Senin, 26 September 2011

Resepi : Sandwich Telur Dadar.

*gambar diambil pagi tadi. nampak lazat?*

Sandwich telur dadar ni sebenarnya bapak aku yang buat untuk kitaorang adik beradik sebelum pergi sekolah. Mak aku tukang kejut kitaorang bangun, bapak aku tukang buat sarapan. Sandwich ni aku makan dari aku kecik sampai lah aku besar macam ni. Sandwich ni paling senang dan cepat nak buat sebab bapak aku rushing nak pergi kerja. Mana ada masa nak buat sarapan mewah mewah weh. hahaha!

Bahan-bahan:
1 biji telur.
Minyak masak untuk goreng.
Sos cili apa apa jenama pun boleh.
Planta.
2 keping roti.

Cara-cara:
1. Pukul telur tu sampai sebati.
2. Goreng telur tu.
3. Habis goreng masukkan dalam pinggan.
4. Letak dua sudu besar sos cili kat telur dadar tu.
5. Cincang sampai lumat telur dadar tu.

Ini lah dia rupa telur dadar yang dah aku cincang pakai sudu garpu segala.

6. Sapu planta kat roti.
7. Ambik sikit telur dadar yang dah kau cincang tu and sapu kat roti. Biasanya sebiji telur cukup untuk 2 keping roti sahaja.
8. Tambah mayonis kalau nak.

Bapak aku suka letak bawang putih yang dah dilumatkan tu goreng bersama telur dadar tu. Dia tahu aku tak suka bawang. Sebab tu dia lumatkan bawang tu. Biar aku tak perasan langsung kewujudan bawang dalam roti aku. wakakaka.

Pastu dia potong hot dog jadi size kecik kecik tu and goreng lepas tu gaulkan dengan telur dadar yang dia dah lumatkan tu. Sumpah sedap. Tapi bahan kat rumah sewa aku ni tak cukup. Mayonis pun tak ada. hehe.

#dearfuturehusband boleh tak hari hari kita makan sandwich telur dadar ni? :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar