Tampilkan postingan dengan label PHOTOSHOP. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PHOTOSHOP. Tampilkan semua postingan

Rabu, 27 Juli 2011

Wordless Wednesday #12 : He's another Magneto from X-Men

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Captured by Scandx and edit by me!

Selasa, 21 Juni 2011

Wordless Wednesday #7 : Bebas

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description. - answers.com

Captured by Scandx. Edit by me :)

Jumat, 29 April 2011

Aksi panas daripada rangka manusia. Eh ini sesuai untuk pendidikan sex.

Hari ini 29 April 2011. Hari ini #royalwedding Prince William dengan Kate Middleton. Aku ada tengok kat TV tadi. Dari pukul 5PM lepas tu gigih tunggu dorang buat royal kiss pukul 830PM. Hey! Gaun pengantin perempuan sangat stunning. Gorgeous woi. Bertuahnya badan Kate dapat kawin dengan kerabat diraja. Besok dah ada anak. Anak dia tak payah kerja langsung woi. Fuh!

Tapi entri ni aku tak nak updated pasal #royalwedding tu. Sebab aku tahu mesti kau semua dah baca banyak kali kat blog orang lain kan? Ceritanya pun hampir serupa. Semua gambar #royalwedding tu pun gambar dari source yang sama. Jadi tak payah lah cerita kat sini. hehe.

Ni aku nak bagi tengok gambar tulang tulang manusia yang buat aksi panas di ranjang tu. Bukan lucah mana pun. Tak payah nak sensor. Sebab ini cuma rangka manusia. Nak aku sensor tang mana woi? hehe. Gambar gambar ini semua dah dimanipulasi oleh Photoshop. Hebat Photoshop! Macam macam benda boleh buat dengannya. Sebab tu aku pernah berkata "You Don't Use Paint If You Already Have Photoshop". Yeah! Make sense kan? Gambar gambar ini design by Guillermo Vega. Enjoy!






Tak rasa sesuai ke digunakan untuk pendidikan sex bersama sama dengan video ini? Lagipun rangka rangka manusia ni semua, memang ada kat makmal sains kan? :D

Rabu, 23 Maret 2011

[Photoshop] : buat collage polaroids guna photoshop.

Gambar original :


Selepas terkena effect collage polaroids:


Kalau nak belajar buat effect ni kau boleh tengok kat sini -> Turn A Photo Into A Collage Of Polaroids In Photoshop . Ada 5 page. Selak sampai habis kalau nak buat.

Sebenarnya Fatehah_A yang bagi tahu aku pasal tutorial ni. Tahu tak berapa kali dah link tutorial ni hilang daripada pandangan mata aku? Akhirnya baru hari tu ada masa nak terei buat effect ni. Jadi pun selepas setengah jam dengan percubaan pertama aku :D!


Nota Kaki:
Dah dapat cek pertama daripada Churp Churp.
Header dah tukar.

Minggu, 13 Maret 2011

senang betul dapat jadi awek comel dan lelaki macho dengan hanya tayang gambar sahaja.

Hai semua. Dah lama tak updated kat blog ni. Busy sejak masuk practical. Balik rumah je terus penat. Nak tidur je kerja. Hujung minggu apa lagi bantai tidur sampai ke petang.haha.

Siapa tak kenal gadiscomel.com kan? Website yang menghimpunkan gambar gambar gadis yang kononnya comel padahal kesan edit daripada photoshop. Paling tidak pun di edit pakai photoscape. Kasi bright sikit. Hilangkan parut jerawat dan jerawat kat muka. Dan voila! Kulit muka jadi licin dan flawless dalam gambar sahaja. Semua pun puji cantik lawa gambar tu. Oh jangan lupa pakai fake lens kaler warna warni tu masa snap gambar.

salahkan cuaca kat malaysia yang sentiasa panas. kalau tidak muka aku dah flawless macam ni tahu tak payah susah payah nak edit pakai photoshop jadi fake beautiful. Credit Picture

Bila dia tengok gambar tu dah diedit jadi cantik dan lawa, terus dia memerasankan diri ingat diri tu lawa sangat. Bila ada segelintir si polan ni menganjurkan Pencariaan Lelaki bla bla bla dan Awek bla bla bla dalam Facebook apa lagi terus upload gambar yang dah kena edit tu dengan menyedapkan hati cuma suka suka upload dalam fan page tu. Tak luak pun.

Dapat like beratus ratus kena puji cantik lawa comel dan sewaktu dengannya. Dengan harapan akan mendapat gelaran Awek Cun atau Comel. Lelaki plak dalam gelaran Lelaki Macho katanya.

Kenapa ramai nak masuk pertandingan pencarian bla bla bla semua tu? Kalau menang dalam duit ke dapat gadget dapat ipad ke dapat jadi cover page majalah ke aku boleh lah faham kenapa ramai berduyun berduyun manusia cuba nak menonjolkan diri siapa paling cantik. Setakat like beratus dan gelaran untuk sekejap. Lepas 2 3 4 minggu akan dilupakan orang gambar kau tu. Akan digantikan pula dengan gambar orang lain yang lebih menyerlah daripada kau.

percaya tak ini gambar aku yang telah dipatungkan? Credit Picture

Dapat gelaran kat Facebook je. Bukan dapat gelaran dalam dunia realiti yang sepatutnya kau face each day. Kalau dalam dunia realiti pun ada orang puji kau cantik, kau memang cantik lah sebab apa yang dorang tengok ialah wajah realiti kau walaupun muka kau hanya tempek bedak asas je. Setakat puji gambar aku pun boleh edit jadi cun tahap miss universe tu nyoi.

Bila gambar kau dah tersebar dalam Facebook Pencarian Awek bla bla bla dan Lelaki bla bla bla ianya akan tersebar ke tempat lain juga. Percayalah. Ramai manusia jahat kat luar sana yang nak memanipulasikan gambar cantik macam kau.

Contohnya gambar kau akan masuk gadiscomel.com , awekcomel.net. Bila masuk kat website tu semua mula lah kau nak melenting katanya gambar kau kena curi padahal diri sendiri yang merelakannya tanpa sedar. Tak kan tak ingat kau upload untuk suka suka sahaja kan.

Aku pun upload gambar sendiri kat Facebook sana. Edit gambar pun ada. Tapi tak ada lah buat kerja gila sampai nak upload kat laman lain. Kat blog sendiri pun kau susah nak nampak gambar aku kecuali gambar sidebar yang aku dah edit kasi tak nampak. Malas lah nak tayang tayang muka kat blog ataupun kat laman lain. Aku tak lawa pun macam blogger perempuan lain yang tempek gambar sendiri sebesar alam kat header tu :p. Setakat gambar doodle perempuan yang dilukis sendiri pun dah cukup ye dak?

Ok. Sambung buat kerja. Pokus. Pokus.

Nota Kaki :
Sudah mempunyai laptop baru. Gembira.
Header sudah bertukar wajah.

Kamis, 26 Agustus 2010

[Entri Bergambar] : Typography Design is Cool

Apa tu typography? Image yang penuh dengan tulisan sahaja. Tak kira lah tulisan tu typo ke. Tulisan terbalik ke. Thats call typography.

Style sial design-design yang aku tengah tengok ni. I feel so amazed to their artworks. Kalau aku yang design, mesti separuh siap dan mungkin tak siap langsung akhirnya. LOL. Lepas Photo Manipulation, giliran Typography Design lak menonjolkan diri kat dalam blog aku.miahahahaha~

Anyway, check it out some of the cool design of typography. I amazed all the artworks. Designer orang putih ni semua ada otak seni yang unik. Aku? Nahh. Zero art. T_T




















More pictures here..

Pada asalnya aku nak design macam ni konon-kononnya lah. Nak berlagak pro sangat kan. Sekali jadi macam hampagas. Damn it. kah kah kah. Last-last aku design benda lain. Tak pakai muka manusia. Tapi pakai tulisan sahaja ok! Gila kentang. Dekat 3 jam aku menilik-nilik tutorial dia sampai panas bontot aku.haha. Dan ini hasilnya.. (drum roll)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-Teruju tak? Kah kah kah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ok -.-. Aku tahu memang tak lawa. Itu je yang aku berjaya buat selepas duduk depan Photoshop sampai panas bontot.LOL. Buat ni pun dah 3 jam? Memang lah woi. Berapa banyak dah aku design, last-last yang ni gak yang terhasil. Yang lain semua aku dah masuk Recylce Bin.keh keh keh.

Tutorial boleh belajar kat sini. Sampai sekarang aku tak paham Step 11 dalam tutorial tu. Aku dah ikut sebijik buah dada tapi tak jadi langsung! Geram.

Tapi aku dah paham the whole concept cara hasilkan typography design ni. Tinggal nak masukkan creativiti dalam design masing-masing. Malangnya kepala otak aku ni gagal hasilkan idea yang sangat creative buat masa ini.LOL.

Tu pasal Assignment Cover Magazine aku tak siap sampai sekarang. Minggu depan dateline woi! Mampus. Ok. Dah siap! Dah submit pun.

This is the design for my Assignment Cover Magazine. I uses People Magazine as the example for create this since my lecturer ask us to use an existing popular magazine as our idea. Credit: All picture inside the cover page is all from Facebook and Google Image Search.

Why Ashton Kutcher? Because I created this after I finish watching Killers movie. I like him a lot in that movie.LOL!

Now kejar dateline untuk project Flash plak. T_T

p/s: aku bukan student design-designer ni. Harap maklum.

post signature

Sabtu, 22 Mei 2010

[Download] Portable Photoshop CS5 Extended 66MB

Hari tu aku bising-bising sebab CS4 aku asyik crash manjang. Buka kejap crash. Nak buka file pun payah. CRASHHHHH. Last-last aku fed up, aku try search kat Google nak cari CS5 tapi haruslah dalam versi portable. Tak kuasa ouh nak download yang Master Collection punya. 12 GB dengan 26 part dari Rapidshare. Kalau aku pakai HSBB memang senang lenang aku download. Ni aku pakai Streamyx takat 1mbps ja.haha.

Now dah pakai CS5. Dah boleh berlagak sikit.haha. Well. Ni portable version so function pun sikit je. Tapi rasanya function dia masih tak jauh beza dari Master Collection punya. Pastikan ada function Puppet Wrap sudah. Itu kan salah satu kelebihan dalam CS5?hoho. Sampai sekarang aku tak pandai guna Puppet Wrap tu yang macam dalam YouTube.haha. Biar je lah.

Ok. Asyik membebel. Download link mana? Nah!

Photoshop CS5 Extended - Mediafire (66MB)

Btw, million thanks to Portable Appz for the awesome CS5 portable version. Visit their website for more portable version :D.

Photoshop CS5 ini percuma sepanjang hayat. Ini PORTABLE punya. Fungsi lebih kurang FULL INSTALL tapi mungkin ada setengah plug in tak boleh pakai dalam portable version. Kalau nak pakai full sila dapatkan Full Install.

Nota Tambahan: Kalau dapat message error macam "You are not allowed to write to the registry!!" etc etc cuba kau right click pada Photoshop tu dan pilih option RUN AS. Nanti dia keluar pop up windows. Kau pilih option Administrator.

Aku currently using windows XP.

Jumat, 26 Maret 2010

[Entri Bergambar]: Photo Manipulation

Kali ni aku nak bagi sikit contoh gambar yang menggunakan teknik Photo Manipulation. Semua gambar yang ditunjukkan dipercayai dihasilkan dengan hanya Photoshop. Sebelum itu, aku nak terangkan Photo Manipulation tu apa. Karang ada yang blur je masa tengok gambar yang bakal aku tunjukkan.

Photo Manipulation ialah memberi satu ilusi kepada orang yang melihat gambar tersebut.

Setiap Photo Manipulation di-edit menggunakan teknik khas. Bukan takat blur-kan supaya tak nampak kedut di muka atau warnakan rambut pada gambar. Tapi lebih dari itu. Mesti korang akan jerit 'WOW' selepas melihat beberapa contoh Photo Manipulation (:







For more picture of Photo Manipulation please visit NOUPE WEBSITE.

Aku pasti orang yang edit gambar-gambar jenis ni ialah manusia yang mempunyai otak seni bukan takat dalam melukis dan mewarna tetapi mempunya daya imaginasi yang cukup tinggi. Tanpa imaginasi apakah terhasilnya semua gambar tu? Tidak sama sekali.

Cuba bayangkan korang diberi gambar segelas minuman dan sekeping gambar lelaki tengah memancing. Dan korang kena gabungkan kedua-dua gambar tersebut menjadi sekeping gambar jenis Photo Manipulation. Jadi apa yang korang boleh bayangkan?

Sesiapa yang dapat bayangkan gambar segelas minuman dan sekeping gambar lelaki tengah memancing digabungkan seperti ini, mungkin kamu la manusia yang mempunyai imaginasi yang tinggi:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Semua gambar yang aku tunjukkan bukan aku yang edit. Aku belum sampai tahap tinggi tu lagi.HAHA.

credit to Photoshop Tips, Noupe Website, Wikipedia (Photo Manipulation)

post signature


Selasa, 26 Januari 2010

[Photoshop]: Polaroid Collage Action Plugin

Bukan entri pasal Lee Min Ho la. Tak kan hari-hari nak tulis pasal Lee Min Ho kan. Gambar beliau akan menjadi model untuk Photoshop Tutorial kali ini. Sangat sesuai kan.haha.

Ok kali ni aku nak share satu Action Plugin dengan korang semua. Tak payah nak amik tahu apa itu Action Plugin. Yang janji dengan adanya Action Plugin ni memudahkan kerja edit gambar :D

Action yang aku nak perkenalkan dinamakan Polaroid Collage. Memang cun ahh efek dia! Kalau tak buat pe aku nak rekemen kat sini kan. Jumpa action ni kat blog Oh!Dawie. Thanks for sharing dude! (:

Memula kena la ada Photoshop. Aku pakai Photoshop CS4. Kalau tak de, sila download Photoshop CS3 (Vista and XP). Ringan sajork Photoshop itu sebab dia portable Photoshop ;pp.

Ok then, sila download plugin Polaroid Collage(6.85 KB) ni ok. Lepas tu extract kat folder yang korang nak simpan. Tak perlu la aku ajar cara nak extract. Tak kan tak reti ;pp.

Cara nak Install Action:
Malas nak explain. Ikut je tanda petak merah yang aku buat tu. Kalau dah reti Install Action, sila scroll ke bawah lagi untuk melihat efek Action tersebut.

Langkah Pertama:

Langkah Kedua:

Langkah Ketiga:

Langkah Keempat:

Untuk apply action tersebut, pilih action yang korang nak gunakan. Lepas tu klik butang PLAY. Dan biarkan action tersebut yang buat kerja edit sampai habis ;pp.

Korang tak yah adjust pape. Just sit down and relax.haha. Just klik OK kalau dia keluar message suruh buat adjustment.

Dan contoh hasilnya:
Efek Flat hanya ada satu:

Efek curled ada 3:
01.

02.

03.

Selamat Mencuba.

Via: PanosFX

post signature


Kamis, 29 Oktober 2009

Portable Photoshop CS3 Extended Untuk Windows XP Dan Vista [55.18mb]

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Awww. Aku dah jumpa Portable Photshop CS3 untuk pengguna Windos XP dan juga Vista. Aku tahu rata-rata antara kamu semua pakai Vista. Aku je yang masih belum beralih kepada Vista atau Windows 7.haha. Aku tahu mesti ada yang menjerit histeria bila baca entri aku neh sebab mesti ramai yang nak kan software Photoshop ni?hoho.



Ok. Mari aku terangkan dahulu apa itu portable software. Portable software ini lebih ringan dari biasa okay. Biasanya Photoshop yang bukan portable memang berat gila. Boleh makan half of your HDD. Nama pun dah PORTABLE sure muat sumbat dalam pendrive or thumbdrive korang tu. Sebab lagi sekali diulangi portable software lebih ringan. Ok sudah paham akan terms portable? Kalau tak paham buat-buat paham je ye.haha.XD

Untuk pengguna Vista, 100% boleh digunakan sebab aku dah test kat lappy Vista kawan aku. Don't worry Portable Photoshop CS3 neh tak payah beli. Bukan trial pun. Malah tak payah penat-penat nak crack. Dah memang FREE seumur hidup. Feel free to download okay. Di sini aku sediakan dua link untuk download Photoshop tu. Pilih salah satu. Disyorkan pakai MediaFire sebab lebih laju. Kalau pakai IDM dalam 15 minit siap!

01. MediaFire

Bila dah habis download just klik je file yang korang download tadi and tunggu sampai bukak. Akan stuck dalam seminit macam tu tapi still boleh buka and digunakan dengan senang hati.





#kalau broken link sila inform kat aku okay#

-Selamat Menyedut-:023::023:

post signature


Rabu, 30 September 2009

Cara Menghasilkan Frame Bulat ( Photoshop CS4 )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Ini tutorial pertama Photoshop yang saya tulis. Jadi kalau ada kekurangan sila kritik dengan bernas.haha. Tujuan tutorial ini dihasilkan kerana saya sering terlupa cara menghasilakn frame bulat. Jadi terpaksa saya search di Google semula untuk mencari tutorial sebegini. Saya menggunakan Photoshop CS4. Saya bukan la pandai crack untuk upgrade ke versi Photoshop yang lain. Jadi tutorial kali ini adalah untuk Photoshop CS4 ke bawah. Untuk CS4 ke bawah fungsinya tetap sama walaupun Panel agak berlainan.


Langkah pertama:
Sila buka gambar yang ingin di-edit. Saya menggunakan gambar saya sendiri dalam tutorial ini.



Langkah kedua:
Sila pilih Rounded Rectangle Tool dengan right click.



Radius boleh di-adjust. Suka suki nak letak bape pixel pun.



Kemudian lukis menggunakan Rounded Rectangle Tool tadi ke atas gambar yang ingin di-edit. Hasilnya akan menjadi seperti ini. Gelap di tengah. Mengikut warna Foregroud Color. Kalau Foreground Color anda berwarna putih maka putih la di tengahnya.



Untuk menghilangkan warna di tengah tersebut sila ke Layer Palate dan right click pada Shape dan pilih Blending Option.



Kemudian satu window baru akan keluar kan? Pergi ke Advanced Blending dan di bawahnya terdapat Fill. Sila pilih 0% untuk Fill. Tadaaa..sila lihat gambar yang di-edit. Warna tengah dah hilang.



Langkah kedua:
Anda sudah berjaya melukis rounded corners. Taniah diucapkan! Langkah kali ini akan mengajar anda memotong bahagian yang tidak diperlukan untuk menghasilkan frame bulat yang cantik.

Sila ke Layer Palate dan klik pada Path.



Setelah itu sila right click pada Shape 1 Vector Mask dan pilih Make Selection.



Sila klik OK di window Make Selection.


Setelah klik Make Selection, gambar yang di-edit akan mendapat garisan putus-putus yang berkelip kan di bahagian rounded corners yang anda lukis tadi. Kemudian sila ke Menu dan klik pada Select dan plih Inverse. Selepas memilih Inverse akan muncul satu lagi garisan putus-putus yang bergerak.



Langkah ketiga:
Sikit je lagi anda akan berjaya menghasilkan frame bulat.

Sila ke Layer Palate dan pilih background. Kemudian anda tekan butang DELETE yang berada di keyboard anda ataupun CTRL + X. Kemudian CTRL + D



Dan hasilnya:
Jika mahu tukar warna tersebut sila klik Paint Bucket Tool dan set kan Foreground Color yang anda mahukan.



Tambahan, jika anda tidak mahu warna putih yang berada di luar frame bulat tersebut sila ikut langkah-langkah di bawah.

Langkah pertama:
Sila ke Menuh dan pilih Select. Dalam menu select pilih Reselect.



Selepas Reselect sila ke Menu dan pilih Select kemudian klik pada Inverse. Biarkan garisan putus-putus itu bergerak dan kekal aktif pada gambar.



Langkah kedua:
Klik Edit pada Menu dan pilih Copy Merged.



Setelah itu pergi ke File dan pilih New.



Setting haruslah seperti pada gambar rajah:
Present: Clipboard, Background Content: Transparent.



Selepas itu akan keluar lagi satu window pada tab Photoshop anda.



Langkah ketiga:
Masih lagi berada di window New yang anda hasilkan tadi. Anda hanya perlu klik semula Edit dan Paste. Nampak perbezaannya frame bulat yang anda hasilkan sebelum ini mempunyai background color tapi kali ini tidak lagi. Telah menjadi background petak-petak kan (transparent).



Langkah keempat:
Untuk menyimpan gambar frame bulat anda sila ke File dan klik pada Save As.



Pilih extension PNG. Hanya extension .png yang menghasilakn transparent background. Jika anda memilih extension .jpg frame bulat anda itu akan menghasilkan backgroud putih semula.



Klik OK.



Syabas! Anda telah berjaya menghasilkan satu gambar berbingkai bulat yang cantik. Ini hasil kerja saya:
Kiri bingkai bulat tanpa backgorund color dan kanan bingkai bulat dengan background color.



Sekian sahaja tutorial kali ini. Masa akan datang saya akan hasilkan lebih banyak tutorial Photoshop CS4. Sebarang pertanyaan tentang tutorial ini? Sila tinggalkan pertanyaan anda dalam ruangan komen. Kritikan pun boleh 12.

bye

post signature