Rabu, 10 Maret 2010

Result SPM 2009 - 11/3/2010

[Scheduled Post]: Hari ni result SPM 2009 keluar kan. Kalau aku silap tarikh maksudnya aku dapat silap info la ni.haha. Mana la aku nak amik tahu lagi pasal SPM dua tahun dah aku tinggalkan zaman SPM aku tu.haha. Cakap pasal result ni aku tingat zaman aku amik dulu. Ala. Result aku kantoi kot masa.heh.

Buat yang kantoi SPM macam aku ni, dah sah-sah IPTA pun susah nak dapat. So bersedialah apply IPTS. Asal ko banyak duit senang je ko dapat contohnya MMU. Aku memula masuk MMU dah habiskan dekat RM2ribu. T________T.

Kalau nak pilih IPTS hati-hati sikit. Silap-silap korang dapat IPTS yang low class means sijil Diploma korang tak diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang membawa kepada korang menjadi penganggur sepenuh masa bila dah habis study. Ala. Rilek la. Bila korang dah masuk IPT tak de seorang manusia pun akan tanya "Ko dapat bape A masa SPM?", sebaliknya mereka akan bertanya "Ko dapat pointer bape sem neh?".

Silap-silap result pointer korang tu lebih menyerlah berbanding result SPM korang tu. Heh. Ini benar-benar terjadi tawww. Kepada result SPM dorang yang agak tak kantoi pergi la apply Scholarship. Apply woi. Apa ko ingat yuran kat IPT murah macam yuran sekolah ke. Mahal. Aku satu sem dah cecah RM2ribu ikut berapa subjek yang aku register dan credit hours.

Yang dapat result cemerlang gemilang tahap cicak gaban tu pergi apply JPA taw. Boleh study kat oversea :D. Kalau tak dapat scholarship apa nak buat apply PTPTN je la. Aku dapat RM16k untuk dua tahun setengah kat MMU. Mahu terberak aku 24 jam nak bayar balik nanti.haha.

So, ini je la nasihat dari Kakak Amoi kali ni.heh. Kepada yang terbaca entri ni, share-share la result SPM korang. Tak kira la SPM batch mana. ;pp.

p/s: aku masih berada di Port Dickson. :D

post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar