Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Senin, 13 Juni 2011

Re: Kenapa Lelaki Mudah Bosan.

Sebenarnya ini entri reply untuk blog The Other Khairul : Kenapa Lelaki Mudah Bosan/Chipsmore/Hilang-Hilang. Oh entri ni bukan against dia. Aku setuju sebenarnya lelaki dengan perempuan mudah bosan bila dah tahap comfort zone. Setiap hubungan percintaan ada peringkat dia seperti yang pernah aku post kat Terfaktab : Setiap Hubungan Ada Peringkatnya. Comfort zone salah satu peringkatnya.

Ada caranya untuk elak kan dari si dia bosan dengan kita. Ini mengikut pengalaman aku lah. Bukan semua orang sesuai pakai cara aku weh. Ikut tahap kebosanan lelaki tu. Kalau dah tahap maksimum, hati hati. Tak lama lagi dia minta putus lah tu. Atau kau sendiri yang minta putus nanti. Kau akan tahu bila masanya dia dah mula bosan dengan kau. Kan kau dengan dia ada chemistry bound. So u can feel it when the boredom is arrives between both of you.


Kalau salah seorang tak usahakan untuk hilangkan kebosanan tu, maka hubungan kau dengan dia lama lama akan terputus macam tu sahaja. Dah tahu the boredom have arrived, why not kau mengambil langkah pertama untuk semarakkan semula hubungan kau dengan dia tu. Nak ke tak nak si dia berkekalan dengan kau? Tu je persoalaan dia.

First thing first. Identify bila mulanya rasa sikap bosan tu dari si dia. Cuba ingat balik what's your last conversation with him/her. Aku ni jenis macam ni lah. Kalau tiba tiba dia tak layan aku, aku akan cari balik dan ingat semula apa perbulaan terakhir aku dengan dia. Mana lah tahu aku ada terlepas cakap atau buat dia sakit hati tanpa sedar. Tak kira lah salah siapa at the first place, is better salah seorang make a move and say sorry. Fikir demi masa depan hubungan korang. Jangan ego sangat eh.


Buat homework tentang si dia.
Pentingnya masa mula mula berkenalan ialah mengetahui tentang si dia. Perkara yang dia tak suka dan perkara yang dia minat. Tak kan awal awal berkenalan tanya nama sahaja? Tanya nombor telefon sahaja? Cuba ingat balik apa yang si dia minat. Kalau contohnya si dia minat music jenis Copeland, pergi buat homework pasal band tu. Dengar lagu dorang. Nanti ada lah tu topic yang kau dengan dia boleh sembangkan. Mesti si dia kagum dengan kau yang boleh bagi fakta fakta pasal Copeland dengan tepat.


Panjangkan perbualan dengan berkongsi tentang diri sendiri pula. Tak ada lah mati ayat terus. Cuba tanya lagi dia pasal diri dia ke. Buat sampai dia bercerita panjang dengan kau. Kalau si dia dah mula bercerita, kau kena tunjuk yang kau minat nak dengar cerita dia. Cuba tanya kenapa? Apa jadi? Lepas tu what happen? Bla bla bla.

Tunjuk yang kau memang minat nak dengar cerita dia. Baru dia semangat nak panjangkan perbualan tu. Selalu dia je dengar cerita kau kan. Giliran kau jadi pendengar pula. Kalau kau buat endah tak endah sahaja dengan cerita dia, mana tak nya si dia tak ada cerita nak share dengan kau. Asyik kau je yang bercakap.

Masa bercinta masa untuk berkenalan lebih rapat tahu. Kau bukan setakat bercinta dengan dia. Kau berkawan dengan dia sekali. Tapi ingat be yourself. Jangan semua benda yang si dia minat, kau angguk dan kau iyekan sahaja. Contohnya:

Lelaki : Saya suka Manchester United.
Perempuan : Eh saya pun minat jugak ni. Kita memang ada chemistry bound. bla bla bla (padahal penyokong kuat Liverpool) - HAHAHA.

No No No. Jangan buat begitu ya.

Beri kejutan.
This is a very fun part to do. Cuba belajar masak lauk kegemaraan si dia. Kalau si dia suka ayam goreng, cepat cepat tanya mak kau tu resipi ayam goreng yang mampu buat ayah kau terliur dengan resipi mak kau sendiri - haha. Lagi lagi kalau si dia tahu kau jenis tak masuk dapur. Tiba tiba masak untuk dia. Wah wah wah. Tak ke berbunga hati si dia. Secara tidak langsung perasaan masa mula mula kapel tu dulu wujud balik tahu?


