Tampilkan postingan dengan label buku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buku. Tampilkan semua postingan

Selasa, 13 September 2011

Wordless Wednesday #17: Buku

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com


Selasa, 06 September 2011

kau dah boleh order Kitab Terfaktab #1 (pre order)

HAHAHAHA. Masih tidak percaya aku dah jadi penulis yang dah terbitkan buku. Bersama penulis Terfaktab yang lain, terhasilah kitab ni. *bangga* Kisah yang kitaorang tulis semuanya original punyaaa. Dan kisah yang kitaorg tulis tu tak pernah lagi publish kat mana-mana blog ke forum ke. It's keep confidential until its publish as a book. Jadinya aku tak nak review cerita apa yang aku tulis dalam tu. Beli baru boleh baca tawww.

*inilah dia..inilah dia cover buku tu*

Kitab ni harga dia RM20 sajork. Cas penghantaran pos laju RM6 akan dikenakan bagi yang duduk kat Semenanjung dan yang duduk kat Sabah Sarawak tu RM9. Kalau kau beli dengan buku Awek Chuck Taylor, akan dapat diskaun woi. Woot woot!

Cetakan untuk kitab Terfaktab adalah terhad. Kira sekarang ni limited stock ahh. Baik kau order cepat cepat. Disebabkan ni pre order, ini tak bermakna kau order hari ni, besok kitaorang post dan lusa kau dapat ye. Tapi sebelum 20hb Sept kau akan dapat buku tu. Harap maklum :D

Kau kau kau boleh order melalui isi borang melalui link ini https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dDNJZVhhcGd2SnRyZ1JTT3p3dEoxT1E6MQ

p/s: Jangan lupa dapatkan majalah Remaja edisi 15 Sept ni sebab Terfaktab di-review dalam tu :)

Kamis, 21 April 2011

Design Rak Buku Yang Sangat Sesuai Dan Sangat Cool Untuk Ulat Buku Macam Saya

Ulat buku ke aku? Eh tak lah =_________________=

Pernah tak kau rasa buku buku kau bersepah kat atas meja. Kat bawah katil. Kat bawah meja. Even kat dalam almari baju pun ada. Itu yang dialami aku. Kadang kadang aku suka baca baca baca lepas tu lupa nak simpan balik. Lama lama berselerak. Dah lah rak buku aku dah penuh dengan novel novel aku tu. Dalam beg kertas pun ada lagi novel aku.

Jadi bila aku tengok design design rak buku ni buat aku nak beli satu. Tapi rasanya mahal. Ohhh. demm. Terpaksa beli design rak buku yang biasa tu. Boring!

Antara rak buku yang menarik perhatian aku sebab design dia luar biasa.

1. Cave Bookshelf by Sakura Adachi

Ini menjadi pilihan pertama aku. Aku suka kerusi dalam dia tu. Kan aku dah kata aku suka baca atas katil or sofa lepas tu lupa simpan balik. Kadang kadang novel aku bawah sofa pun ada. Jadi aku rasa ini sangat sesuai. Lepas baca aku just letak balik kat rak dia. Sebab rak buku dekat dengan tangan. Tu yang rajin nak letak balik.

Ada jenis untuk normal punya atau jenis untuk budak budak punya. Harga rak buku ni dari Euro 3600 sehingga Euro 5250. Mahalnya. Bayangkan kalau convert kepada MYR. Oh dem~


2. Bookshelf With a Bench by Latvia’s Stanislav Katz

Ok ini pun nampak cosy. Siap ada bantal tu plak. Aku memang suka barang yang 2 in 1. Tengok lah rak buku ni. Hampir sama dengan rak buku pertama tu. Tapi kaler rak buku pink. Cantik. Aku kan suka pink. Aku memang suka berbaring sambil membaca. Lebih selesa tahu. Sebab tu aku tak suka baca novel online. Sakit tengkuk! Kat bahagian bawah rak tu boleh lah aku simpan laptop aku dan barang barang lain :D


3. Circular Walking Bookshelf by David Garcia

Perlukan banyak ruang untuk gerakkan rak buku ini. Tapi tergerak ke rak buku ni kalau rak dah penuh dengan buku?

Tapi tapi tak payah lah susah payah nak gerakkan rak buku ni. Baring je senang. Lepas tu goyang goyangkan rak ni pakai kaki.


4. Bookseat by Fishbol

Ok. Tak berapa berkenan dengan rak ini. Sebab tempat duduk dia kecik. Nak golek golek pun tak dapat. Tapi rak buku macam ni sangat menjimatkan ruang kalau bilik kau sangat kecik. Kalau rak buku ni tak ada kaki dan tinggal cuma bentuk melengkung sebagai tapak dia. Aku rasa aku akan jadikan kerusi malas. hehe!

Setakat ni 4 design ini sahaja yang aku rasa berkenan. Sebenarnya banyak lagi design rak buku yang lebih pelik bentuk rupa dia tapi sangat futuristic.

Antar 4 ni mana yang korang paling suka? Aku awal awal dah cop yang first tu. Homai. Kalau aku ada duit memang aku beli rak buku tu. Dan aku pasti kesemua 4 rak buku ini semuanya tak murah T_________________T