Sabtu, 20 Maret 2010

[Review]: Alice In The Wonderland 3D

Ni bukan la review pasal movie Alice In The Wonderland (AITW). Saje nak share pengalaman tengok cerita 3D. In fact, ni kali pertama aku tengok cerita dalam 3D.hahaha. Agak jakun pada mulanya. Dulu pernah la test 3D ni kat Petrosains KLCC. Tapi tak syiokkk la.heh!


Disebabkan nak sangat tengok cerita 3D ni, aku dengan lin sanggup tunggu dekat 2 jam lebih untuk cerita ni. Asalnya nak beli tiket pukul 3.45pm tapi apakah dayanya, tiket sold out. Mungkin kerana AITW ni dalam 3D tu pasal cepat sold out. Last-last kiteorang decide tengok pukul 6pm je la. Kalau korang cadangkan aku reserved tiket kat website GSC, memang dah FULL.

Aku rasa yang datang tengok cerita AITW 3D ni bukan nak hayati cerita ni tapi mungkin jakun macam aku pasal 3D.hahaha. Mungkin la. Kalau tengok 3D korang mesti tahu kan objek yang kita tengok pakai cermin mata 3D tu akan nampak macam real and dekat sangat dengan mata kita kan. So itu yang berlaku.

Setiap kali ada je babak dia baling barang dekat dengan kamera aku terasa barang yang dia baling tu kena kat mata aku padahal tak pun. Itu yang aku exited sangat.haha. AITW 3D no subtitile. Jadi, untuk orang yang macam aku English tak berapa nak bagus ni agak susah la nak paham apa yang dorang cakapkan. Tapi aku paham cerita tu actually. Certain things je yang aku tak paham.huhu

Tapi kan..kalau cerita AITW ni dari mula sampai akhir 3D aku rasa lagi ok kot. Dia half 3D and half non-3D.hoho. Tapi sememangnya aku enjoy la dengan AITW 3D ni. ^.^

Memang kagum dengan orang yang buat filem 3D. Bukan mudah. Bravo kepada yang bersusah payah hasilkan filem 3D ni.

*sebelum wayang ditayangkan.
Sempat posing dengan cermin mata 3D. Besar dan beratkan batang hidung aku.haha.


post signature


Tidak ada komentar:

Posting Komentar