Aku prefer hantar gift yang tak boleh dimakan. Sebab sampai bila bila pun kalau dia terpandang kat gift aku tu, mesti dia teringat kat aku terus. Auuwww so sweet. Lagi satu sebab dah makan last last jadi tahi - HAHA.

Jadi aku akan bagi hadiah kecik kecik macam jam tangan ke. Hey jam tangan pasar malam pun kalau dari kekasih sendiri mesti rasa dia lain woi. Lagi satu sila hantar secara mengejut. Kata surprises kan? Jadi kena hantar secara diam diam. Lepas si dia dapat gift kau tu, konfem dia call kau. Ini taktik untuk si dia call kau dan have a long conversation with him :)

Jangan merajuk lama sangat.
Perempuan kalau merajuk lama sangat memang cepatlah lelaki bosan. Pujuk 5 6 7 8 kali pun masih nak merajuk bagai aku pun sakit hati. Lempang baru tahu. Jangan expect lelaki ni boleh tahan dengan perangai perempuan macam ni. Kalau sekali sekala merajuk lepas pujuk sekali dah ok tak apa lah. Jangan sampai selalu sangat. Lama lama boleh buat gaduh. End up arguing. Masa tu dah tak boleh tolong dah relationship korang tu. Bila bila masa si dia akan cakap "I am done with you! We are over now". Masa tu jangan menangis. Sebab sikap merajuk kamu yang melampau itu.

Don't try to control too much.
Macam ayat di atas. Lelaki ni bosan kalau kau dah cuba nak control dia too much. Kau terlalu mencuba serapkan dia dalam kehidupan kau yang dia memang tak boleh nak lalui. Let him be with his own life. Kau dengan dia pun belum kahwin. Jangan nak tukar dia kepada MR.PERFECT kau yang kau impikan dalam kepala otak kau ok?

And kau terlalu cemburu pun boleh menyebabkan pasangan kau bosan dengan sikap kau tu. Why love if you can't trust kan?

Seimbang.
Sebuah hubungan is based on two peoples. Kalau kau dah buat semua perkara untuk elakkan dari dia bosan dengan kau tapi tak berjaya. I think you better back off lah kan. Sebuah hubungan cinta kena seimbang. Kau dah cuba make him keeps interested with you, but if he doesn't shows any positive feedback. Kena lah terima yang probably he's not for you. Harap boleh break up cara aman. Jangan break up end up with stupid arguing.

Ok I think that's all for now. Harap boleh mambantu lah eh. I believes most of you have your own ways to charm your guy :D. Good luck babes :)

In a world full of wrong choices,
someday someone will come into your life
who will make you say “This time, I got it right” :’)

Jumat, 03 Juni 2011

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.

Love is blind. Walaupun tak sebangsa, boleh apa bercinta kan. Ada yang sampai ke perkahwinan tahu. Apa nak pelik zaman sekarang ni bila Cina kapel dengan Melayu. I even see an Iran guy in a relationship with a Chinese girl at campus. Tak pasti lah Iran tu Islam or Kristian. But the Iran guy is handsome - haha. Anyway. Aku sendiri pernah get a relationship a lot with Malay guys. I am Chinese fyi. My taste only for Malay guys. Tak tahu kenapa.

[Credit] Love is blind : Jangan sampai butakan hati.

Tapi normally our relationship tidak akan sampai ke pengetahuan family. Ala. Waktu tu aku Form 5 and him umur 20 (sekarang dah jadi graduan lulusan Bachelor ye). Masa aku Form 5 baru rasa tahu tak kemanisan bercinta. Tak macam remaja zaman sekarang. Baru Form 2 dah ada boyfriend lepas tu boleh dating sampai malam. Masing masing muda lagi. Tak terfikir kawin. Aku sendiri tak suka fikir pasa hal masa depan. Kitaorang macam muda mudi lain lah. Bercinta. Cinta jarak jauh.

Kira dia boyfriend aku yang pertama. Lelaki melayu yang wujud dalam kamus hidup aku suatu ketika dahulu. Aku ni selalu lupa hari Jumaat je dia kena pergi masjid solat Jumaat. Aku telefon banyak kali tak jawab. Hehhh geram betul aku. Lepas tu aku kata dia ni tidur mati sampai awek telefon pun tak jawab. Macam nak meletup dah masa tu tak jawab call! Pukul dua dia sms "Sayang, bi kat masjid tadi. Solat Jumaat". Masa tu dah malu sendiri - haha. Dan ini terjadi setiap minggu hari Jumaat. Sampai satu saat aku kena letak kat reminder calender : "Bi pergi masjid".

