Sabtu, 31 Juli 2010

Review Movie : Orphan

Hye u'oll. Selamat hari August.

Lagi 4 bulan nak habis 2010 ni weyh. Lagi 2 bulan lebih aku akan habis sem 4. Lepas tu masuk sem 5 plak. Bapak lama aku bertahan kat Money Maker University ni.kah3. Baiklah kembali kepada tajuk entry kali ni. Aku nak kasi review untuk movie Orphan. Movie ni dah lama dah tapi baru nak buat review. Aku baru habis tengok version DVDrip punya ah. Apa lagi kalau bukan download kan.hoho.

Ye. Aku tahu sekarang semua orang tengah nak pergi tengok Inception. Inception yang aku download ni CAM version. Kualiti tak sebagus DVDrip. Sedih ouh! Nak pergi tengok kat wayang pokai plak aku sekarang ni. Ah. Tak pe. Tak pe. Nanti ada headphone baru aku tengok Inception. Tak ada feel langsung tengok Inception boleh dengar sebelah je. Sedih!

More info for this movie visit HERE

Cerita Orphan ni bukan cerita hantu pun. Tak ada unsur-unsur hantu pun dalam tu. Tapi agak creepy lah budak nama Esther ni yang di-adopt oleh satu pasangan laki bini yang baru kematian anak perempuan dorang. Mengada kot nak amik anak angkat padahal dah ada dua anak kandung. Satu anak laki yang dilahirkan normal. Satu lagi anak perempuan yang dilahirkan bisu dan pekak.

Aku tak tahu lah masa kat wayang tu ada cut ke tak sex scene laki bini ni kat dapur rumah atau dalam bilik tidur. Tapi biasa lah kalau download version dia kasi full. Tak ada cencored atau cut-cut ah. Tapi bagi aku sex scene dalam cerita ni biasa je kot. Tak ada lah bogel-bogel. Separuh bogel je pun. Cuba tengok Wrong Turn 3. Tetek terpampang depan muka.HAHA.


Muka Esther yang tak ada perasaan langsung. Tengok muka dia. Langsung tak ada unsur-unsur muka takut ke apa lepas cubaan membunuh Danny, anak laki dalam family tu tak berjaya. Boleh duduk dengan tenang lagi tu. Mesti tengah plan cam ne nak hapuskan Danny terus kan. Memang pun!

Actually Esther ada penyakit Hypopituitarism tapi keluarga Coleman ni tak tahu. Kau tahu apa jenis penyakit tu? Penyakit tu macam bantutkan segala tumbesaran seorang manusia. Selalunya penghidap penyakit ni muka dia orang tengok muka budak-budak sekolah rendah tapi rupanya dia seorang wanita dewasa. Macam tu lah Esther. Esther umur 33 sebenarnya. Tapi berlagak macam budak umur 9 tahun ouh. Rumah anak-anak yatim yang jaga dia pun tak tahu dia ni umur 33.

Esther ni dia pandai melukis. Hari tu dia nampak laki bini ni buat sex kat dapur rumah. Terus dia lukis kat dinding bilik dia. Pandai plak tu dia cover lukisan 18SX dia tu dengan lukisan lain.haha.

Si bapak dah ternampak lukisan Esther yang evil gila. Selama ni lukisan tu tergantung cantik kat dinding. Tapi bila dorang tutup semua lampu and hanya lampu dari aquarium je menyala, nanti terserlah lah maksud tersirat lukisan-lukisan yang Esther lukis tu.

Kau nampak kat bahagian kiri gambar ni? Ha. Tu lah gambar 18SX yang Esther lukis. Si suami tengah cabut semua lukisan kat dinding tu. Nak tahu ada apa di sebaliknya. Sekali gambar dia dengan bini dia tengah buat anal sex.

Tu pasal otak dia bukan otak kanak-kanak riang yang berlari makan ice cream tu. She more to mature. Yela. Walaupun tumbesaran terbantut tapi otak dia berkembang ikut umur sebenarnya dia. Mesti payah kan seorang dewasa kena jadi budak-budak innocent.keh3. Tu pasal Esther berani bunuh ramai orang. Dia bunuh keluarga angkat dia. Sebelum family Coleman amik dia jadi anak angkat, ada keluarga lain amik dia gak dulu lepas tu for some reason she kills the whole family!

Reason dia satu. Kalau dia tak dapat goda suami dalam family tu. Dia akan bunuh dan bakar rumah dorang. Dia ni tak fikir ke apa. Muka macam umur 9 tahun tapi nak goda suami orang. Memang failed lah jawabnya Esther oii. Kalau laki tu berjiwa nafsu sex, dah lama dia rogol anak perempuan dia sendiri. Betul tak?haha.

Ending cerita ni macam ni. Si suami terbunuh. Siapa bunuh? Budak nama Esther tu lah bunuh. Esther cuba bunuh Danny, anak laki dalam keluarga tu tapi tak berjaya langsung. Lepas tu Esther cuba bunuh si anak perempuan plak, Max. Tapi Max ni walaupun pekak dan bisu, pandai plak dia sembunyikan diri. At the end yang bunuh Esther ni ialah si bini tu sendiri. Dia tendang Esther sampai patah leher dia. Maka tamatlah riwayat Esther. Bagus jugak. Tak ada lah menyusahkan family lain plak.

Aku kasi movie ni 8 stars over 10 lah. Yang aku tak puas hatinnya aku nak tahu siapa parents kandung Esther sebelum dihantar ke hospital mental. Macam mana lah Esther boleh jadi cold blooded sangat. Yang penonton tahu, Esther ni umur 33. Escape dari hospital mental lepas tu masuk rumah anak-anak yatim. Kat hospital tu dia paling ganas di antara semua pesakit. Raja segala kejahatan kat hospital tu.haha.

Kalau tak puas hati lagi dengan review panjang aku pasal movie ni. Kau boleh try tengok trailer movie ni :D. Trailer ni tak best sangat. Movie dia yang best.


Ok lah. Korang boleh download movie ni kat website warez ataupun melalui torrent. Amik yang version DVDrip punya ah. Baru best.keh3

p/s: dah nak balik Melaka. Malasnya. :(

post signature

Tidak ada komentar:

Posting Komentar