Minggu, 08 Mei 2011

surat ini untuk bakal mak mertua aku

#NotATrueStory
Alert : This post is fucking long.

Situasi : Bakal mak mertua aku itu seorang yang sangat kolot. Sangat mengutamakan tradisi di mana bakal menantu dia ini seorang yang sangat urban fikirannya. Apakah akan bahagia rumah tangga bakal menantunya ini dengan anak lelaki kesayangannya kelak? Jadi demi untuk kepentingan rumah tangga aku, aku telah bertindak agresif dengan menulis surat untuk bakal mak mertua aku ni. Apakah kesudahaan cerita ini? Ikutinya sekarang!



Dear future mother-in-law,

Sebelum saya tulis surat ini, saya sudah check medical report aunty. Saya juga sudah bertanya kepada doktor bagaimanakah kesihatan aunty sekarang. Ternyata aunty masih sihat walafiat. Tiada penyakit sakit jantung atau darah tinggi. Jadi aunty boleh lah baca surat ini sampai habis tanpa serangan sakit jantung ye! Saya khuatir sahaja, aunty tak sempat melihat kami berkahwin awal awal lagi dah ciao. T_T

Sebenarnya aunty. Bukan saya tak suka aunty. Saya suka sangat aunty bila aunty sendiri kata nak buat wedding ala-ala siti nurhaliza dengan dato k tu. Tapi aunty tahu tak dalam hati saya membuak buak mahukan wedding of the year lah aunty. Saya tak nak ala ala macam wedding siti dengan dato k. Saya mahu wedding ala ala macam Prince William dengan Kate Middleton tu aunty!

Saya tahu aunty tak sabar nak timang cucu. Tapi aunty. Umur saya baru 20 lebih. Umur 25 pun belum lagi. Jangan risau aunty. Saya yakin dengan tahap kesuburan saya ini. Saya dah check doktor. Saya subur katanya. Tak tahu plak anak aunty tu. Air mani dia berkualiti gred A kot. Aunty kena lah tunggu dalam 3 hingga 4 tahun lagi baru boleh timang cucu. Saya bukan apa. Anak aunty tu pun payah saya nak jaga. Nampak sahaja perempuan dahi licin sikit, mula lah tu ketiak dia naik miang.

*ini yang akan saya pakai masa kami honeymoon!*

Lagi satu aunty. Kami bila dah kawin. Kami tak akan duduk dengan aunty tahu. Ala aunty ni. Sporting lah sikit. Saya nak berdua-duaan dengan anak aunty tu. Macam mana saya nak ehem ehem dengan anak aunty tu kalau aunty nanti asyik ketuk pintu bilik kami. Jangan risau aunty. Saya tak akan biarkan anak aunty tu jadi si tanggang moden! Saya akan pastikan kami berdua akan pulang melawat aunty sebulan sekali. Bukan jauh pun rumah kita. Dua tiga blok sampai lah rumah aunty.

Lepas tu aunty. Kelak kalau saya dengan anak aunty tu dah ada anak. Saya harap sangat aunty tak masuk campur urusan nak namakan anak kami tu. Itu anak kami aunty. Kami lah yang berhak ke atasnya. Kalau aunty nak bagi nama juga, tolong lah bagi nama yang bunyi futuristic sikit! Baru lah nampak hebat cucu aunty tu nanti.

Kalau aunty nak jaga anak kami tu pun boleh. Saya alu alu kan sangat aunty. Tapi jangan pula aunty minta anak aunty tu suruh saya berhenti kerja. Saya tak nak kerja suri rumah tangga sepenuh masa. Saya ada PHD tahu! Tapi PHD saya bukan dalam kursus ekonomi rumah tangga. Tak elok lah sia siakan sijil PHD saya tu.

Aunty jangan pula ajak saya masuk dalam politk wanita ini semua. Saya tak minat langsung nak join club wanita aunty tu. Sebab situ semua mak mak datin termasuklah aunty pun datin. Saya rasa saya kurang sesuai berada di dalam kolompok bukan dunia saya. Mungkin kena tunggu saya dapat datin dulu baru saya sudi nak join. Aunty lah bagi gelaran datin tu pada saya. Sanggup tak bagi? :p

Kalau aunty sempat telefon saya nak marah marah pasal surat ini, saya bersyukur kepada Tuhan. Maksudnya aunty tak kena serangan sakit jantung lepas baca surat ni. Jangan lah marah aunty. Lagi 3 bulan saya dengan anak aunty tu nak buat wedding of the year. Tak kan nak tengok anak aunty tu jadi bujang terlajak plak kan? Saya sayangkan anak aunty tu sangat sangat!

p/s: aunty pun saya sayang. Tak boleh sayang uncle. Nanti aunty cemburu.

I love you my future mother-in-law. XOXO

Ending of this story : We live happily ever after. #fairytales

Tidak ada komentar:

Posting Komentar