Kamis, 28 April 2011

[Tentang 10] Day One : 10 Things About Me

Setiap siang dan setiap hari kecuali hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog) aku akan mengadakan satu segmen khas dalam blog ini. Iaitu Tentang 10. Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari.

Terpengaruh dengan blog Huda Luna dan Mira Edora. Jadi aku pun nak join. Lagipun benda ni bagus. Sekurangnya segmen macam ni tak kejar traffik macam segmen daripada seorang blogger tu :p. Dan pembaca blog ni boleh mengenali diri ini lebih dekat. Korang nak join pun boleh. Tapi ini bukan contest tahu. Suka suka sahaja :)


day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words

Jadi hari ini akan dimulakan dengan Day One : 10 Things About Me.

1. Nama penuh Tee Ngin Rui.
2. Kawan kawan kampus panggil amoi. Kawan kawan sekolah panggil Tee. Family panggil Rui-Rui. Kakak abang panggil Ah Mei (adik).
3. Tak suka bawang dan sayur.
4. Tak reti nak tepati masa.
5. Dulu sekolah kebangsaan. Sebab tu fasih cakap melayu.
6. Tak pernah bercinta dengan lelaki cina lagi. Lelaki melayu banyak menjadi scandal dan juga boyfriend.
7. Takut dengan api.
8. Benci dengan aktiviti lasak. Tak suka! p/s: mujur tak dapat PLKN :)
9. Seorang stalker.
10. Seorang yang tak pedulikan hal sekeliling. Ignorant? Maybe. Sebab aku dah cipta dunia aku sendiri.
Kalau nak entri design design unik, tunggu malam eh. Sedang sibuk dengan satu project yang dianjurkan oleh diri sendiri dan yang join pun diri sendiri iaitu design typography. Ada masa aku tunjuk hasil rekaan aku :p

Tidak ada komentar:

Posting Komentar