Selasa, 20 Oktober 2009

"U Follow I, I Follow U"

picture is loading


Ok. Nak tulis entri yang agak pedas sikit kai neh. Lepas baca siapa yang terasa sila jangan terasa okay. Cakap pasal "U Follow I, I Follow U" ataupun "I Follow U, U Follow I" macam pernah dengar je kan ayat-ayat tu walaupun ada perbezaan sikit.hehe. Actually adat neh dah lama muncul sejak Google perkenalkan Follower widget kat Blogger. Singgah mana-mana blog dah jadi adat kena follow blog tu walaupun baru sekali je kunjung blog tu. Persoalaannya perlu ke "U Follow I, I Follow U"?


picture is loading


Aku tak kisah kau nak follow ke tak blog neh. Tapi perlu ke suruh aku follow balik? Kau follow blog aku semata-mata nak aku follow balik je kan? Itu motipnya. Aku tak amalkan adat "U Follow I, I Follow U" sebab rasa macam hiprokrit pun ada. Yela. Follow blog tu sebab dia dah follow aku. Aku bukan tak nak follow. Tapi aku tak nak semakkan Google Reader aku je dengan entri yang aku tak minat nak baca pun.

Aku hanya akan follow blog rakan-rakan aku atau blog yang penuh dengan entri yang sangat menarik perhatian aku. Kadang-kadang aku ada gak follow blog artis.hehe. Ada gak blog yang aku just bookmark kat Firefox aku. So, lepas neh harap maklum la. Jangan nak suruh aku follow balik lak blog kau tu semata-mata kau dah follow blog aku ni. Aku tak suka jadi hiprokrit =(

Btw, thanks kepada yang sudi follow blog aku neh. Kau follow blog ni sebab apa ha?

Lepas ni yang followers hiprokrit mesti terus pangkah blog ni.keh keh keh.


post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar