Bila buka balik album game yang ada kat Facebook aku tu kan, baru aku terfikir banyaknya game aku dah main weyh. Banyaknya masa aku dah terbazir sebab main game Facebook ni. Ahaks!
Ada beberapa game yang aku dah block siap-siap kat Facebook tu. Sebab? Ah sebab kawan-kawan Facebook asyik hantar gift kat aku. Rasa rimas lak nak ignore satu-satu. So aku block lah game tu. Senang!
8 game yang dah kena block dengan aku. Sorry lah kawan-kawan yang masih main game yang dah aku block. Aku dah malas nak main. HAHA
Ini game Facebook yang pertama aku main. Restaurant City. Huihh. Mula-mula main memang addicted sial. Pagi, petang, malam aku hadap game ni. Suka benar tengok kawan-kawan aku jadi kuli dalam kedai makan aku.keh keh keh. Aku dah tak ingat aku tinggalkan game ni dalam level berapa.
Lepas tu muncul lak Farm Ville.
Yang ni game paling aku addicted. Sebab aku boleh lak bangun pepagi buta pukul 5 6 pagi semata-mata nak harvest sayur aku.kah kah kah. Dah macam petani yang berdedikasi untuk kebun dia lak.haha. Lepas tu berkomplot dengan kawan-kawan dari MMU Cyber hantar gift untuk selesaikan satu bangunan.
Game ni nama dia Roller Coaster Kingdom. Boleh bina fun fair sendiri. Lihat lah fun fair ciptaan aku. Ikut suka hati aku je bina.haha. Kalau banyak coin boleh lah beli permainan lain lepas tu taruk kat fun fair sendiri. Tapi kejap je aku dah boring dengan game ni. T_____________T
Sebab Chokilala aku terjebak dalam main game yang bernama Cute Cube ni. Ahaks! Hari-hari aku hadap game ni nak tangkap patung lah. Tangkap gula lah. Kenapa kena tangkap tu semua? Kena selesaikan satu task baru leh tukar level. Last-last itu lah hasilnya. Tengok ada patung Snow Man. Aku main masa mat salleh sibuk nak sambut Christmas.hehe.
Dan banyak lagi game Facebook yang pernah aku main..
Korang yang dok addicted dengan game Facebook ni dengar lah nasihat aku ni, tak lama je game yang kau main tu. Nanti developers Facebook tu keluar lagi satu game baru. Lepas tu kau tak menang tangan nak handle banyak game weyh.keh keh keh.
Sila tinggalkan dunia game Facebook dengan kadar segera sebelum kau jadi ketagih macam aku dulu.kah kah kah.
p/s: best gak main respon-respon entri blog orang.keh keh keh
Tidak ada komentar:
Posting Komentar