Tampilkan postingan dengan label Kontest. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Kontest. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 November 2009

Quick Update: Saya Menang.

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Macam dah lama tak bukak Blogger. Bukan tak nak bukak or tak nak updated, tenet umah aku macam laknat sikit kalau bab-bab bukak website yang ada kaitan dengan Google. Sedih taw 1. Sekarang ni aku tengok tenet aku berdesup laju so amik peluang ni untuk updated sikit.

Masih ingat aku ada join satu kontest dari Feltwishes yang bernama Giveaway? Aku dah menang dah kontest dia. Walaupun bukan tempat pertama tapi aku tetap suka hadiah yang Haida (admin Feltwishes) berikan. I won the second prize. Mari lihat hadiah apa yang beliau berikan:

Tadaaa ini la dia hadiahnya,



dompet dan juga keychain berbentuk Panda. Sangat cantik sangat cun sangat cumil.

Sedikit tentang Feltwishes:
01. Handmade keychain.
02. Keychain murah.
#sila lawati blog Feltwishes untuk keterangan lebih lanjut.

btw,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

opss. Jangan terkejut. Ada ultraman versi girl-girl yang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha.haha. Chill.


*gambar dicilok dar Facebook*

Selamat Hari Raya Aidil Adha.


post signature


Sabtu, 14 November 2009

Feltwishes Giveaway Day

Ini kali pertama aku join kontest jenis macam neh - Giveaway.

Giveaway pasal apa?
Kena tulis pasal item yang akan diberikan oleh Feltwishes.

Syarat untuk join Giveaway:
1- wat entry psl product bru sy nih dan bg komen/cadangan anda. Komen/cadangan gak psl produk sy yg lain.
2- Link kn giveaway nih di blog anda supaya lebih ramai org leh join...
3- tglkn link anda di comment box.

tarikh tutup pd 22 November 2009.


Feltwishes pasal apa?
Blog yang jual aksesori henfon contohnya phone strap, beg telefon bimbit dengan key chain yang cumil-cumil dan MURAH. Semua barangan yang dijual ialah HANDMADE oleh Haida.

Nak bagi item apa?
Ini la dia:



Diberi nama Deco. Deco digunakan untuk gantung kat dinding sebagai perhiasaan. Tu pasal nama dia DECO. Panjang 20cm. Cantik? Yeah~ Ini la barang yang aku akan dapat kalau entri giveaway aku berjaya mencuit hati Haida.hehe.

Pernah order items dari Feltwishes?
Yup. Pernah dua kali setakat ni.

Item pertama yang aku order:





Item kedua yang aku order (hadiah untuk pemenang sagu hati kontest aku):



Kesimpulan untuk item yang pernah saya order: Berkualiti dan murah. Termasuk cun melecun. Item lain yang Haida post kat blog dia menunjukkan beliau seorang yang tersangat la kretif dalam menghasilkan item-item begini. Tapi aku masih belum berkesempatan untuk membeli kesemua item Haida.haha.

Untuk menempah item sila la lawati blog Haida yang diberi nama Feltwishes.

So can i win ur Giveaway? Ewahhh. Nak kasi rasuah sikit.hehe. :001::001:

post signature


Minggu, 08 November 2009

And The Winner Goes To..

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



First of all, terima kasih kepada para blogger yang dah join Kontest Sempena Hari Jadi Aku Yang Ke-18. Memang terharu la bila tengok ramai yang join.hoho. Kontest tu pung expire bulan lepas. And now pemenangnya akan diumumkan sekarang. SEKARANG.





Pemenang utama RM10 ialah Ariey. Ini slogan daripada beliau.



Komen: Slogan ini dipilih kerana beliau telah teka dengan betul apa yang aku nak. Aku perlukan lebih banyak duit sebab aku student yang dah pokai. Aku boleh ketawa bila beliau perli aku seorang yang pokai. Jaga kau Ariey. Nanti aku kejekan kau.haha.grrrrrr

Dan 3 pemenang sagu hati ialah:

01. Rara



Komen: Aku suka slogan kedua kau tu wehh. Awww. Nanti aku try letak banyak-banyak tepung supaya jadi lagi HOT okay!

02. Syin



Komen: Tak sia-sia ye kau hantar banyak-banyak slogan dan ini la slogan dari kau yang paling menarik perhatian aku. Yeah~~ Tolong bagi aku seorang budak genius yang halimunan untuk tolong aku jawab exam nanti.hoho.

