Senin, 24 Mei 2010

Blog Yang Mampu Buat Aku Ketawa Kuat-Kuat Seorang Diri Semasa Berduka

Ok. Kali ni aku nak review blog kawan aku ni. Eh. Ini bukan edisi macam Ben Ashaari tu; Jelajah Blog. Bukan. Bukan. Bukan. Tak kuasa! haha. Ini just my personal taste bila tengah sedih aku akan buka satu blog. Blog ini sahaja mampu buat aku ketawa guling golek dan kuat-kuat dalam bilik macam orang yang dah hilang kewarasan diri semasa berduka.lol

*amik kau iss. Print screen dengan wajah kau terpampang.haha.

URL blog: http://isst89.blogspot.com/

Ok. Sumpah kalau korang baca setiap butir perkataan dalam blog budak nama iss ni, memang korang gelak. Korang mesti rasa ayat dia macam sial. Bahasa yang digunakan ialah bahasa ponen. Bahasa yang jarang digunakan dalam majlis-majlis formal mahupun secara tidak formal. Kalau guna gak, terus kena sepak.lol.

Suruhlahh aku baca berjuta kali pun entri yang sama dalam blog itu, sure aku gelak sampai pecah perut mungkin. Btw, aku pernah lahh jumpa iss secara realiti. I mean face to face. Well~ Asal jumpa je kitaorang sure terkekek-kekek ketawa. Sampai nak balik pun masih boleh ketawa padahal tak ada apa yang melucukan.haha.

Korang lak akan mesti baca blog siapa di kala sedang berduka? :D

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar