Kamis, 08 Desember 2011

CNBLUE - First Step dah sampai rumah *excited*

HAHAHAHA. Itu hari aku punya semangat pergi buat kad debit Maybank semata-mata nak beli CNBLUE First Step ni kat Yesasia.com. Sebab kat dalam website tu pakai paypal. Jadi terpaksa buat kad debit. Apa-apa pun memang berbaloi woi.

Aku tak tahu lah kalau kedai lain jual , album sales dia masuk dalam chart muzik kat Korea ke tidak. Tapi Yesasia.com memang masuk chart muzik kat Korea sana based on idol punya album sales. Contohnya program Music Bank pakai Hanteo Chart kat Korea. Sebab tu aku beli! Sebab nak support CNBLUE tu punya pasal. kahkahkah!

Aku sangat puas hati dengan services Yesasia.com ni sebenarnya. Depa kata 18hb December baru sampai Malaysia. Tapi aku dapat album CNBLUE tak kurang dari 5 hari sahaja. Rakus sungguh aku bukak segala bubble wrap album ni. Hehh. Sangat excited bila album dia dah ada kat tangan aku weh..

Total semua RM80. Album dia dah harga RM54 kot dan harga shipping dia RM24. Nasib baik beli time Yesasia buat sales untuk album CNBLUE. Kalau tidak mahunya dekat seratus lebih aku rasa. Aku dulu fikir beli album jadah semua ni macam bazir duit je sebab boleh download. Tapi sekali kau dah minat satu artis tu, kau akan cuba support idol tu secara legally ^o^

I feel so worthy now for buying their album. Dear CNBLUE, please win more award since I have supporting you legally here :) Aku rasa berbaloi beli sebab bukan setakat DVD lagu je dalam album ni ada, dengan photobook pun include. Sangat high quality hokayyy gambar dalam photobook ni semua :D Boleh bawa tido photobook ni *letak bawah bantal*

*bau kedai lagi ni. Belum buka plastik lagi*

*DVD + Photobook*

*Lee Jong Hyun!!!!*
Video unboxing from me :D


Lepas ni rasa nak beli album 2PM yang Ultra Lover sekali dengan photobook. HEHE. Dengar katanya 2PM Hands Up Special Edition cuma print 30k je sebab tu album Hands Up tu limited edition. Dah habis weh semua copy Hands Up Special Edtion T^T. Pak cik JYP tu tak nak buat second round copy :(

Tak pe. Aku target Ultra Lover. Kalau nak beli Republic Of 2PM yang baru keluar tu memang tak mampu aku~ *berdoa Yesasia.com buat sales kat album 2PM ^o^*

Photobook yang penting sebenarnya. Kalau lagu aku boleh download. Photobook boleh bawa tido. hahahaha!

p/s: aku rasa sangat power bila baca kat belakang album CNBLUE tulis : Printed in Korea. kahkahkah!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar