Senin, 05 Desember 2011

kesan bila dah obses dengan kpop.

Ehem. Dah lama rasanya tak update blog. I mean yela dah dekat dua minggu kot asyik update wordless wednesday je. Sorryyyy. I am too busy with... errr kpop and kdrama things. HAHAHAHA! Tanda-tanda aku dah obses dengan kpop sudah obvious. Dulu setakat dengar soundtrack kdrama dengan lagu-lagu 2AM je. Tu pun tak obses langsung dengan Seuolong 2AM masa tu. Akhirnya aku jatuh jua kepada dunia kpop ni '-'!!

Ni semua pasal cerita Dream High yang aku tengok itu hari. Kalau tak silap aku start cerita tu aku dah mula ikut gosip kontroversi segala kat allkpop.com. Sebab apa Dream High? Heyy! Kalau bukan Dream High tu aku tak akan kenal Taecyeon dengan Wooyoung dalam tu. Dan disebabkan dorang bawak nama 2PM sekali. dengan 2PM sekali aku minat. kahkahkah.

Kesan bila dah obses dengan kpop:

1. Dulu kalau dalam laptop aku tak ada langsung cerita Korea ni sebenarnya. MEMANG BERSIH daripada segala anasir budaya Korea time tu. Sekarang ni haaaa, sampai dah nak penuh laptop aku dengan cerita korea. Bukan setakat cerita korea je ada, dengan variety shows Running Man tu pun aku sanggup download sanggup mintak kawan aku.

2. Sanggup download semua album 2PM , 2AM, JYJ, CNblue dengan IU. Dulu mana ada lagu korea dalam playlist laptop atau henfon aku.

3. Wallpaper laptop dengan henfon dah bertukar kepada muka Chansung yang dari 2PM tu. Aku sangat obses dengan mamat ni sebenarnya. Obses tahap berangan yang dia akan jadi milik aku. Faham tak tahap obses tu macam mana? kahkahkah!

*♥ Chansung ♥*

4. Terasa RUGI RUGI RUGI RUGI sebab tak pergi konsert 2PM Hands Up 25hb November hari tu. Huhhh!!! Jeles hokayyy tengok Peanut pergi grrrrr

5. Sanggup beli album original kpop yang semuanya mostly haruslah RM50 ke atas. Sekarang ni aku dalam proses nak beli album original CN Blue First Step tu.

6. Ada hampir kesemua variety shows 2PM dari zaman dorang belum nak debut sampai lah dah debut. Tapi masih tak habis tengok. hahaha. CNBlue pun ada variety shows dia. Making The Artist CNBlue tu pun aku ada woi!

*Jong Hyun the guitarist dalam CNBLUE sangat hot!*

7. Tengok variety shows 2PM yang sama dan ketawa pada scene yang sama. Setakat ni aku dah tengok 3 kali HahaMong Show tu. Obses ke tak tu? '-'

8. Sibuk masuk fan site pasal 2PM dengan CNBlue setiap hari untuk tahu cerita dorang.

9. Wajib follow twitter setiap member 2PM!! Walaupun dorang mostly tweet dalam tulisan korea aku tetap follow. Sanggup masuk Google Translate segala nak translate tweet dorang. Kalau tak, baca fan site yang fan lain tolong kasi translate XD

10. Dah mula baca fan fiction yang fan sendiri tulis. Ala novel online yang berkisar idol star kegemaraan kau. Dan kau jadi heroin dalam cerita tu. Secara mental kau tengah dating dengan idol star kau tapi fizikal kau tetap berada di Malaysia. haha!


11. Kumpul duit nak pergi konsert kpop. Dulu aku fikir pergi konsert beli album kejadah semua ni bazir duit. Sekarang ni bila dah minat tak rasa membazir pun sebenarnya. Ini tandanya aku support idol star aku tu :D

12. Dah mula follow Tumblr pasal kpop ni woi. Kalau kau tengok tumblr aku sekarang ni, aku banyak reblog gambar Chansung sebenarnya. Siap bookmark lagi Tumblr yang pasal kpop. XD

13. Subscribe channel youtube 2PM 2AM dengan CNBLUE. Baru tak rasa ketinggalan bila dorang ada upload video baru.

Aku dah tak peduli apa orang kutuk pasal kpop ni. Kau nak panggil dia k-pork ke kau nak kutuk idol kpop tu macam gay ke pondan ke. Aku tak peduli langsung dahhhhhh.

Yang terakhir sekali, kau kau kau yang tengah baca ni jangan lupa vote idol yang aku sebut dalam entri ini dalam SBS MTV Award : http://web.mtv.co.kr/event/20111128/02_mv.php

Byeeee~

Tidak ada komentar:

Posting Komentar