Selasa, 14 Juni 2011

Wordless Wednesday #6 : Internet Censorship.

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Senin, 13 Juni 2011

Re: Kenapa Lelaki Mudah Bosan.

Sebenarnya ini entri reply untuk blog The Other Khairul : Kenapa Lelaki Mudah Bosan/Chipsmore/Hilang-Hilang. Oh entri ni bukan against dia. Aku setuju sebenarnya lelaki dengan perempuan mudah bosan bila dah tahap comfort zone. Setiap hubungan percintaan ada peringkat dia seperti yang pernah aku post kat Terfaktab : Setiap Hubungan Ada Peringkatnya. Comfort zone salah satu peringkatnya.

Ada caranya untuk elak kan dari si dia bosan dengan kita. Ini mengikut pengalaman aku lah. Bukan semua orang sesuai pakai cara aku weh. Ikut tahap kebosanan lelaki tu. Kalau dah tahap maksimum, hati hati. Tak lama lagi dia minta putus lah tu. Atau kau sendiri yang minta putus nanti. Kau akan tahu bila masanya dia dah mula bosan dengan kau. Kan kau dengan dia ada chemistry bound. So u can feel it when the boredom is arrives between both of you.


Kalau salah seorang tak usahakan untuk hilangkan kebosanan tu, maka hubungan kau dengan dia lama lama akan terputus macam tu sahaja. Dah tahu the boredom have arrived, why not kau mengambil langkah pertama untuk semarakkan semula hubungan kau dengan dia tu. Nak ke tak nak si dia berkekalan dengan kau? Tu je persoalaan dia.

First thing first. Identify bila mulanya rasa sikap bosan tu dari si dia. Cuba ingat balik what's your last conversation with him/her. Aku ni jenis macam ni lah. Kalau tiba tiba dia tak layan aku, aku akan cari balik dan ingat semula apa perbulaan terakhir aku dengan dia. Mana lah tahu aku ada terlepas cakap atau buat dia sakit hati tanpa sedar. Tak kira lah salah siapa at the first place, is better salah seorang make a move and say sorry. Fikir demi masa depan hubungan korang. Jangan ego sangat eh.


Buat homework tentang si dia.
Pentingnya masa mula mula berkenalan ialah mengetahui tentang si dia. Perkara yang dia tak suka dan perkara yang dia minat. Tak kan awal awal berkenalan tanya nama sahaja? Tanya nombor telefon sahaja? Cuba ingat balik apa yang si dia minat. Kalau contohnya si dia minat music jenis Copeland, pergi buat homework pasal band tu. Dengar lagu dorang. Nanti ada lah tu topic yang kau dengan dia boleh sembangkan. Mesti si dia kagum dengan kau yang boleh bagi fakta fakta pasal Copeland dengan tepat.


Panjangkan perbualan dengan berkongsi tentang diri sendiri pula. Tak ada lah mati ayat terus. Cuba tanya lagi dia pasal diri dia ke. Buat sampai dia bercerita panjang dengan kau. Kalau si dia dah mula bercerita, kau kena tunjuk yang kau minat nak dengar cerita dia. Cuba tanya kenapa? Apa jadi? Lepas tu what happen? Bla bla bla.

Tunjuk yang kau memang minat nak dengar cerita dia. Baru dia semangat nak panjangkan perbualan tu. Selalu dia je dengar cerita kau kan. Giliran kau jadi pendengar pula. Kalau kau buat endah tak endah sahaja dengan cerita dia, mana tak nya si dia tak ada cerita nak share dengan kau. Asyik kau je yang bercakap.

Masa bercinta masa untuk berkenalan lebih rapat tahu. Kau bukan setakat bercinta dengan dia. Kau berkawan dengan dia sekali. Tapi ingat be yourself. Jangan semua benda yang si dia minat, kau angguk dan kau iyekan sahaja. Contohnya:

Lelaki : Saya suka Manchester United.
Perempuan : Eh saya pun minat jugak ni. Kita memang ada chemistry bound. bla bla bla (padahal penyokong kuat Liverpool) - HAHAHA.

No No No. Jangan buat begitu ya.

