Siapa tak kenal gadiscomel.com kan? Website yang menghimpunkan gambar gambar gadis yang kononnya comel padahal kesan edit daripada photoshop. Paling tidak pun di edit pakai photoscape. Kasi bright sikit. Hilangkan parut jerawat dan jerawat kat muka. Dan voila! Kulit muka jadi licin dan flawless dalam gambar sahaja. Semua pun puji cantik lawa gambar tu. Oh jangan lupa pakai fake lens kaler warna warni tu masa snap gambar.
salahkan cuaca kat malaysia yang sentiasa panas. kalau tidak muka aku dah flawless macam ni tahu tak payah susah payah nak edit pakai photoshop jadi fake beautiful. Credit Picture
Bila dia tengok gambar tu dah diedit jadi cantik dan lawa, terus dia memerasankan diri ingat diri tu lawa sangat. Bila ada segelintir si polan ni menganjurkan Pencariaan Lelaki bla bla bla dan Awek bla bla bla dalam Facebook apa lagi terus upload gambar yang dah kena edit tu dengan menyedapkan hati cuma suka suka upload dalam fan page tu. Tak luak pun.
Dapat like beratus ratus kena puji cantik lawa comel dan sewaktu dengannya. Dengan harapan akan mendapat gelaran Awek Cun atau Comel. Lelaki plak dalam gelaran Lelaki Macho katanya.
Kenapa ramai nak masuk pertandingan pencarian bla bla bla semua tu? Kalau menang dalam duit ke dapat gadget dapat ipad ke dapat jadi cover page majalah ke aku boleh lah faham kenapa ramai berduyun berduyun manusia cuba nak menonjolkan diri siapa paling cantik. Setakat like beratus dan gelaran untuk sekejap. Lepas 2 3 4 minggu akan dilupakan orang gambar kau tu. Akan digantikan pula dengan gambar orang lain yang lebih menyerlah daripada kau.
percaya tak ini gambar aku yang telah dipatungkan? Credit Picture
Dapat gelaran kat Facebook je. Bukan dapat gelaran dalam dunia realiti yang sepatutnya kau face each day. Kalau dalam dunia realiti pun ada orang puji kau cantik, kau memang cantik lah sebab apa yang dorang tengok ialah wajah realiti kau walaupun muka kau hanya tempek bedak asas je. Setakat puji gambar aku pun boleh edit jadi cun tahap miss universe tu nyoi.
Bila gambar kau dah tersebar dalam Facebook Pencarian Awek bla bla bla dan Lelaki bla bla bla ianya akan tersebar ke tempat lain juga. Percayalah. Ramai manusia jahat kat luar sana yang nak memanipulasikan gambar cantik macam kau.
Contohnya gambar kau akan masuk gadiscomel.com , awekcomel.net. Bila masuk kat website tu semua mula lah kau nak melenting katanya gambar kau kena curi padahal diri sendiri yang merelakannya tanpa sedar. Tak kan tak ingat kau upload untuk suka suka sahaja kan.
Aku pun upload gambar sendiri kat Facebook sana. Edit gambar pun ada. Tapi tak ada lah buat kerja gila sampai nak upload kat laman lain. Kat blog sendiri pun kau susah nak nampak gambar aku kecuali gambar sidebar yang aku dah edit kasi tak nampak. Malas lah nak tayang tayang muka kat blog ataupun kat laman lain. Aku tak lawa pun macam blogger perempuan lain yang tempek gambar sendiri sebesar alam kat header tu :p. Setakat gambar doodle perempuan yang dilukis sendiri pun dah cukup ye dak?
Ok. Sambung buat kerja. Pokus. Pokus.
Nota Kaki :
Sudah mempunyai laptop baru. Gembira.
Header sudah bertukar wajah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar