Dah tak ada hati dekat blog dua tiga minggu ni. Mungkin tengah sibuk siapkan FYP yang nan hado tu. Server scripting pun belum siap. Matilah kena marah dengan supervisor nanti LIKE A BOSS. HAHAHA! Bila dah tak ada hati ni aku rasa nak je delete blog ni.
Pastu mood sekarang ke arah love love. Bukan sebab aku in love. Aku rasa sudah tiba masanya aku melayan cerita cinta ni.
Selama ni layan cerita potong potong kaki dengan usus terkelur dengan kepala melayang. Why not give it a try marathon movie cinta plak. Lagipun tengah boost up my writings on Terfaktab. Dah tak ada idea woi nak tulis pasal cinta. Berikut merupakan beberapa movie cinta yang aku tonton sejak bulan lepas.
1. BeastlyMovie ni boringgggg sebenarnya. Aku baca review kat IMDB tu ramai kata movie ni boring tapi novel untuk movie ni memang best. Baru tahu this movie is based on a novel. Lagipun run time movie ni cepat sangat dah habis. Tak puas tengok. Cerita ni pasal beauty and the beast zaman moden ah. Hero dia tak buruk mana pun sebenarnya. Setakat ada urat urat pelik kat satu badan tak menjadi masalah kot?
People nowadays make such a big deal about looks. But after a while, when you fall in love with someone, you don’t seem to notice and of that things anymore.
So that explain all about this movie.
2. Water for ElephantsMovie ni okay sangat walaupun kejap kejap aku terlepas beberapa dialog dia. Sebab subtitle dia cepat sangat hilang. Kalau nak aku dengar dorang speaking mana cepat tangkap woi. tsktsktsk. Pasal budak nama Jacob ni join circus lepas mak bapak dia mati. Jacob ni bakal doktor haiwan. Lepas tu dia join circus ni lepas tu fall in love dengan bini boss dia. Bini boss dia heroin dalam poster tu lah. Pastu lebih kurang cinta terlarang gak lah. Part paling aku nak nangis masa boss circus tu pergi pukul gajah tu. T_T. Bodoh kau boss. Dera binatang plak. Babis babis. Tengok dah emosi!
Trivia: Aku baru tahu hero dalam cerita ni hero dari Twilight woi. Tapi kenapa dalam Twilight macam gay je aku tengok dengan make up make up bagai? Dalam cerita ni nampak gagah perkasa :D
3. (500) Days of SummerMovie ni aku tengok sebab nampak @hellioz666 tweet pasal ni. Jadi try lah download lepas tu tengok. Hey cerita ni best woi.
Boy falls in love. Girl doesn't. This is not a love story. This is a story about love. Summer yang tak nak in a relationship but she never treat lelaki dalam movie ni as friend. It's more like a lover. Summer tak percaya cinta sejati wujud. Sebab tu she feels Tom is not the right one for her. And ending dia not a very happy ending. Summer akhirnya kawin dengan laki lain. Dan Tom move on with his life jadi arkitiek.
The best relationship is when you two can act like lovers and best friends.
4. The NotebookSiapa tak pernah tengok cerita ni memang rugi. Walaupun jalan cerita dia typical sebab cinta dua darjat. Yang hero orang miskin dan yang heroin dari keluarga kaya. But memang worth to watch it lah. Paling emosi masa family Allie tak setuju langsung Allie kapel dengan Noah. Celaka betul. Siap pisahkan dorang dengan sorokkan surat Noah untuk Allie. Last last Allie dapat tahu gak. Lepas tu cari Noah balik. Dan akhirnya dia kena buat keputusan ikut tunang dia atau ikut Noah. And semua orang boleh agak kot Allie siapa. Noah of course!
Movie ni flashback balik Noah yang tukang cerita kepada Allie yang dah tua dan nyanyuk kat rumah orang tua. Noah dan Allie mati sama sama kat katil yang sama. Kira mati dalam tidur lah. That's so touching :')
Movie lain yang aku malas nak review sebab dah hampir 70% jalan cerita dia aku dah lupa.
p.s: I Love You dengan
The Last Song. Dari dua tiga bulan lepas kot aku tengok. Mana nak ingat sangat.
Dan berikut movie yang aku akan download dan tengok lepas ni. ngahahahaha! Excited betul nak tengok movie movie ni hoi! Panggil aku ketinggalan zaman sebab baru nak tengok A Walk To Remember. tsktsktsk. And movie Remember Me macam best sebab hero dia pakai hero dari Twilight dengan Water for Elephants. Harap harap movie dia tak kecewakan aku sebab movie trailer dia sangat best. Going to download this two movies.
Kalau kau kau orang ada movie suggestion yang lain cepat suggest kat kotak komen bawah ni. Memang tengah mood nak tengok movie cinta cinta hoi. Kerjasama anda amat dihargai. teeeheee!
p/s: sini[
link] banyak movie suggestion. Bookmark for myself.