*kalau perempuan yang minta putus?
Apa alasan yang biasa kaum perempuan akan berikan apabila dia mahu memutuskan satu hubungan cinta dengan si jejaka? Jom semak :D
Mula-mula kaji dulu simptom-simptom akan putusnya satu hubungan.
1. Sering mencari alasan untuk bergaduh dengan kamu.
2. Buat endah tak endah akan dirimu.
3. Mula memuji jejaka/gadis lain. Tidak lagi menjaga perasaan kamu seperti biasa.
4. Sudah tidak bertanya khabar kamu langsung (ini tahap kronik)
Banyak lagi kan tanda-tanda bahawa esok lusa hubungan kau dengan dia akan putus. Tak larat aku nak senaraikan kat sini. Kang lari dari topik pula.
Berbalik kepada tajuk..apa alasan yang perempuan akan berikan bila mahu menamatkan satu hubungan? Korang tak perasan ke dunia sekarang ni. Perempuan mudah sahaja tamatkan satu perhubungan yang terjaln hampir 10 tahun :o.
Ini top 5 alasannya.
Dan kamu lelaki. Dah perempuan tu yang minta putus. Buat apa kau nak terhegeh-hegeh kat dia lagi? TAK PERLU ok. Baik kau pergi cari 'bunga' lain. Show off kat dia betapa kau bahagianya dengan 'bunga' baru kau tu. Biar dia rasakan betapa ruginya dia lepaskan lelaki macam kau.1. Tidak bersefahaman
Apa kau cakap? Tak bersefahaman? Eh. Bukan ke selama ni kau perempuan yang cari pasal dengan si dia? Bukan ke sejak akhir-akhir ni kau mengada-ada merengek bagai nak itu nak ini. Last-last bergaduh. Mula lah bagi alasan sering salah faham. Padahal diri sendiri yang mulakan.
2. Tidak memahami si dia
Ini alasan paling keji. Dah kau sendiri tak cuba untuk memahami jiwa lelaki dia. Kau nak cakap sekarang kau tak memahami dia pula kan. Lebih-lebih lagi dah dekat 6-7 tahun kau bercinta dengan dia. Tak cukup lagi ke kau memahami si dia? Ditambah tempoh korang bersahabat. TAK CUKUP MEMAHAMI LAGI KE?
3. Pihak ketiga
Huh. Pelik. Si dia dah cuba bagi apa yang kau mahukan. Kau merengek bagai si dia tetap bersabar. Tapi last-last kau cari lelaki lain. Sebab? Sebab kau bosan dengan si dia. Eh. Kalau macam tu dengan semua lelaki pun kau akan cepat bosan. Esok lusa ganti dengan lelaki lain pula.
4. Tidak bersedia untuk bercinta
Satu lagi alasan paling tak logik. Kalau dah tak bersedia nak bercinta buat apa nak bercinta dengan si dia dari awal lagi? Menyusahkan perasaan orang lain. Tak tahan godaan kot. Yela tengok orang lain bercouple-couple kau pun nak lah eh? Lepas tu bagi alasan TAK BERSEDIA.
5. Takut bagi komitmen
Hek eleh. Takut bagi komitmen kononnya. Habis selama kau bercinta dengan si dia bukan kau dah bagi komitmen ke? So, kenapa sekarang baru nak cakap TAKUT BAGI KOMITMEN? Ha. Jawab! Tak terjawab kan?
aku menulis entri ini dengan penuh amarah.huh.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar