Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.
Sekarang ni aku tengah decide where to go lepas SPM. Setelah gagal Matrik dengan UPU kini aku dapat tawaran dari Poli and MMU. Sebelum ni aku pernah cerita kan aku dapat dah tawaran Unisel tu tapi aku tolak sebab aku lebih suka Poli and MMU. Now aku dah blur tak tahu nak pilih yang mana satu

Poli yang aku dapat tu kat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Ada kat nun utara Perlis tu. Kalau la aku dapat dekat-dekat dengan sini contohnya Johor atau Melaka sure aku berkobar-kobar nak pergi tapi aku mula fikir sejenak. Kat Arau? Jauhnya. Aku takut nanti jauh-jauh aku homesick lak

Kalau MMU aku dapat kat kampus Melaka. Negeri jiran kepada tempat tinggal dan tempat aku lahir iaitu Negeri Smebilan. Kalau aku homesick at least aku reti naik bas dari Melaka balik ke Negeri Sembilan. MMU ni salah satu IPTS kat Malaysia ni. Dan agak mahal ar. Aku tak nak susahkan bapak aku nak bayar yuran sem aku yang mencecah ribuan ringgit tu. Everyone life is hard


Aku dapat course yang sama kat MMU and Poli; Diploma Teknologi Maklumat. Sememangnya aku tak decide mana aku nak pergi lagi. Pergi Poli jauh sangat. Pergi MMU mahal sangat. Separuh hati aku suruh pergi je Poli tu. Separuh hati aku lagi surauh pergi MMU tu. Tak boleh tukar ke tempat Poli tu?
Notakaki: Kualiti atau murah?
Mood: Runsing

Aku dah buat keputusan. Aku pilih MMU Melaka. MMU Melaka! Here I come.ngeh3.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar