Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.
Gambar di atas hanya sekadar hiasan sahaja dan tiada kena-mengena dengan entri kali ni. Entri kali ni aku nak tulis pasal software yang penting dan HARUS berada di dalam komputer/laptop anda. Tak kira la software tu dalam Freeware or Shareware tapi dikira penting dan aku menggunakannya dalam kehidupan seharian aku bila aku online. Sebenarnya ada banyak lagi software yang ada kat komputer aku ni tapi aku bagi tahu 10 sudah cukup. Jangan terkejut lak kalau jumpa software pelik-pelik kat komputer aku.haha.
1. Media Player Classic (MPC)
Software ni sangat penting selain Windows Media Player (WMP). Pernah tak anda dah download movie/drama yang best then bila anda play kat WMP tiba-tiba keluar suara je. Gambar tak keluar pun. Aku dulu pun pernah mengalami masalah macam tu. Sebenarnya WMP tak menyokong semua format video. Penyelesaiannya adalah dengan men-download MPC ke dalam komputer anda.
2. Instant Messenger (IM)
Aku rasa tak lengkap kalau aku online tanpa buka mana-mana IM aku. IM yang aku maksudkan seperti Windows Live Messenger (WLM), Yahoo Messenger (YM), Myspace IM, Digsby. Percaya atau tidak. Setiap kali aku online aku pasti buka ke semua IM tersebut.
3, WinRAR , WinZip
Tanpa WinRAR aku rasa komputer aku tak lengkap langsung. Kalau yang belum ada sama ada WinRAR ataupun WinZip anda patut memiliki salah satu software tersebut. Aku rasa setiap komputer pun dah ada kan software ni setidak-tidaknya WinZip.
4. Photoshop, Gimp, Photoscape
Untuk yang suka edit gambar mesti kenal kan ketiga-tiga software yang agak popular tu kan? Aku pernah memiliki kesemua software tersebut tapi sekarang tinggal Photoshop and Photoscape je sebab tak larat la nak belajar cara guna Gimp tu. Kalau yang berminat boleh la download software tersebut. Photoscape software edit gambar yang paling senang and mudah difahami.
5. Internet Download Manager (IDM), Orbit Downloader.
Siapa yang tak kenal IDM yang memang laju bab download-download ni?haha. Komputer aku di-support oleh IDM. Life make easy kalau ada IDM tu sebab sume kerja nak download apa-apa software/movie/drama jadi lebih laju. IDM ni shareware, so pandai-pandai la anda crack atau beli terus IDM tu. Kalau nak freeware aku sarankan pakai Orbit Downloader.
6. Web Browser
Kalau tak ada web browser mana boleh online. Web browser yang aku minat dan menjadi pilihan utama aku ialah Firefox sebab Firefox ada add-ons yang memang best-best.haha. Selain Firefox ada lagi web browser lain contohnya Internet Explorer , Opera dan Google Chrome.
7. Ccleaner
Ccleaner ni tujuannya untuk menghapuskan temporary internet file. Kalau kita tak hapuskan fail-fail sementara tersebut komputer kita akan run dengan slow dan juga internet. Sesuai untuk orang macam aku yang online 24 jam sehari ni.haha.
8. TuneUp
TuneUp boleh detect masalah komputer kita dengan cepat. TuneUp ni pun boleh cari semula fail-fail yang telah dihapuskan dari Recylce Bin. Boleh remove unwanted program dengan senang. Banyak lagi fungsi TuneUp ni. Kalau tak percaya anda patut download TuneUp.
9. Ares, Limewire
Ares dengan Limewire ni sama dengan Torrent. Aku tak pernah nak test Limewire lagi. Aku rasa Ares dan Limewire sama je fungsi dia iaitu donwload video. Tapi aku lebih suke menggunakan direct link sebab lebih cepat.
10. FastStone Capture (FSC)
Aku suka sangat software ni. Senang kerja aku bila aku nak buat PrintScreen. Pastu aku tak yah penat-penat masuk Photoshop atau Photoscape untuk edit Print Screen aku tu sebab FSC ada mini Paint dalam tu.
Fuhhhh..Habis jua aku review software yang perlu ada dalam komputer/laptop anda tu. Ada banyak lagi aku nak review sebenarnya tapi aku rasa cukup la kalau 10 je. Aku nak tahu software apa yang ada dalam komputer anda. Mai la share sama-sama. Sharing is caring maa.haha.
-Sekian Untuk Entri Kali Ini-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar