Jumat, 08 April 2011

[Review BlogShop] : Ladies Fashion ROCKS!

Hello.

Hari ini aku nak review sebuah blogshop faveret aku. Ini blogshop pertama yang aku review kat blog ni. I doing this for free. Ini bukan iklan or review berbayar ye. In fact the owner pun tak tahu aku review blogshop dia. hehe. Sebab aku suka lah aku nak review ni ha.

BlogShop : ladiesfash.blogspot.com
Owner : Kate Low

Kau tahu apa aku suka dengan blogshop ni?

Sebab baju yang dia jual murahhhhhhhhhhhhhh. Muraaaaahhhhh sangat. Sampai kau rambang mata nak pilih yang mana satu. Aku selalu beli dress ke top ke yang harga RM16 tu. Murah sangat oke. Setakat ni aku belum jumpa lagi blogshop lain yang tawarkan harga murah macam ni. Kualiti baju pun very high.

Dulu masa memula tahu pasal blogshop ni, memang hari hari aku godek blogshop ni. Siap bookmark bagai jadikan wishlist nak beli baju mana. Semua cantik cantik tahu baju dia. Boleh bikin sawan buaya kalau kau tengok baju dress yang dia pamerkan kat blog dia tu. Bukan tu je weh. Semua ukuran baju tu sangat tepat. Jadi senang lah nak beli. Takut tak pepasal ketat lah longgar sangat lah.

Bila kau dah habis buat payment kat seller tu. Dalam masa beberapa jam seller tu dah bagi kau tracking number pos tu woi. Laju kan services dia ni?

*pilih je berdasarkan harga dia*


Blogshop ni dah menjadi must view setiap kali aku online. Jom tengok beberapa dress yang ada kat blogshop tu.



*untuk plus size pun ada*

Amacam? Ridiculous cheap right?

Kalau kau student macam aku yang makan megi sebagai makanan ruji. Yang low bajet macam aku ni ha. ladiesfash.blogspot.com wajib untuk kau lawati sampai lebam biru purple.

Babes, you all boleh tinggalkan link blogshop yang sedap sedap untuk ai tengok tengok nanti kat kotak komen ai ni tahu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar