Tampilkan postingan dengan label DRAMA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label DRAMA. Tampilkan semua postingan

Selasa, 20 Desember 2011

random things : scene Scent of a Woman yang menarik perhatian aku.

Tengah gigih marathon Scent of a Woman. Kalau kau kau kau friend aku dalam Facebook, dah tentu nampak aku emosi dan menangis pasal cerita ni kat status. Ah.. dah malas nak main Twitter. Sebab tu malas nak buat live update pasal cerita tu kat Twitter :D Kalau bukak pun kejap je. Tu pun nak tengok tweet Chansung 2PM. kahkahkah!

Anyway, bila aku tengok cerita.. aku akan jadi mata tajam. Kadang-kadang tu benda yang orang tak perasan dalam cerita tu.. aku boleh nampak. Aku suka menghayati cerita tu kot. Aik kalau suruh study malas plak kau nak menghayati notes kau kan amoi. KAHKAHKAH!

Heroin tu tengok Running Man episode 50 ^^ Episode ni aku sangat ingat sebab Running Man dah start Asia Tour dorang kat Thailand dulu. Nak nak plak episode ni ada Nichkhun sebagai guest.

Heroin dia time selak magazine. Eh eh.. muka Jaejoong kan tu. Tengok sebelah dia ada nama SeungHo yang dalam MBLAQ tu kan. Aku tak ingat ni episode mana. Tapi episode ni time heroin dia kena saman kononnya dia curik cincin Wilson.

Aku tahu scene ni sangat cantik dan romantik. Tapi woi tak sakit bontot ke si heroin duduk atas basikal macam tu. And tak bahaya kah buat aksi macam tu? Boleh jatuh kot kalau si lelaki tu tak pandai kawal handle basikal tu. Masih sempat lagi tu depa kiss atas basikal.

Trivia:
Tahu tak ringtone apa yang Kang Ji Wook pakai untuk henfon dia tu? Aku rasa ringtone dia sangat best. Jadi aku pun gigih tanya abang Google. Lagu ni dia pakai : Another Day by Buckshot LeFonque. Aku akan guna lagu ni untuk jadikan ringtone phone aku. *gediks*


Kalau ringtone Lee Yeon Jae plak dia pakai lagu ni : - Hawaiian Couple by Humming Urban Stereo.


Henfon yang dorang pakai bukan Iphone. Kita selalu ingat asal touchscreen je Iphone. Sebenarnya bukan. Kang Ji Wook dengan Lee Yeon Jae pakai jenis henfon yang sama cuma kaler je yang lain. Depa pakai Samsung Galaxy S2. Haruslah kan pakai Samsung. Dah kata Samsung tu Korea punya ^^

Ah masih belum habis tengok Scent of a Woman. Mungkin akan update lagi entri ni kalau aku jumpa scene yang menarik ^^. Lagi 5 episodes nak habis dah~

Kamis, 22 September 2011

tengah demam drama korea ke ni?

*cuba teka ni dari drama mana* hihi

Itu hari kan aku ada cakap aku habiskan masa dengan tengok City Hunter[entri] yang Lee Min Ho berlakon tu kan? Tahu tak dalam masa 3 hari dah habis tengok. Excited sangat uolss dapat tengok Lee Min Ho. hihi. Tak habis dengan City Hunter punya cerita ala ala agent spy gitu, aku terus download Iris. Di mana mula mula cerita ni bosannnnnn tapi best di bahagian tengah tengah cerita dia. Lepas 3 hari habis tengok dah oit. hoho.

Tak cukup dengan Iris, download plak Athena : Goddess of War. Dia kan spinoff kepada cerita Iris. Memang excited gila! Tapi errr.. Sampai sekarang baru habis tengok satu episode. Sebab tak memasal pergi download Heartstrings pula. Athena dilupakan buat seketika.

*tak perasan ke muka hero ada iras iras Lee Min Ho?* ehehehe

Layan Heartstrings. Heartstrings jalan cerita dia slow. Nak masuk episode 6 ke episode 7 baru lah hero dia si Lee Sin nak suka kat Lee Gyu Won. Lepas 5 hari tamat lah tengok Heartstrings. Cerita Heartstrings ni lain dari lain sikit. Sebab tak ada pihak ketiga yang nak kacau hubungan Lee Sin dengan Lee Gyu Won. Tahu tahu je lah pihak ketiga yang berlakon jadi ala ala birah tu. HAHA. So it's became so slow. Hampir putus asa nak tengok sampai habis. Bagi aku ending dia sangat tergesa-gesa kot? Tetiba je dah berbaik eh lepas Lee Gyu Won tahu perkara sebenar. Hmm.. Siapa ada tengok drama ni?


Satu satunya lagu dari Heartstrings yang aku rasa sangat best.


Pas dah habis Heartstrings, aku melayan Protect The Boss. Mula mula memang malas lah nak layan dah kdrama ni. Letih kot :p. Download cerita ni pun untuk kawan yang beriya benar nak tengok. Sekali layan episode pertama. Pehh. Kelakar sial drama ni. Orang cakap drama ni EPIC. Memanggggg EPIC. Setiap episode aku ketawa manjang. Dah lama kot tak ketawa masa tengok kdrama. Last time ketawa masa tengok kdrama time tengok Boys Over Flowers(boleh baca review kat sini).haha. Sekarang ni aku sangat tak sabar untuk tunggu download links dia untuk episode latest termasuk subtitle dia semua. Drama ni masih lagi airing kat Korea masa aku tulis entri ni. Penantian itu satu penyeksaan =..=

Dalam masa yang sama jugak, aku layan The Princess's Man. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan drama ni. Dia punya cerita macam Romeo and Juliet punya jalan cerita padahal mana ada sama sangat. Ni dia pakai kisah dinasti ke berapa entah. Jadi cuma Hanbok(baju tradisional orang korea) je akan kelihatan. Ini kali kedua aku tengok cerita yang pakai background dari zaman dinasti. Dedulu ada lah layan Jewel in the Palace gak. Layan punya layan cerita ni sampai episode 2 dah ni, aku suka pula hero dia Park Si Hoo tu wehh. Jadi hero dia yang buat aku nak tengok sampai habis :D

*Wuuuu Park Si Hoo! I love you! (mata simbol love)*

Nasib baik cerita Protect the Boss dengan The Princess's Man pakai lain lain zaman. Kalau tak mahunya kepala otak aku pening sebab tengok cerita yang sama dalam satu masa. Maksudnya sekarang tengok Protect the Boss, lepas sejam dua layan The Princess's Man. hoho.

Masa akan datang nak layan cerita Prosecutor Princess dengan Myung Wol the spy pula :p. And tak lupa juga kepada cerita Athena yang masih pending dan juga cerita My Girlfriend is a Gumiho dengan You're Beautiful yang aku rembat dari kawan hari tu. HAHA. Pack gila kan jadual aku? Final exam aku pun dah start. T_T Matilahhh kan? HAHA.

Mana nak download semua kdrama yang aku mention kat atas ni? Sila sila lah rujuk entri ini yang aku tulis sendiri itu hari.

ps: dengar cerita Jepun sana dah tengah tayang Detective Conan Season 1 dalam bentuk drama. eheeemm. Bertambah lah dalam list pending aku gamaknya.

Jumat, 05 Agustus 2011

blog tak updated sebab kena layan scandal lama.

*took it from Lee MinHo Fan Page*



Scandal lama muncul kembali.hihi. Scandal lama aku bernama Lee MinHo. Menjadi kekasih aku selepas drama Boys Over Flowers[review and download]. Pastu percintaan kitaorang bersambung kembali walaupun kejap dalam drama Personal Taste yang aku tak habis habis tengok sampai sekarang sebab cerita dia slow sedikit.



Dan sekarang, baru habis bercinta dengan Lee MinHo dalam City Hunter. Sibuk tengok City Hunter sampai malas nak updated blog. Sampai malas nak online langsung lah. Start tengok City Hunter dari hari Sabtu lepas masa first puasa tu. Baru habis tengok hari Jumaat. Dekat seminggu jugak lah eh nak habiskan 20 episode. Dulu tengok Boys Over Flowers pun dekat seminggu baru habis.



Woi. City Hunter memang lain dari lain. Bukan 100% based on love story. Lebih kepada aksi. Yang pasti Lee MinHo tak mengecewakan aku macam dalam Personal Taste. Bagi aku sendiri Personal Taste cerita dia sangat slow sampai aku berhenti tengok. Nanti lah ada masa aku tengok balik Personal Taste dari first episode.



Kali ni aku dah obses semula dengan Lee MinHo lah weh. Matilah nanti siang pagi malam membebel bebel pasal Lee MinHo. HAHAHAHAA! Aku perhatikan sangat Lee MinHo sebagai Yun Seong dalam cerita tu. Dia tak pakai stokin dalam cerita tu. Style Lee MinHo dalam tu pakai v-neck shirt dengan jacket. Memang sangat auuummm! Body shape Lee MinHo memang cantik. woot woot! Agak agak laki malaysia berani tak pakai seluar kaler pink atau purple kat public? Tak ada punyaaa. Lee MinHo je berani pakai.





*kau mampo ada badan macam ni? Tak mampo diam*


Tapi ending City Hunter tak berapa nak best lah. Memang happy ending. Lee MinHo tak mati dalam drama tu. Tapi kenapa perlu Kim Yeong Jun mati woi? Sedih. Kalau dia tak mati, dah tentu dia boleh kawin semula dengan bekas isteri dia tu :'( Maka menangis lah aku depan laptop. Tears drop down.



City Hunter pun dah habis tengok. Pasni nak tengok cerita apa? Cerita lain macam tak best je bila bukan Lee MinHo yang berlakon dalam tu.hoho. Korang boleh tengok drama ni secara online kat mysoju[link]. Kalau tak pun download dramanya kat sini[link]. Pandai pandai lah ye cantumkan subtitle dia dengan drama dia. Mudah je. Terei google cara dia :)





siapa dah tengok habis City Hunter ni?

Senin, 20 September 2010

The Little Nyonya - Baba and Nyonya Culture - Rempah Udang

Aku tak tahu dah berapa episod aku tengok drama ni. Entah lah. Sebab setiap kali aku tak dapat stay kat depan TV on time. So selalu terlepas tengok dia dah berapa episod. Is worth to watch actually. Drama ni banyak diserapkan adat dan kepercayaan dalam baba dan nyonya. Makanan dorang. Rumah dorang. Semuanya konsept baba dan nyonya. Kalau kau ada assignment pasal Baba dan Nyonya aku rasa kau patut tengok drama ni. You will learn a lot of baba and nyonya culture from that drama.

Mereka masih lagi cina. Tapi ada budaya Melayu dalam kehidupan seharian dorang. Contohnya masa zaman 50-an (cerita ni banyak fokus kat zaman 50-an) perempuan wajib berpakaian kebaya di rumah sepanjang masa. Lelaki plak berkain pelikat kat rumah. Dorang panggil kain tu kain sarung. Tapi disebabkan dah zaman 50-an di mana British mula masuk ke Asia, budaya berkain sarung dah tak wajib dah. Mereka lebih prefer berpakaian macam mat salleh. Tuxedo and so on. Maju yo! Mereka jugak pandai berpantun Melayu.

Drama ni fokus kat Melaka dan Singapore. Tak ada lah sampai Penang sana. Penang pun ada cina peranakan right? Drama ni kau boleh tengok kat NTV7 setiap pukul 1.30pm selama sejam. Syafiq pun suka layan drama ni. Terkejut jugak aku.HAHA~

Drama ni berkisarkan 4 genarasi dari sebuah keluarga baba dan nyonya. Generasi ke empat yang generasi zaman sekarang. Yang flashback balik semua kisah 50-an ni ialah seorang nenek dari generasi kedua. So drama ni lebih banyak fokus on second generation. Actually aku start layan drama ni dari generasi ke dua dorang.

Yue Niang (nenek dari generasi ke dua) she is a very strong lady yo! Dia beranggapan perempuan tak semestinya perlu berkawin ikut pilihan mak apak. Nasib perempuan perlu ditentukan oleh diri sendiri. Bukan ditentukan oleh keluarga. Perempuan bukan dilahirkan untuk dipilih macam barang dan kawin dengan lelaki yang dia tak cintakan langsung!

Yeah. Walaupun dia tahu dia ada banyak peluang untuk berkawin dengan Chen Xi tapi dia sanggup lepaskan rasa cinta tu untuk semua pihak. Serius. Dia ni sebenarnya anak orang kaya tapi disebabkan mak dia kawin lari maka keluarga dia layan dia macam orang gaji. Kena pukul. Kena maki. Kena marah. She never cries for that. See. Really strong yo. I learn how to become a strong girl in handle any matters that occurs. Sometimes you have to be cold hearted for some situation.HAHA~

Masa aku tulis entri ni. Cerita ni berhenti takat Yue Niang ,Chen Xi dengan Yu Zhu dikurung dalam pondok yang hampir terbakar. For sure they will survive! Kalau tak survive macam mana ada generasi ke empat kan?


Aku sekarang ni teringin nak makan rempah udang makanan nyonya tu. Rupanya rempah udang tu kita sekarang panggil dia pulut panggang. Dan pulut panggang yang kita suka makan tu rupanya daripada makanan nyonya. Yang bezanya isi dia rempah udang dan masak ikut resepi nyonya. Dan looks good kan? *drooling

Kepada yang teringin masak rempah udang ni. Boleh dapatkan resepi dia kat sini. Kalau dah masak sila hantar sikit kat aku. I wondering how its taste. Rasa macam pulut panggang yang biasa kita makan tu kah?

Ok lah. Kau nak tahu lebih pasal drama ni. Kau boleh refer kat Wikipedia.

p/s: My final exam is around the junction. Is not around the corner anymore. Kinda busy studying last second. After final I will shut down for two weeks. Oh. I can't wait for my holiday! brrrrooommm

post signature

Jumat, 15 Januari 2010

Lee Min Ho Is An Unknown Person Before Acting In Boys Before Flowers. He already have a girlfriend now :)

Kenal manusia dalam gambar tu tak? Nampak macam kenal? Awww. Itu la dia Lee Min Ho tercinta aku yang berlakon dalam drama Boys Over Flowers (BOF)/ Boys Before Flowers (BBF). Beliau memegang watak utama dalam BOF sebagai Gu Jun Pyo.


Disebakan F4 fever is back on me and aku terlampau minat akan Lee Min Ho, so terjumpa la info ni.haha. Yup. Lee Min Ho is an unknown person before acting in Boys Before Flowers(BBF). Ala. Tepuk dada tanya sendiri. Korang kenal tak nama Lee Min Ho sebelum drama BOF ni?? Tak kan. Aku sendiri pun tak kenal siapa beliau sebelum BFF.haha.

Even, Lee Min Ho dah berlakon dalam beberapa drama/movie kalau tak silap maklumat dari Google la kan, beliau masih tidak dikenali. Antara yang beliau pernah berlakon dulu dalam drama Secret Campus. Huh? Aku tak pernah dengar dohhh nama drama tu. Yela kan. Drama tu low bajet dan agak tidak dikenali. Lagipun drama tu bukan dari KBS. So agak susah nak bersinar.hehe.

*Secret Campus


Masa Lee Min Ho berlakon dalam drama Secret Campus, beliau baru berumur 19 (kini sudah 23). So muka beliau dalam Secret Campus nampak muda macam aku yang sekarang ni 19.haha. Kalau 4 tahun yang lepas drama ni tak dikenali tapi sekarang ni makin ramai yang cari drama Secret Campus (termasuk aku) disebakan kepopulariti Lee Min Ho. Dengar khabarnya Mysoju sekarang ni tengah nak letak drama tu. Bagus la tu. Senang kerja aku nak menghayati kekacakkan Lee Min Ho.haha.

Bukan tu je wehhh, semakin beliau popular semakin ramai yang nak tahu latar belakang beliau. Sampaikan gambar Lee Min Ho dengan bekas kekasih beliau (Lee Min Ho berumur 18 tahun) disebar dengan meluas kat Internet. Ini semua aura Lee Min Ho kot.haha.

*Lee Min Ho Girlfriend?


Ok. Lepas ni aku nak try chance berlakon dalam Boys Before Flowers versi Malaysia. Agak-agak mesti meletopppppp kan nanti.wuakakaka. Tak mustahil kan ada nanti Boys Before Flowers versi Malaysia. Memang fakta sesiapa yang berlakon dalam cerita ala-ala Meteor Garden sure akan dikenali dan sangat popular mengalahkan Lady Gaga mungkin.haha.


Contoh yang bagus; Meteor Garden(Taiwan) menyebabkan 4 jejaka tersebut sangat popular pada suatu ketika dahulu. Aku memang die hard fan F4(Taiwan) dulu sampai poster dorang aku masih simpan. Hebat kan? Dah bertahun dah.

Lagi satu, Lee Min Ho ada nyanyi lagu gak.

01. My Everything



Lagu tu dinyanyikan masa Boys Over Flowers After Story. Short story selepas 5 tahun. Episode ada 4 je. Satu episode mengenai kehidupan seorang ahli F4. Sila search kat Youtube 'Boys Over Flowers After Story' untuk tonton.

Ok la. Aku rasa dah cukup panjang aku tulis pasal Lee Min Ho kot.haha. Biasa la wehh. Aura Lee Min Ho menguasai diri aku sekarang ni.haha. Boys Over Flowers kat 8tv dah nak hampir sampai penghujungnya.

Info Tambahan: Lee Min Ho Official Website (dalam tulisan korea je). Tengok gambar pun jadi la! Tak lama lagi Lee Min Ho akan berlakon dalam drama Personal Taste as a GAY.Awww. Dan juga City Hunter!!!

Updated 22 Aug 2011: Sekarang ni Lee Min Ho tengah hangat bercinta dengan Park Min-young. Girlfriend Lee Min Ho yang latest ialah Park Min-young heroin dari cerita City Hunter tu. Yang depa berlakon sama sama. Peeehhh! Untunglah weh siapa yang dapat dating dengan Lee Min Ho. Ohhh shittt. Bila lah turn aku pula ada relationship dengan Lee Min Ho *berangan di siang hari je lah kau amoi* wakakakaka.



Via: DramaBeans

Selasa, 12 Januari 2010

[Review And Download]: Boys Over Flowers (BOF) / Boys Before Flowers (BBF)

Amaran: Entri kali ini maybe tersangat la panjang dan penuh dengan gambar dan video. So sila baca dengan penuh kesabaran ye sampai habis! (sila scroll ke bawah untuk dapatkan download link)

*boys over flowers/boys before flowers

Finally bertarikh 12 Januari 2010 aku dah habis tengok drama Boys Over Flowers (BOF) ataupun nama lain Boys Before Flowers (BBF) ni. Yeah! Aku dah habiskan sampai episode last. Ohhh. Aku mengambil hampir seminggu untuk habis tengok. Si pengemar cerita Meteor Garden(Taiwan) mesti tengah syok layan cerita ni kat 8tv bukan?hehe


So Yi Jung, Goo Jun Pyo, Geum Jan Di, Yoon Ji Hoo, Song Won Bin

So Yi Jung: Pembuat tembikar yang kaya.
(Hero)Goo Jun Pyo: Pewaris Shinhwa Group.
(Heroin)Geum Jan Di: Gadis biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana.
(Soulmate Jan Di)Yoon Ji Hoo: Cucu kepada bekas President Korea.
Song Won Bin: Agak misteri keluarga dia. Tapi dia kaya gak. Orang Macau panggil dia Putera Song.

Memula aku tengok BOF ni kat 8tv (sekarang pun masih ditayangkan lagi). Well. As you all know la, BOF ni kan cerita lebih kurang macam Meteor Garden kan. Siapa tengok? Rugi kalau terlepas tengok Meteor Garden versi Taiwan tu. Maaf, versi Jepun punya aku tak pernah tengok lagi. Jiwa aku tak in dengan cerita Jepun ni.haha.

Aku telah berjanji dengan diri aku sendiri bahawa aku tak kan langsung nak tengok BOF ni sebab takut ketagih. And then.. lepas tengok satu episode tu kat 8tv ada la aku usha kejap kat Mysoju. Aku start dengan tengok episode 1 kat Mysoju. Berjanji palsu lagi. Lepas tengok episode 1 tak nak tengok. Tapi tak sangka aku dah habiskan cerita tu sampai episode 25 kat Mysoju dengan Youtube.haha.

Gu Jun Pyo ♥ Geum Jan Di "Our First Night!"

First night? Haha. Bukan seperti yang korang fikirkan (dirty minds). Itu la kali pertama Jun Pyo dengan Jan Di date kat Nam San Tower.

Episode 9 paling best dan paling bahagia tanpa gangguan plan jahat oleh mak Jun Pyo. Masa tu Jun Pyo offer diri nak bermalam satu malam kat rumah Jan Di.
*dengan keluarga Jan Di, Jun Pro mula mengeri apa itu erti KELUARGA.


Ok. Lepas tu muncul la pulak mak Jun Pyo yang terang-terang menghalang hubungan Jun Pyo dengan Jan Di. Alasannya Jan Di tak setaraf dengan keluarganya. Jun Pyo gelar mak dia sendiri 'si ahli sihir'.haha.

*yang duduk sebelah Jun Pyo tu mak Jun Pyo. Btw, aku memang suka babak ni. Macho siot aku tengok Jun Pyo turun dari kereta dan kiss Jan Di.awwww.



By the way, hubungan Yi Jung dengan Ga Eul pun berkembang sama. Ga Eul kawan baik Jan Di yang jatuh cinta kepada kawan baik Jun Pyo, Yi Jung.

*Ga Eul and Yi Jung

Actually lepas episod 12 (bermain ski), di situla bermulanya keterujaan aku nak tengok sampai habis.

*Saat Jun Pyo bagi rantai kat Jan Di. J♥J.

*episod 12 (aku nangis dohh tengok babak ni)


Babak tersebut ialah babak terakhir Jun Pyo (si-hero) dan Jan Di (si-heroin) akan bertemu. Kenapa? Sebab lepas tu, ayah Jun Pyo disahkan 'meninggal'(ni semua penipuan oleh mak Jun Pyo. Si ahli sihir tu!). Disebabkan ayah Jun Pyo meninggal, so Jun Pyo kena jaga bisnes keluarga dia (Shinhwa Group). Terpaksa la dia tinggalkan Korea dan pergi ke Macau untuk uruskan segala perniagaan keluarga dia kat situ.

"I'll return soon.Wait for me. I love you, Geum Jan Di."

Masa Jun Pyo sedang dalam perjalanan ke Macau, dia sempat hantar message tu kat Jan Di. Lepas satu, satu dugaan mendatang. Lepas episod 12 memang banyak babak yang bermain dengan air mata. Entah dah berapa tong air mata aku keluar. Lebih-lebih lagi bila Jun Pyo nak putuskan hubungan dia dengan Jan Di kat Macau. Sangat-sangat sedih dan kejam.

Sebab Jun Pyo terpaksa putuskan hubungan dia dengan Jan Di ialah Jun Pyo tahu mak dia tak kan lepaskan Jan Di selagi Jan Di ada hubungan dengan dia. Mak Jun Pyo akan buat apa sahaja supaya Jan Di keluar dari hidup Jun Pyo.

Untuk melindungi Jan Di, Jun Pyo terpaksa lupakan perasaan cinta dia kat Jan Di. Dan bertunang dengan Jae Kyung (pilihan hati mak dia). At the end, Jun Pyo dengan Jae Kyung tak jadi kawin. Jae Kyung yang lepaskan Jun Pyo kat Jan Di.

Masalah dorang tak kan selesai walaupun Jae Kyung dah lepaskan Jun Pyo. Selagi mak Jun Pyo tak putus asa nak kacau hubungan dorang, memang dorang banyak masalah. Kali ni mak Jun Pyo buat kejam lagi. Mak dia seksa kehidupan kawan-kawan Jan Di. Jan Di akhirnya terpaksa lepaskan Jun Pyo sebab tak nak kawan-kawan dia terseksa.

*comel kan lukisan tu. Jan Di dengan Jun Pyo berkelah sama-sama. Jan Di nak gembirakan Jun Pyo sebelum dia lepaskan Jun Pyo pergi.


Kemuncaknya, Jun Pyo accident masa nak selamatkan Ji Hoo dari kena langgar kereta. Jun Pyo hilang ingatan. Satu-satunya orang yang dia tak ingat langsung ialah Geum Jan Di.

*selamat lepas accident tapi hilang ingatan. so sad. T.T


Tetiba lak muncul Yu Mi. Jun Pyo kenal Yu Mi masa kat hospital tempat Jun Pyo ditempatkan untuk dirawat. Menyampah aku dengan perempuan tu. Mengambil kesempatan sebab Jun Pyo hilang ingatan.

*Yu Mi.


Jan Di sanggup terjun masuk kolam renang sebab Jun Pyo dah tak ingat kat dia. Masa tu la ingatan dia pada Jan Di dah kembali semula. Padan muka Yu Mi. Melepas la nak belajar sama-sama dengan Jun Pyo kat US.haha.

*Jun Pyo melamar Jan Di. Itu la Nam San Tower; Tempat date Jun Pyo dengan Jan Di for the first time


Tapi masa tu Jan Di tak terima lamaran Jun Pyo lagi. Dia nak Jun Pyo pergi US untuk study kat sana dan kembali lepas 4 tahun dan lamar dia balik.

Lepas 4 tahun Jun Pyo kembali kat Korea. Masa tu siapa tak kenal Jun Pyo sebagai pewaris Shinhwa akan datang. Famous beb! Dan sekali lagi Jun Pyo melamar Jan Di.

*romantik moment

Belum sempat Jan Di jawab lamaran Jun Pyo, muncul la pulak kawan-kawan Jun Pyo. Yi Jung, Ji Hoo dengan Won Bin. Katanya Jun Pyo dengan Jan Di kena minta kebenaran dorang untuk berkahwin.haha. Tinggal misteri sama ada Jan Di terima lamaran Jun Pyo ke tak. Tapi aku rasa mesti dia terima kan. Tak kan la dia nak lepaskan Jun Pyo lagi bila mak Jun Pyo pun dah restui hubungan dorang.

*The End.


Walaupun ramai yang rasa Jan Di dengan Ji Hoo at the end but the hero always win kan? Ji Hoo soulmate Jan Di tapi future husband Jan Di ialah Jun Pyo. At last Jun Pyo and Jan Di. I loikeeee. Aku harap TAK ada Boys Over Flowers Season 2 sebab biarkan la dorang bahagia dan happy. Tak payah la ada season 2 yang penuh dengan dugaan lagi.huhu.

Fyi, ini kali pertama aku tengok cerita korea yang cakap dalam bahasa korea. Selama ni tengok kat TV yang dah dialih bahasa ke mandarin.hehe. Opsss. Teruja kejap masa tulis entri ni. Antara review yang terpanjang aku pernah tulis kot.haha.

p/s: Walaupun skrip dia agak kucar-kacir dan banyak babak yang tak masuk akal tapi aku tetap suka drama ni selain Meteor Garden 1&2.hoho.

*Baca je English Subtitle tu. Sangat bermakna untuk aku (: 'Because I'm Stupid' by SS501.
Boleh dimuat turun video ini dalam format AVI; Because I'm Stupid (mediafire)


Drama ni boleh dimuat turun; Boys Over Flowers (mediafire)or(megaupload)

Kalau nak tengok online; Mysoju. Boleh juga tengok kat YouTube tapi aku tak galakkan sebab dia banyak skip disebabkan isu copyrighted.

*Yes Or No? Still have no answer for that.


The End Of Boys Over Flowers. Rating: 10 stars!

Via: Wordpress Blog

post signature


Senin, 28 September 2009

Drama Korea Yang Mampu Mengalirkan Air Mata

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Entri ini tersangat la feeling 17. Motip feeling-feeling nak Final ni? Sebab aku dah lama tak feeling-feeling la. So mari kita berfeeling-feelingan :001:.

Pasti korang ingat lagi kan drama-drama korea yang mampu membuat sesiapa sahaja mengalirkan air mata jika paham message yang cuba disampaikan. Antara yang paling terawal masuk Malaysia: Winter Sonata dengan Autumn in My Heart. Ok. Aku tak nak cerita pasal Winter Sonata sebab aku tak pernah tengok. Aku tidak memahami cerita tersebut. Mari cerita tentang Autumn In My Heart dengan Stairway To Heaven.:001:


01. Autumn In My Heart.



Cerita ni drama korea pertama yang aku tengok. Pada mulanya agak boring 31. Yela. Baru pestime tengok cerita korea masa tu tapi lelama terasa best. Terasa nak tahu endingnya bagaimana. Lalu aku tengok sampai habis.For the first time masa aku tu aku mengalirkan air mata untuk cerita tu masa episod terakhir dia. Sebabnya dah berminggu-mingu layan habis cerita tu pasti aku akan rindu pada rupa Song Seung Heon(Hero) bukannya Won Bin ok. Apa-pun semasa menonton semula video Autumn In My Heart OST tersebut membuatkan hati aku tetiba sebak. Maybe sudah matang dah mula boleh paham message sepenuhnya.

02. Stairway To Heaven



Oh! Drama ini sangat menyayat hati. Percaya atau tidak setiap episode yang aku tonton aku akan menangis 1. Sungguh! Sedih aku tengok setiap babak dia. Habis lebam biji mata lepas tengok cerita ni. Tak pernah miss. So tak pernah la miss menangis depan kaca TV.huhu. Cerita ni lebih kurang serupa Autumn In My Heart tadi tu tapi Stairway To Heaven lebih menyayat hati. Dengan pengorbanan seorang abang tiri kepada adik tirinya sudah cukup membuatkan tisu rumah aku habis kerana mengelap air mata.

Aku cukup suka kedua-dua drama tersebut. Top drama sepanjang zaman aku.haha.Sekarang drama korea dah tak berapa nak best dah. Dah tak hot dah kan macam zaman-zaman mula-mula Autumn In My Heart kan? Lagipun drama korea sekarang aku tak tertarik langsung untuk tonton sampai habis. Sebab not my taste.haha. Maybe aku suka cerita yang sedih macam Autumn In My Heart. Kalau ada cerita macam tu pasti aku akan tonton. Percayalah .

Anda bagaimana? Minatkah drama korea yang sadis? Sila beri pendapat.^^:019::019:

post signature


Kamis, 16 Juli 2009

Butterfly - Chelsia Ng ( Ghost Season 2 : 8tv )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Ghost Season 2 dah pun tamat siaranya pada 12 Julai 2009. Ending yang agak terharu untuk aku! Aku menangis :030::030: tengok ending tu bila Zack cakap kat Eza "Ini bukan caranya" masa doktor tengah sibuk nak selamatkan Eza. Adakah Eza berjaya diselamatkan? Macam tergantung je ending dia! Siapa yang ada tengok episode last dia haritu memang tahu la apa aku tulis ni. Kalau yang tak sempat tengok boleh la usha kat website 8TV.hoho.


Aku malas nak review episode last dia. Tapi kalau rajin pergi kat blog PakciQue. Dia la insan paling rajin yang sanggup tulis blogger-emoticon.blogspot.com review panjang-panjang.haha.

Tapi kalau nak lagu-lagu dalam drama tu boleh la sedut dari blog ni. Takat ni aku ada dua lagu dari Ghost je. Harap korang suka la~~

01. Masih Jua (Tema) - Douglas Lim

02. Butterfly - Chelsia Ng

Lagu Butterfly tu aku download dari Facebook Jedap Cari. Thnaks^^.

-Selamat Menyedut dan Menonton-:018::018:

post signature