Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.
Petang tadi dalam pukul 3 lebih kawan forum aku, Wajihah buzz aku di YM mengatakan result final exam dah released. Betapa kecutnya perut aku untuk tenguk result aku tu. Belum sempat aku nak login masuk Student Information Center beliau buzz lagi mengatakan result student ON CAMPUS masih belum released. Oh. Leganya aku masa itu.
Lepas 2 jam macam tu classmate aku, Lin buzz. Mengatakan RESULT DAH KELUAR!! Oh. Kali ini betu-betul dah released.
Dengan tangan yang terketar-ketar aku mencari link MMU Protal lalu login ke Student Information Center untuk check result aku. Dan hasilnya ialah dengan hasil usaha aku study LAST
Subject Business Management yang paling aku BENCI dengan tidak dijangka aku dapat A- untuknya. Subjects lain B dan B-. Pointer GPA aku ialah 3.18. Boleh tahan la . Asalkan bukan pointer 2 ke bawah kalau tak PTPTN tak kan bagi duit pinjaman untuk semester 3 aku nanti.
Aku mula berfikir sejenak, subjects yang akan datang semakin mencabar. Mampukah aku pertahankan pointer aku tidak jatuh merundum kepada 2 ke bawah?
Anyway, kepada yang gagal jangan risau masih ada harapan untuk anda. Jangan mudah putus asa kerana satu kegagalan.
-Itu Sahaja Mahu Updated-
Tidak ada komentar:
Posting Komentar