Tampilkan postingan dengan label whatever life. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label whatever life. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 23 Oktober 2010

Mari bercakap pasal life

Aku nak cakap pasal life aku.

1. Sem dah bukak.
2. Sem 5. Dua sem lagi dah nak graduate. - hopefully.
3. Result sem lepas dah keluar.
4. GPA terangsang nak buat apa. CGPA tak terangsang langsung !
5. Tiba-tiba jadi rajin nak kemas notes sem ni. - kena rasuk kot.
6. 6 subjects dengan 20 credit hours. - tak tahu tindakan aku amik 6 subjects ni patut ke tidak.


7. Sem ni jadual pack. Tapi ada masa nak online. Pelik kan?
8. Dompet tinggal RM10 sebab print notes. - macam mana nak shopping Tahun Baru ni?
9. Yuran sem ni RM2991.00 tidak termasuk IT dan library fees.
10. 4 subjects programming. Belajar codes sampai muntah jelanak nampaknya.

Sem depan aku dah pergi Industrial Training selama 3 bulan. Tak tahu lagi nak pergi company mana. Pointer CGPA aku tak akan buat orang horny untuk amik aku sebagai budak pratikal kat company besar dan terkenal.

So, itu je yang aku boleh review akan life aku.

Minggu, 15 Agustus 2010

Menyanyi Dalam Jamban Box - Karaoke Jamban

Dulu rumah lama pak cik aku pakai toilet letak kat luar rumah tu. Ingat rumah kampung melayu je ke ada? Rumah pak cik aku satu-satunya rumah cina yang ada toilet luar rumah. Please amazed! HAHA. Lebih kurang begini lah rupa toilet kat rumah lama pak cik aku.


Bila manusia dah terlebih kreatif, design toilet luar rumah ni pun dorang jadikan tempat untuk karaoke. Maka dinamakan karaoke jamban! Dan ini rupa karaoke jamban selepas dimodified.

Semestinya tiada jamban dalam tu! Yang ada TV, mikrofon,player untuk lagu, sofa dengan kerusi. Hardware lain aku tak tahu apa namanya.haha.

Kau mesti pernah masuk karaoke jamban ni kan walaupun sekali? Kecik dan sempit serta gelap di dalamnya. Silap-silap boleh jadi port maksiat dalam tu.LOL.

Lagu dalam karaoke jamban ni tak pernah updated aku rasa. Tahun lepas aku datang and tahun ni aku datang lagi. Lagu yang sama sahaja dalam playlist dorang. Tensen aku. Balik-balik lagu lama. Aku bukan reti pun nyanyi lagu lama dalam playlist dorang pun. Tu pasal setiap kali kawan aku mintak aku pilih lagu, aku jadi manusia paling tensen dan stress tahap gaban sekali. Sebab aku hanya akan pilih lagu dari Peterpan kalau tidak pun lagu Season In The Sky - Westlife. Aku memang minat Peterpan ni dari dulu. Tu pasal aku boleh recognize lagu dorang. Satu CD Album Peterpan pun aku ada taw! keh3.

Mikrofon dalam tu biasanya dah nak terbarai. Biasalah tempat murah. Agak-agak pernah maintenance tak karaoke jamabn tu? HAHA. Memang kacau stim betul kalau aku tengah mood nak melalak sekali suara aku tak keluar dari mic tu. Maka tanpa menggunakan mikrofon dan aku hanya gunakan jeritan batin seorang gadis untuk menyanyi lagu itu. Dan ini menyebabkan karaoke jamban aku tu macam nak pecah bila dah dapat tekanan daripada suara aku yang cukup merdu ini. Serak-serak basah kononnya! Padahal garau mengalahkan lelaki. Eh. Tak lah. Suara aku comel taw! :DD

Lepas tu bila turn aku nak nyanyi je aku kena tukar seat dengan kawan aku yang dekat dengan tempat search lagu tu. Menyusahkan dalam keadaan yang sempit nak change seat sebanyak 3 kali kot kalau ada 10 lagu and ada 4 orang dalam tu. Nak buat macam mana. Tak mampu pergi yang mahal Red Box segala tu. Amik yang murah ni. 10 lagu RM10. Last-last segala kekurangan karaoke jamban tanggung sendiri.keh3. Bila aku pandang jamban sebelah tu, ada akak tengah feel nyanyi duh. Siap ada gaya tangan bagai. Aik. Kak nak masuk AF ke? kah kah kah!

agaknya akak tu tengah bayangkan diri dia tengah nyanyi untuk konsert Lady Gaga yang macam ni kot.

Nyanyi dalam jamban tu plak sorang-sorang. Andaian aku cuma dua sama ada akak tu tengah nak testing vokal dia untuk audition AF atau Mentor akan datang. Ataupun dia baru kena tinggal dengan kekasih. Tu pasal feeling gila. Agak-agak dia nyanyi lagu putus cinta kot. Tak nampak plak dia nyanyi lagu apa masa tu. Cis! Sayang betul. Kalau tak boleh jadi bahan gelak aku masa tu. Jahat gila aku. kah kah kah.

Aku suka buat perangai gila aku dalam karaoke jamban ni. Suka hati aku je tukar irama lagu tu. Terus sengau bunyik dia. Aha. Pedulik apa aku. Aku bayar untuk lagu tu. So aku boleh buat dengan suka hati dengan lagu tu. Aku bab rosakkan lagu nombor satu. Jangan harap aku nak nyanyi lagu tu ikut irama ke melodi ke dengan mimik muka feeling. Tak akan jadi. Karang kawan aku kata aku perasan plak.kah kah kah!

Tingin plak nak melalak dalam karaoke jamban ni lagi. Kali ni aku janji aku akan buat muka feeling masa nyanyi. Jangan caya sangat janji manis dari aku. kah kah kah! Siapa nak teman dan belanja aku? Semestinya kena menadah telinga dengar suara aku yang merdu macam Giant dalam Doraemon.LOL. Mahunya cair tahi telinga kau nanti. Bagus lah. Tak payah pakai putik kapas korek dah! Aku kasi treatment untuk telinga kau free punya.kah kah kah!

p/s: Sarcasm. The ability to insult idiots without them even realizing it.

post signature

Rabu, 11 Agustus 2010

Entri Ini Bukan Untuk Contest Mohd Khairuddin

Aku tak tahu apa yang menariknya pasal Mohd Khairuddin(MK) dengan emak dia tu. Aku tak rasa lawak langsung video mereka berdua. Sumpah aku tak gelak langsung. Aku hanya pernah tengok satu video dari mak MK ni. Selama berapa minit entah aku rasa bosan untuk dengar dan tengok apa mak dia kata dalam video tu.zz

Plus I heard there is a contest MK anjurkan. Pasal orang tu kena tulis perkara yang emak sendiri pernah buat sampai malukan anak sendiri. Aku kasi contoh lah. Contoh sahaja. Kalau ada orang tulis pasal si tanggang kata emak aku kotor dan miskin. Aku malu nak menatap wajahnya dan mengaku dia sebagai ibuku. Tu kira perkara memalukan tak? Kalau kau berkira-kira nak masuk contest MK tu yang tawarkan RM3000 untuk menang baik tulis cerita yang extreme macam tu. Aku baca entry yang dah masuk contest tu semua biasa sahaja. Tak mampu buat aku ketawa atau menangis.


Itu dalam reality. Kalau dalam mimpi macam mana? Aku tengah judge apa motip dua orang ni sampai publish video dalam youtube. So aku dalam mimpi ke? Or in dream within dream? Sudahnya sekali Inception dalam entry ni lagi.HAHA. Chet. Rupanya pasal nak promote satu prepaid card; Alliance You:nique Prepaid Card kat orang lain. Dan ini macam pengiklanan gak lah. Adakah dorang ni ada pertalian darah dalam real life dorang ni? Aku sangsi perkara tu since semuanya dilakukan untuk promote a card only!

Kau tak nak join contest dia ke?
Untuk apa aku nak tulis benda yang mama aku pernah buat sampai malukan aku? Sama-sama dapat malu and I will not give that reason to others to know my secret! Plus I hate to write about my family in my blog. Aku kalau tulis pasal family aku kat blog aku dah dapat rasakan aku seolah-olah cuba membuka pekung di tetek sendiri.hoho. My family matters will stay in my family matters. People from the outside no need to know right?

Ini video yang aku tengok itu hari dari emak MK. Konon-konon rakam dari webcam. Percaya lah kau itu video rakaman dari webcam.keh3. Bukan rakam betul-betul dari webcam lah. Perhatikan cermin mata yang mak MK pakai tu. Macam ada alat perakam yang lain. Plus. Since when webcam boleh hasilkan video yang clear macam ni? Kalau ada jenis webcam boleh rakam se-clear ni kenapa aku masih nampak ada cameraman reflect dari cermin mata mak cik ni? HOHO. Nevermind then. Bukan soal webcam di sini. HAHA


Baik aku tengok video bawah ni yang mampu buat aku gelak sakan walaupun aku dah tengok banyak kali. DR FADZILAH KAMTUMI (COME TO ME). Insan Yang Cemerlang datangnya dari akal, dari hati yang bersih dan jiwa yang tenang. LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOL!


Aha. Aku dah tak ada life. Hilang segala kenikmatan sampaikan aku rasa orang lain kata MK dengan emak dia tu best tapi aku hanya pandang biasa sahaja. Adakah aku dah hilang life atau video dorang memang biasa sahaja? Yang membuatkan video dorang kelakar bila ada manusia lain bagi tahu manusia lain yang video ni best and manusia itu hanya angguk tanda bersetuju tanpa berfikir dari sudut lain dahulu.hoho.

Aku tak kata MK dengan emak dia tu annoying kan Facebook aku yang float dengan link video dorang. Is my own perspective at here. Setiap perkara aku fikir dari sudut yang berbeza dari kau. Tu pasal wujudnya pencanggahan pendapat and so on. Itu baru best kan. Dari semua orang sependapat and tak berdebat untuk satu statement so what life for?

Minda kau pun lama-lama lemau and cair sebab dah tak reti nak berdebat dengan orang lain. Apa-apa hal pun kau angguk dan geleng sahaja. Sampaikan satu tahap kau tak reti melawan balik. Ouh. MK kalau terbaca this very cheap entry jangan marah nah. As I mention earlier. This is my opinion from different angle when things happens around me.HAHA.

Asalnya entry ni aku nak tulis untuk review novel yang aku tengah gigih habiskan. Last-last jadi entry ni. Entry rojak. Review novel nanti lah yer. Better aku habiskan baca novel ni dulu.

For those who are fasting Happy Fasting Month. And btw, don't ask me to fast with you. I will not fast since my perut very manja. Will hungry every time I awake.haha. Kalau dah tak rela kau ajak aku puasa pun aku tak akan buat. Buat satu perkara perlu ikhlas right. Bila tak rela tak ikhlas lah tu. But I amazed to the muslim whose fast. Macam mana lah boleh tahan lapar dari pukul 6am sampai 7pm. HOHO.

Ok. Happy break fast and sahur. :DD
post signature