[Credit] Terlalu angau.

Satu lagi hal. Time Puasa. Mana aku nak ingat waktu tu bulan Puasa. Dengan selamba aku sms "Dah lunch?". wahwahwah. Sumpah aku lupa waktu tu dah masuk bulan Puasa. Tapi aku tak pernah lagi lah nak puasa puasa ni. Bukan apa. Aku cepat lapar. Tak tahan keinginan aku untuk makan woi. Dia pun boleh faham sebab aku bukan dibesarkan dalam cara Islam. Dia tak kisah sangat ah soal ni. Tapi aku selalu ingatkan dia pergi solat. Takut dia leka sangat dengan aku sampai solat pun lupa. Siapa tak nak laki yang pandai membimbing kan?

Lepas tu aku dah break up dengan lelaki kat atas ni. Aku kapel dengan lelaki alim tahu tak. Aku tak tahu lah macam mana aku yang suka mencarut ni boleh get involve dengan religion type person. Solat tak pernah tinggal pun. Yang paling aku ingat pasal laki ni dia pernah cerita kat aku kisah-kisah nabi. Contohnya kisah Nabi Isa dengan Nabi Ibrahim. Walaupun dah tak berapa nak ingat kisah kisah tersebut sebab dah 2 tahun berlalu. But I will always remember who told me that story.

[Credit] Break up is hard. Here for the tips to deal with it.

Tak lama pastu, aku broke up dengan lelaki alim tu. Ada lah sebab sebab tertentu yang pasti bukan sebab berlainan bangsa dan agama. Dan kapel semula dengan lelaki yang first tu. Second time aku kapel dengan dia aku dump dia. Mungkin jodoh kitaorang masih kuat, aku kapel kali ketiga dengan dia. Susah woi nak kapel dengan bekas kekasih sendiri selama 3 kali. Kali ketiga kapel tu kita orang sama sama putus cara aman. Sama sama bersetuju nak broke up is better.

Disebabkan putus cara aman tu lah kitaorang sampai sekarang kawan. Tak pernah aku nak remove dia dari Facebook. Dia dengan life dia. Aku dengan life aku :). Lepas break up with him aku kapel dengan jerk guys. Bukan semua lelaki baik macam dua laki yang aku ceritakan kat atas ni. Malas nak cerita dan malas nak ingat because they're jerk. Not worth my time to reminisce about them here.

Jadi any of you ada tak pengalaman kapel dengan orang yang tak sebangsa? Kalau ada meh lah cerita. Best sebenarnya kapel dengan orang yang tak sebangsa. At least kita akan timba banyak ilmu tentang kehidupan bangsa orang lain. Kalau kapel dengan orang yang tak sebangsa, dan kau seorang Muslim. Jangan sesekali paksa dia masuk Islam. Kayuh slow slow. Lama-lama kalau hidayah tu turun kat dia. Dia akan ikhlas masuk Islam. Itu sahaja nasihat aku.

Now I have been single for 3 months *kofkofkof*. Aku dah move on lama dah. Dah delete semua sms dia dan gambar dia. PUAS HATI :')


Kamis, 28 April 2011

[Video] Proses Lelaki Menjadi Matang


Faham?

Video selama seminit 41 saat ini pasal proses seorang lelaki dari menjadi budak lepas tu jadi remaja/akil baligh. kemudian melalui saat matang. Aku suka animation yang dibuat olehnya. Ini kira kalau ada orang tu tak faham apa tu puberty atau akil baligh, boleh lah tayang video ni kat dorang tu. hehe

Summary:

Mula mula video tunjuk budak lelaki yang tumbuh jerawat. Kaki mula berbulu. Tangan dengan kaki jadi panjang. Kemaluan mula bersaiz lain (?). Menjadi sangat hyperaktif.

Lepas tu mula terlibat dengan gejala social. Merokok, minum arak etc.

Mula mengerti apa itu sex.

Lepas tu melalui zaman menjadi lelaki matang.

Akhir video ini tayang muka budak lelaki tu menjadi matang.

Begitu lah videonya.

Aku tahu ramai tak nak tengok. Ala tengok je lah. Seminit 41 saat je pun. Dah lah animation dia cool! Dari kau bazir masa dengan vlog yang tak hape hape tu baik tengok animation ni. :p