++ tu pun mampuuuuu youuuu! Dah tak main dah bazar bazar ni.



2. Beli hadiah kat Petaling Street.

Siapa tak tahu kat Petaling Street jual barang tiruan dengan sangat murah sampai dengan ori dengan tiruan pun orang nak bezakan pun payahhhhh. Kualiti of course kualiti China made. Ini boleh save duit kau. Kalau besok awek mengadu beg tangan Petaling Street dia dah rosak, apa lagi pecut pergi Petaling Street beli lagi satu. Nak beli 10 pun boleh kalau kat sana. Jangan cakap pula kau beli kat Petaling Street. Mahu kena baling dengan mangkuk kat kepala kau nanti. HAHA!



3. Tukar tempat dating yang tak ada kedai kedai mahal tu.

Elakkan bawa makwe jenjalan kat mall. Tapi beli sesiap dulu hadiahnya kat Petaling Street. Letak hadiah tu dalam kotak yang cantik. Pastu pergi date kat tasik ke pantai ke. Tak kan setiap hari nak jenjalan kat mall yang sama dengan kedai kedai dalam tu pun semua sama. Sekali sekala pergi lah dating kat muzium negara ke. Zoo ke. Ini juga boleh elakkan awek kau membeli belah dengan kad kredit kau sampai meletup gunung berapi tu baru sedar dah sampai limitnya. HAHA!



4. Makan meggi (tips oleh Joerimjow).

Tahu tak makan meggi dapat jimat duit kau? Makan meggi telur je lah hari hari demi untuk kumpul duit untuk beli hadiah mahal mahal untuk awek jenis ni. Apa salahnya berkorban sikit demi masa depan hubungan korang kan? Duit yang dikumpulkan tu boleh beli teddy bear ke. Baju sehelai ke untuk awek kan. Ada duit lebih tu boleh lah menabung kat bank untuk duit kawin korang nanti.



5. Kawin.

Disebabkan awek kau tu nak buat wedding grand nak kalahkan Prince William dengan Kate Middleton tu, seharusnya kau memang tak akan mampu buat wedding macam depa tu melainkan kau ni dari kaum kerabat, ada satu jalan short cut untuk kau kawin dengan awek kau. Kau ajak awek kau pergi hotel. Pastu kau telefon JAIS tu. Pasti JAIS tu datang on time tangkap korang konon konon korang berkhalwat. Nanti nikah kat mahkamah. Kan dah jimat kos nak buat kenduri. HAHAHA!



Bila dah kawin, dating kat rumah je. Lebih jimat kos minyak kereta dengan duit hadiah semua tu. Kan lebih elok tu. Selain tu kang kalau dibawa keluar melaram sakan bini kau tu. Semua laki tengok. Kau juga yang susah hati nanti. Bila dah kawin, kalau bini kau tu minta macam macam hadiah dari kau..kau cakap, nafkah batin kan dah bagi. Apa lagi yang tak puas hati ni? Nilai batin aku lagi tinggi lah dari hadiah hadiah semua tu. errr *larikkkkkkk*





Korang rasa agak agak tips aku ni berguna tak? HAHAHAHA! Aku tak tanggung sebarang risiko yang kau hadapai semasa sebelum atau selepas kau mengikuti tips aku ini. Lantak kau lah - kehkehkeh. Semoga berjaya kekalkan hubungan kau dengan awek high maintenance ;)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar