Minggu, 01 Mei 2011

[Tentang 10] Day Three : 10 Things I Hate

Tentang 10 mengenai tentang 10 perkara mengenai diri aku. Dan ini akan diadakan selama 10 hari kecuali pada hari Rabu (ada segmen lain aku join dalam blog untuk hari Rabu sahaja)


day one : 10 things about me
day two : 10 things I love
day three : 10 things I hate
day four : 10 things I want to say to one person
day five : 10 wishes
day six : 10 items I can’t live without
day seven : 10 important people
day eight : 10 of my favourite songs
day nine : 10 ways to win my heart
day ten : 10 final words
Day Three : 10 Things I Hate

#1 Bila sakit kepala satu benda pun tak dapat buat. Benci hoi. Lepas tu muntah muntah. Lagi lah merana aku.

#2 Aku benci bila tak ada duit. Mati kutu aku dibuatnya. Banyak barang nak beli. Bila tak ada duit, terus diam duduk rumah makan megi. T_T

#3 Jangan nak ajak aku jogging. Aku memang tolak mentah mentah. Sebab bila aku jogging muka aku jadi merah sangat. Hodoh tahu. Baik jogging pakai mesin senam kat rumah tu.

#4 Aku sayang Photoshop tapi aku tak sayang Illustrator. Benci. Sampai sekarang tak reti pakai Illustrator. T_T

#5 Aku tak suka orang jawab dengan jawapan satu ayat. Aku dah cerita panjang panjang kau jawab OK je? Memang nak kena sula dengan aku agaknya tu!

#6 Tak gemar langsung kalau sayur. Kecuali bayam! Sayur sepatutnya tak payah wujud kat dunia ni langsung. grr

#7 Justin Bieber dah umur 17 tahun ni. Aku tunggu umur dia 19 atau 20. Nak tengok wajah pra matang dia tu. Jadi Bieber, please membesar dengan cepat. Baru ai remove you dari hate list ai ni. mwahahahahaha!

#8 Aku benci woi semua jenis serangga terutama sekali serangga terbang ni. Euw!!!!! Rama rama pun aku benci sebab dia ada sayap. Kalau aku nampak serangga ni semua mendekati aku, melompat aku ke atas meja jawabnya.

#9 Asal aku benci dengan anjing lah, anjing anjing suka mai dekat kat aku. Aku takut dorang gigit aku. Sebab tu sampai sekarang aku tak suka. Pernah kejar dengan anjing yang tak hensam langsung. :'(

#10 Slow internet buat aku sakit jiwa. Bila dah slow, itu jam juga aku telefon customer services dorang. Membebel dalam telefon. Pok pet pok pet. Kalau dah slow, apa benda pun tak dapat buat. Aku ni dah lah kerja pakai Internet. Kalau tak ada Internet macam mana nak kerja?
Sebenarnya payah benar aku nak cari 10 benda yang aku benci atau tak suka ni. Macam tak ada je benda yang aku tak suka. Amik masa sampai dua hari tahu nak list down 10 Things I Hate ni. T_T. Besok Day Four plak! Ok yang itu aku excited :D

Tidak ada komentar:

Posting Komentar