Rabu, 02 Juni 2010

SupaSync atau Selective Tweets? (sync status Twitter to Facebook)


Hye all. Macam dah lama tak updated blog and blog walking. Al-maklumlah sedang busy menjadi detective. Banyak kes pembunuhan kena selesaikan. Pembunuh masih berleluasa ni.haha

Siapa ada Twitter dan Facebook? Mesti ada kan. Mana main Myspace lagi kan.hoho. Ok. Kalau Twitter status boleh sync ke Myspace kenapa tidak ke Facebook? Ada dua apps aku pernah cuba. SupaSync dan Selective Tweets. Mana lebih bagus? Jom. Buat perbandingan harga sekarang juga! (macam iklan Tesco pula)

01. Selective Tweets
Pengalaman: Aku pernah setting kaw-kaw punya kat sana. Tapi apa boleh buat. Masih tak nak sync status Twitter aku ke Facebook. Padahal setting semua betul. Kat status Twitter ada hashtag #fb. Bagi aku apps ini sangat bermasalah dan pilih kasih juga! Sebab kenapa ada twitterer yang boleh sync ke Facebook? Kenapa ada twiterer yang tak boleh sync? Bukan pilih kasih ke tu.grrr. Lalu aku curang pada Selective Tweets sehingga aku blocked apps ni kat Facebook. PADAN MUKA.haha.

02. SupaSync
Aku bukan nak puji lah kekacakkan apps SupaSync ni. Tapi apps ni memang "kacak" masa sync Twitter status aku ke Facebook. Setakat ni tak ada masalah dalam sync ke Facebook. Kadang-kadang ada juga masalahnya contohnya masalah lack of API sehingga susah nak sync. Kiranya ramai sangat guna SupaSync sehingga API SupaSync ni sanggap nak nafkah batin.haha. Sekacak mana pun SupaSync ni tetap ada kelemahan. Kelemahan yang ketara status Twitter akan di-sync ke Facebook selepas 5 minit. Walau apa pun aku masih setia dengan SupaSync sehingga kini :D.

It's up to you all nak pakai apps apa pun untuk sync status Twitter masuk Facebook. Nak pakai Tweet Deck pun boleh. Dipersilakan. Tepuk dada tanya Facebook.haha.

Mahu sambung main CSI: New York The Game! See yah ^.^

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar