Kamis, 22 September 2011

tengah demam drama korea ke ni?

*cuba teka ni dari drama mana* hihi

Itu hari kan aku ada cakap aku habiskan masa dengan tengok City Hunter[entri] yang Lee Min Ho berlakon tu kan? Tahu tak dalam masa 3 hari dah habis tengok. Excited sangat uolss dapat tengok Lee Min Ho. hihi. Tak habis dengan City Hunter punya cerita ala ala agent spy gitu, aku terus download Iris. Di mana mula mula cerita ni bosannnnnn tapi best di bahagian tengah tengah cerita dia. Lepas 3 hari habis tengok dah oit. hoho.

Tak cukup dengan Iris, download plak Athena : Goddess of War. Dia kan spinoff kepada cerita Iris. Memang excited gila! Tapi errr.. Sampai sekarang baru habis tengok satu episode. Sebab tak memasal pergi download Heartstrings pula. Athena dilupakan buat seketika.

*tak perasan ke muka hero ada iras iras Lee Min Ho?* ehehehe

Layan Heartstrings. Heartstrings jalan cerita dia slow. Nak masuk episode 6 ke episode 7 baru lah hero dia si Lee Sin nak suka kat Lee Gyu Won. Lepas 5 hari tamat lah tengok Heartstrings. Cerita Heartstrings ni lain dari lain sikit. Sebab tak ada pihak ketiga yang nak kacau hubungan Lee Sin dengan Lee Gyu Won. Tahu tahu je lah pihak ketiga yang berlakon jadi ala ala birah tu. HAHA. So it's became so slow. Hampir putus asa nak tengok sampai habis. Bagi aku ending dia sangat tergesa-gesa kot? Tetiba je dah berbaik eh lepas Lee Gyu Won tahu perkara sebenar. Hmm.. Siapa ada tengok drama ni?


Satu satunya lagu dari Heartstrings yang aku rasa sangat best.


Pas dah habis Heartstrings, aku melayan Protect The Boss. Mula mula memang malas lah nak layan dah kdrama ni. Letih kot :p. Download cerita ni pun untuk kawan yang beriya benar nak tengok. Sekali layan episode pertama. Pehh. Kelakar sial drama ni. Orang cakap drama ni EPIC. Memanggggg EPIC. Setiap episode aku ketawa manjang. Dah lama kot tak ketawa masa tengok kdrama. Last time ketawa masa tengok kdrama time tengok Boys Over Flowers(boleh baca review kat sini).haha. Sekarang ni aku sangat tak sabar untuk tunggu download links dia untuk episode latest termasuk subtitle dia semua. Drama ni masih lagi airing kat Korea masa aku tulis entri ni. Penantian itu satu penyeksaan =..=

Dalam masa yang sama jugak, aku layan The Princess's Man. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan drama ni. Dia punya cerita macam Romeo and Juliet punya jalan cerita padahal mana ada sama sangat. Ni dia pakai kisah dinasti ke berapa entah. Jadi cuma Hanbok(baju tradisional orang korea) je akan kelihatan. Ini kali kedua aku tengok cerita yang pakai background dari zaman dinasti. Dedulu ada lah layan Jewel in the Palace gak. Layan punya layan cerita ni sampai episode 2 dah ni, aku suka pula hero dia Park Si Hoo tu wehh. Jadi hero dia yang buat aku nak tengok sampai habis :D

*Wuuuu Park Si Hoo! I love you! (mata simbol love)*

Nasib baik cerita Protect the Boss dengan The Princess's Man pakai lain lain zaman. Kalau tak mahunya kepala otak aku pening sebab tengok cerita yang sama dalam satu masa. Maksudnya sekarang tengok Protect the Boss, lepas sejam dua layan The Princess's Man. hoho.

Masa akan datang nak layan cerita Prosecutor Princess dengan Myung Wol the spy pula :p. And tak lupa juga kepada cerita Athena yang masih pending dan juga cerita My Girlfriend is a Gumiho dengan You're Beautiful yang aku rembat dari kawan hari tu. HAHA. Pack gila kan jadual aku? Final exam aku pun dah start. T_T Matilahhh kan? HAHA.

Mana nak download semua kdrama yang aku mention kat atas ni? Sila sila lah rujuk entri ini yang aku tulis sendiri itu hari.

ps: dengar cerita Jepun sana dah tengah tayang Detective Conan Season 1 dalam bentuk drama. eheeemm. Bertambah lah dalam list pending aku gamaknya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar