Ini bukan komik manga Hot Gimmick tu. Aku sendiri pernah baca komik manga Hot Gimmick dulu.hoho. Ok. Ini sebuah novel komedi romantik. Dan cerita ini lebih kurang cerita Boys Over Flowers tu. Baca sinopsis yang berada di kulit belakang novel ni pun dah dapat gambaran macam cerita popular Korea BOF tu taw. Dan sebab itu aku membelinya.
Yea. Walaupun serupa dengan cerita Boys Over Flowers tu tapi ada perbezaan di antaranya. Banyak perbezaan ketara. So tak leh cakap cerita Hot Gimmick ni ciplak cerita Boys Over Flowers :D.
Harga novel ni tak mahal. Murah sahaja. RM19 di Semananjung Malaysia dan di Sabah&Sarawak pula harganya RM22. Diterbitkan oleh KakiNovel Enterprice. Penulisnya Shasfa Alyahya.
Ok. Mari baca sinopsis yang aku cekau dari website KakiNovel.
Apa yang serupa dengan Boys Over Flowers ialah BOF ada F4. Dan Hot Gimmick ada 3K. 3K yang terdiri daripada Amierul Mukminien, Izuan dan Harizd. Mereka semua belajar kat sekolah swasta dan boleh dikatakan tergolong dalam golongan elit.Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.
Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah.
Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.
Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan jika Harizd dan Natasya Shakilla berbalah sesama sendiri.Dek terlalu membenci Harizd, Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd.
Hubungan rapat Natasya Shakilla dan Amierul Mukminien telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla hingga hampir-hampir meragut nyawanya. Mujurlah Harizd tiba tepat pada waktunya, menyelamatkan Natsya Shakilla.
Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster!
Oh. Terus terang aku katakan, aku suka betul watak Amierul tu. Amierul yang taat kepada agamanya. Amierul yang pendiam dan jarang tersenyum seperti Jin Hoo dalam BOF. Tapi Amierul mudah ketawa dan tersenyum bila bersama si heroin; Natasya Shakilla. Watak Izuan lak serupa watak Yi Jung si playboy. Tapi Izuan still tak ada si heroin seperti Yi Jung yang dah ada Ga Eul. Ok. Watak Harizd serupa Gu Jun Pyo. Garang. Dingin. Dan perkataan faveret Harizd ialah "No Excuses!". Damn sarkastik sungguh!
Watak Natasya Shakilla tak serupa langsung dengan Jan Di yang lahir dari keluarga miskin. Natasya Shakilla anak bongsu dari keluarga berada. 5 tahun kat Australia telah menjauhkan dirinya daripada ajaran agama Islam. Bila balik Malaysia dia mula berubah kepada lebih solehah. Sebab itu novel ini banyak diterapkan tentang Islam. Bahasa arab pun ada sikit-sikit terselit dalam novel ni.
Pendapat aku, permulaan cerita dah 5 bintang tapi ending dia macam terburu-buru sangat. Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku lepas habis khatam novel ni. Siapa yang panggil Natasya Shakilla masa kat airport? Perbuatan jahat Adzharina terhadap Natasya Shakilla kat sekolah dan semasa mereka dalam kem masih belum terbongkar. Dan endingnya Natasya Shakilla hilang ingatan. So, apa jadi lepas tu? Heh. Kenapa habis macam tu je? Aku harapkan Harizd dengan Natasya Shakilla ada happy ending.
Sangat berharap ada kesinambungan novel ini. Tak salah ada sambungan untuk novel. Contohnya novel Ombak Rindu dah ada dekat 2 kali sambungan. So, kenapa tidak novel Hot Gimmick kan.
Credit: KakiNovel
Tidak ada komentar:
Posting Komentar