Beri kejutan.
This is a very fun part to do. Cuba belajar masak lauk kegemaraan si dia. Kalau si dia suka ayam goreng, cepat cepat tanya mak kau tu resipi ayam goreng yang mampu buat ayah kau terliur dengan resipi mak kau sendiri - haha. Lagi lagi kalau si dia tahu kau jenis tak masuk dapur. Tiba tiba masak untuk dia. Wah wah wah. Tak ke berbunga hati si dia. Secara tidak langsung perasaan masa mula mula kapel tu dulu wujud balik tahu?


Aku prefer hantar gift yang tak boleh dimakan. Sebab sampai bila bila pun kalau dia terpandang kat gift aku tu, mesti dia teringat kat aku terus. Auuwww so sweet. Lagi satu sebab dah makan last last jadi tahi - HAHA.

Jadi aku akan bagi hadiah kecik kecik macam jam tangan ke. Hey jam tangan pasar malam pun kalau dari kekasih sendiri mesti rasa dia lain woi. Lagi satu sila hantar secara mengejut. Kata surprises kan? Jadi kena hantar secara diam diam. Lepas si dia dapat gift kau tu, konfem dia call kau. Ini taktik untuk si dia call kau dan have a long conversation with him :)

Jangan merajuk lama sangat.
Perempuan kalau merajuk lama sangat memang cepatlah lelaki bosan. Pujuk 5 6 7 8 kali pun masih nak merajuk bagai aku pun sakit hati. Lempang baru tahu. Jangan expect lelaki ni boleh tahan dengan perangai perempuan macam ni. Kalau sekali sekala merajuk lepas pujuk sekali dah ok tak apa lah. Jangan sampai selalu sangat. Lama lama boleh buat gaduh. End up arguing. Masa tu dah tak boleh tolong dah relationship korang tu. Bila bila masa si dia akan cakap "I am done with you! We are over now". Masa tu jangan menangis. Sebab sikap merajuk kamu yang melampau itu.

Don't try to control too much.
Macam ayat di atas. Lelaki ni bosan kalau kau dah cuba nak control dia too much. Kau terlalu mencuba serapkan dia dalam kehidupan kau yang dia memang tak boleh nak lalui. Let him be with his own life. Kau dengan dia pun belum kahwin. Jangan nak tukar dia kepada MR.PERFECT kau yang kau impikan dalam kepala otak kau ok?

And kau terlalu cemburu pun boleh menyebabkan pasangan kau bosan dengan sikap kau tu. Why love if you can't trust kan?

Seimbang.
Sebuah hubungan is based on two peoples. Kalau kau dah buat semua perkara untuk elakkan dari dia bosan dengan kau tapi tak berjaya. I think you better back off lah kan. Sebuah hubungan cinta kena seimbang. Kau dah cuba make him keeps interested with you, but if he doesn't shows any positive feedback. Kena lah terima yang probably he's not for you. Harap boleh break up cara aman. Jangan break up end up with stupid arguing.

Ok I think that's all for now. Harap boleh mambantu lah eh. I believes most of you have your own ways to charm your guy :D. Good luck babes :)

In a world full of wrong choices,
someday someone will come into your life
who will make you say “This time, I got it right” :’)

Selasa, 07 Juni 2011

Wordless Wednesday #5 : I am a dreamer

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

10 Perkara Yang Nak Dilakukan Sebelum Berkahwin.

Masuk blog Hanis Zalikha lepas tu terbaca entri ini dari blog dia. Tetiba rasa nak list down jugaaaa sejak aku dah habis idea nak tulis kan.

20 perkara macam payah je nak cari. 12 perkara pun aku malas nak cari. Jadi mari cari 10 perkara dahulu. Lagi 10 besok besok sahaja lah.

1. Bayar habis dulu hutang PTPTN tu nyah. Currently berhutang RM16ribu.

2. Belajar habis sampai Master. Oh kalau tak pandai sangat Degree at least. Kalau pandai sangat go for until PHD.

3. Ada sesuatu yang boleh dibanggakan oleh mak ayah. Sekarang tak ada lagi weh.

4. Dalam bank sudah ada 20k untuk marriage dan duit kecemasan kalau tiba tiba ditinggalkan oleh suami sendiri. We can't predict the future. I hope I will only marry once in my life :')

5. Buat party anak dara dengan kawan kawan yang masih anak dara of course pada malam sebelum berkahwin. Kalau lelaki ada bachelor party. Aku perempuan pun nak!

6. Belajar masak semua lauk basic contohnya ayam masak kicap (lauk faveret). Kalau tak ada pengetahuan dalam skills handle dapur jangan harap aku berani nak kahwin woi. Kang suami nak makan apa? Setiap hari makan roti ke? T_T

7. Menghilangkan perut buncit supaya muat untuk pakai gaun wedding idaman hati. ehheeehee

*jeles makkk tak ada perut buncit pun dia ni. cisciscis!*

8. Nak ada butik sendiri yang jual baju style korea. NAKKKK! (ya. saya korea wannabe). Tapi hari itu dah ada butik online lepas tu disebabkan kesibukan yang melanda diri sendiri secara tiba tiba. Terus hold on dulu butik online tu. Lepas graduate baru buka balik. HAHAHA.

9. Nak beli kereta mini cooper pakai duit sendiri. Tak nak lah beli kereta besar besar. Takut parking tak lepas. Kelemahan aku ialah selalu parking kereta lepas tu kereta mesti termasuk tapak parking kereta orang lain sikit.

*mini cooper hitam idaman hati sejak zaman sekolah menengah*

10. Ambik lesen kereta. Lepas tu boleh drift kereta sendiri sesuka hati. HAHAHAHAHA. Done this. Dah full lesen dah pun. Drift kereta pun dah pernah zaman belajar drive kat sekolah memandu dulu. kahkahkahkah!

*you come to love not by finding the perfect person,
but by seeing an imperfect person perfectly. - Sam Keen*
[Credit Tumblr]

p/s: Tunggu 50% daripada list ini tercapai baru aku kawin :').
Apa 10 perkara anda?

Senin, 06 Juni 2011

Ghost In The Machine.

Aku kat Melaka. Semester baru sahaja bermula. Tak ada mood weh. Lepas ni entah blog ni nak updated macam selalu ke tidaknya. Aku pun tak tahu ala tuju masa depan blog ni. Eh blog ni ada masa depan ke weh? HAHA.

Hantu dalam mesin. Ghost in the machine. Kenapa aku familiar sangat dengan ayat tu ha? Mana entah pernah dengar. Ah lantaklah. Cool tak cool awak judge sendiri. Ghost In The Machine yang direka oleh Erika Iris Simmons (website). Dia memang pakai kaset woi buat semua ni. Tak ada photo manipulation diperlukan. Aku tengah cari artwork orang Malaysia sebenarnya. Kalau ada meh bagi sini. I need inspiration. I lost my creativity now. T_T.







Jumat, 03 Juni 2011

pengalaman bercinta dengan lelaki melayu.

Love is blind. Walaupun tak sebangsa, boleh apa bercinta kan. Ada yang sampai ke perkahwinan tahu. Apa nak pelik zaman sekarang ni bila Cina kapel dengan Melayu. I even see an Iran guy in a relationship with a Chinese girl at campus. Tak pasti lah Iran tu Islam or Kristian. But the Iran guy is handsome - haha. Anyway. Aku sendiri pernah get a relationship a lot with Malay guys. I am Chinese fyi. My taste only for Malay guys. Tak tahu kenapa.

[Credit] Love is blind : Jangan sampai butakan hati.

Tapi normally our relationship tidak akan sampai ke pengetahuan family. Ala. Waktu tu aku Form 5 and him umur 20 (sekarang dah jadi graduan lulusan Bachelor ye). Masa aku Form 5 baru rasa tahu tak kemanisan bercinta. Tak macam remaja zaman sekarang. Baru Form 2 dah ada boyfriend lepas tu boleh dating sampai malam. Masing masing muda lagi. Tak terfikir kawin. Aku sendiri tak suka fikir pasa hal masa depan. Kitaorang macam muda mudi lain lah. Bercinta. Cinta jarak jauh.

Kira dia boyfriend aku yang pertama. Lelaki melayu yang wujud dalam kamus hidup aku suatu ketika dahulu. Aku ni selalu lupa hari Jumaat je dia kena pergi masjid solat Jumaat. Aku telefon banyak kali tak jawab. Hehhh geram betul aku. Lepas tu aku kata dia ni tidur mati sampai awek telefon pun tak jawab. Macam nak meletup dah masa tu tak jawab call! Pukul dua dia sms "Sayang, bi kat masjid tadi. Solat Jumaat". Masa tu dah malu sendiri - haha. Dan ini terjadi setiap minggu hari Jumaat. Sampai satu saat aku kena letak kat reminder calender : "Bi pergi masjid".

[Credit] Terlalu angau.

Satu lagi hal. Time Puasa. Mana aku nak ingat waktu tu bulan Puasa. Dengan selamba aku sms "Dah lunch?". wahwahwah. Sumpah aku lupa waktu tu dah masuk bulan Puasa. Tapi aku tak pernah lagi lah nak puasa puasa ni. Bukan apa. Aku cepat lapar. Tak tahan keinginan aku untuk makan woi. Dia pun boleh faham sebab aku bukan dibesarkan dalam cara Islam. Dia tak kisah sangat ah soal ni. Tapi aku selalu ingatkan dia pergi solat. Takut dia leka sangat dengan aku sampai solat pun lupa. Siapa tak nak laki yang pandai membimbing kan?

Lepas tu aku dah break up dengan lelaki kat atas ni. Aku kapel dengan lelaki alim tahu tak. Aku tak tahu lah macam mana aku yang suka mencarut ni boleh get involve dengan religion type person. Solat tak pernah tinggal pun. Yang paling aku ingat pasal laki ni dia pernah cerita kat aku kisah-kisah nabi. Contohnya kisah Nabi Isa dengan Nabi Ibrahim. Walaupun dah tak berapa nak ingat kisah kisah tersebut sebab dah 2 tahun berlalu. But I will always remember who told me that story.

[Credit] Break up is hard. Here for the tips to deal with it.

Tak lama pastu, aku broke up dengan lelaki alim tu. Ada lah sebab sebab tertentu yang pasti bukan sebab berlainan bangsa dan agama. Dan kapel semula dengan lelaki yang first tu. Second time aku kapel dengan dia aku dump dia. Mungkin jodoh kitaorang masih kuat, aku kapel kali ketiga dengan dia. Susah woi nak kapel dengan bekas kekasih sendiri selama 3 kali. Kali ketiga kapel tu kita orang sama sama putus cara aman. Sama sama bersetuju nak broke up is better.

Disebabkan putus cara aman tu lah kitaorang sampai sekarang kawan. Tak pernah aku nak remove dia dari Facebook. Dia dengan life dia. Aku dengan life aku :). Lepas break up with him aku kapel dengan jerk guys. Bukan semua lelaki baik macam dua laki yang aku ceritakan kat atas ni. Malas nak cerita dan malas nak ingat because they're jerk. Not worth my time to reminisce about them here.

Jadi any of you ada tak pengalaman kapel dengan orang yang tak sebangsa? Kalau ada meh lah cerita. Best sebenarnya kapel dengan orang yang tak sebangsa. At least kita akan timba banyak ilmu tentang kehidupan bangsa orang lain. Kalau kapel dengan orang yang tak sebangsa, dan kau seorang Muslim. Jangan sesekali paksa dia masuk Islam. Kayuh slow slow. Lama-lama kalau hidayah tu turun kat dia. Dia akan ikhlas masuk Islam. Itu sahaja nasihat aku.

Now I have been single for 3 months *kofkofkof*. Aku dah move on lama dah. Dah delete semua sms dia dan gambar dia. PUAS HATI :')


Kamis, 02 Juni 2011

Mudah sebenarnya tackle hati perempuan ni.

Senang sahaja nak pikat hati perempuan sebenarnya. Bukan setakat pakai ayat manis bagai. Kena pandai ah surprised her everyday to keeps her interested with you. Sekali sekala kalau kau hadiahkan dia gift berupa muffin memang tertawan beb hati perempuan tu.

Jangan ingat muffin tu murah dan senang didapati perempuan tu tak suka. Perempuan suka ada lah :p. Jangan lah asyik fikir perempuan nak hadiah mahal mahal macam kasut Jimmy Choo dengan barang barang kemas je. Hati perempuan ni sebenarnya jiwa comel. Saje je perempuan ni sembunyikan jiwa comel dorang ni.

Saje je tunjuk dorang ni jiwa kental macam Adinda Evans yang dah kena hentam beratus kali masih lagi tabah mengharungi kehidupan dia yang akhirnya selepas 3 hari dihentam teruk baru delete entri tu. Yang sebenarnya deep inside their heart. Hati dorang lembut macam kulit baby tu. Aku cakap betul ni sebab aku ni perempuan :p

Kalau kau seorang kekasih yang dah rasa kehabisan idea untuk semarakkan semula rasa cinta kau dengan si dia. Inilah masanya untuk startkan semula engine hubungan cinta kau orang tu. Kasi panas semula. Kasi perasaan kali pertama kau orang dating tu datang kembali.

Jadi kau orang kenalah beli muffin ni lepas tu hadiahkan kepada kekasih kau orang tu. Nak bagi kat bapak kau sempena hari bapa akan datang pun boleh. Hadiah pada diri sendiri pun boleh. Nak hadiah pada satu kampung pun dialu-alukan. Nak bagi kat aku pun sangaaaaatttt lah boleh - kekekekeke.

Muffin ini datangnya daripada The 7th Muffins (website). Or nak updated paling laju pergi kat Facebook The 7th Muffins. Kawan aku yang buat bisnes ni. Kawan Facebook aku nama dia Azra. Dijamin halal. Selamat dimakan oleh masyarakat Muslim :).

Muffin yang dijual oleh The 7th Muffins ni datang dalam 6 pakej. Pilih ikut bajet. Paling murah sekali 4 biji muffins RM10. Murah tak murah tak? Kalau nak tengok pakej lain yang boleh tahan murah juga harganya boleh lah tengok kat sini - Muffins Package. Yang Deal B pun murah woi. RM22 dapat 9 biji muffins. Sudah semestinya akan dihantar dengan kotak yang sangat cantik!

Aku dah rasa weh The 7th Muffins ni. Woi. Sedap! Yang pasti muffins dia tak keras macam yang dijual kat kantin sekolah aku dulu - haha. Senarai perisa muffins boleh tengok kat Our Muffins. Pasti tempting tengok muffins dia tu tahu tak!

Aku dapat sample dia. 4 biji dalam tupperware tu. Excited masa dapat tu. Bila buka je tupperware tu. Bentuk muffin semua masih dalam keadaan baik dan elok dimakan. Yela. Tahu je lah Pos Laju ni buat kerja. Main campak campak parcel kita tak kira tu barang fragile ke apa.

Terbukti ada rupa muffin lagi kan? Nampak sedap kan 4 muffin ni. Sekarang ni tinggal sebiji dalam tupperware tu. Petang tadi dah ngap 3 biji - nomnomnom. Paling suka yang coklat tu. Coklat dia memang ummmpphhh lahh! Rasa coklat yang sangat pekat ok. p/s: aku ni pencinta coklat.

Tak tergoda lagi ke tengok muffin coklat ni? Tak pe. Tengok gambar bawah ni.

Ini muffin coklat. Jangan pandang rendah kepada kegelapan muffin ni. Walaupun dia gelap. Rasa coklat dia sangat pekat. Cukup dari segi gula dan susu serta sukatan tepung. Tak manis sangat. Tak tawar sangat. Sangat sesuai untuk citarasa semua orang. My mom pun cakap sedap taw!


nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom. nomnomnom.

Kalau nak order boleh lah isi kat Order Form dorang ni apa yang patut. Cepat kau bayar, cepat barang tu sampai. Cepat kau dapat tawan semula hati si dia. Hadiah seperti muffin sangat sesuai ok? You can put her smile for all day with your muffin gift tahu tak. Siapa cakap sambut birthday tak boleh dengan muffin. Kalau tengah sengkek, bagi sahaja muffin banyak banyak lepas tu cucuk lilin atasnya. Hoi. Sweet sangat taw :')

The 7th Muffins sangat sedap!
Owner name : Azra Rahman
Website : http://the7thmuffins.com/
Facebook : https://www.facebook.com/the7thmuffins
Phone : 016-590 2607
Email : support@the7thmuffins.com

Credit Picture : Cara paling senang cucuk dengan pencungkil gigi lepas tu tulis : I Love You. Tak caya try ah. Konfem si dia tersengih sengih macam orang angau!

p/s: Gambar tak berapa nak cantik sebab snap pakai 2MP camera phone.