03. Unwanted



Komen: Walaupun pada mulanya slogan pertama kau seperti memperli aku dan kita hampir bergaduh tapi aku tak simpan dalam hati. Aku suka slogan kau neh sebab bermakna sangat-sangat bila ada manusia yang baik hati dan murah hati bagi aku RM8 lepas kontest neh. Aku harap kau la orangnya. Boleh?haha

Sila jangan pertikaikan kenapa aku pilih Ariey sebgai pemenang utama dan Rara, Syin serta Unwanted sebagai pemenang sagu hati. Tiada unsur rasuah ok. Kepada yang menang, aku akan hubungi kamu semua di blog korang ye.

p/s: Tak senang woo nak pilih satu slogan terbaik dalam 62 slogan yang terkumpul. Memang rambang mata aku dibuatnya. Yang tak menang jangan la berkecil hati. Ada rezeki nanti aku buat lagi kontest ye. Kot-kot yang tak menang tu la pemenangnya nanti. Peace.

post signature


Sabtu, 31 Oktober 2009

Penutupan Kontest Sempena Hari Jadi Aku Yang Ke-18

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Rawr. Dah 1 November 2009. Dah sebulan berlalu. Aku akhirnya boleh tutup kontest aku tu dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada yang sudi join kontest aku tu mantabs. Tak sangka kontest aku tu mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Wow! 62 slogan terkumpul yang perlu aku baca dan pilih pemenang utama dan 3 pemenang sagu hati.hoho.


Don't worry, seminggu dari sekarang pemenang bertuah tersebut akan diumumkan di entri aku yang akan datang.

-Happy Blogging-9

post signature


Kamis, 29 Oktober 2009

Kontest Sempena Hari Jadi Aku Yang Ke-18

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



THIS CONTEST IS OFFICIALLY CLOSED ON 1 NOVEMBER 2009

#Ini adalah sticky post. Sila baca entri terbaru di bawah entri ini#





Sempena hari jadi aku yang ke-18 32 aku ingin mengadakan kontest di blog aku neh. Ini kali pertama aku buat kontest (selama neh reti join kontest je).haha. Hari jadi aku bila? 1 OKTOBER 1991. Means now I am 18~heeeeeee


Cara:
01. Lengkapakan slogan ini: Hadiah hari jadi amoi yang paling ideal ialah...
02. Sila nyatakan sekali sebab mengapa hadiah tersebut ideal untuk aku.

Contoh slogan: Hadiah hari jadi amoi yang paling ideal ialah pencil box zaman tok nenek moyang kerana amoi hanya layak menggunakan barang macam tu and..bla bla bla bla.....
(see ada kan sebabnya dinyatakan)

03. Sila post slogan tersebut di bahagian komen entri ini.
04. Tiada had perkataan akan dikenakan. Suka suki la nak tulis berapa panjang pun!
05. Boleh hantar seberapa banyak slogan pun. Sejuta pun boleh.
06. Slogan boleh dalam bahasa rojak (BM + English).

Syarat:
01. Warganegara Malaysia. Aku bukan diskriminasi tapi aku tak reti nak bank in hadiah or top up kat nombor telefon oversea.haha.
02. Yang tak de blog pun leh join. Asalkan tinggalkan email untuk aku contact semula kot-kot ko la pemenangnya kan.
03. Slogan TIDAK harus la berbaur lucah, TIDAK menyentuh sensitiviti kaum or politik.

Hint:
01. Slogan yang funky.
02. Slogan yang lawak.
03. Slogan yang bukan poyos or skema tahap gaban.

Hadiah:
01. Hanya satu slogan yang paling menarik tertarik da bomb akan dipilih untuk memenangi RM10.
02. RM10 (bank in or top up). Aku seorang student yang sentiasa pokai. Hadiah pun tak seberapa.13
03. Turut disertakan ialah 3 orang pemenang sagu hati berupa phone strap (keychain yang gantung-gantung kat henfon tu).

Tarikh tutup kontest:
1 Okt 2009 sehingga 31 Okt 2009. (sebulan)
Pemenang akan diumunkan bila-bila masa selepas tarikh tutup tersebut. So be alert.hehe.

Mudah je kan nak menang RM10?



-Selamat Mencipta Slogan-12

post signature