Tampilkan postingan dengan label MMU. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MMU. Tampilkan semua postingan

Kamis, 25 Februari 2010

Mid Term 1 Dah Habis. Hati Lega. :D

*Lee Min Ho lagi ♥

Akhirnya semalam Mid Term 1 Trimester 3/2010 dah habis. Perghhh lega wehhh. Kira dah Merdeka kejap la ni. Lepas ni ada lak Mid Term 2 tapi rasanya lambat lagi. So boleh enjoy lelama.haha.

So blog walking akan berjalan sepeti biasa lepas ni. Dua tiga ari ni (lepas balik dari cuti raya cina) memang aku straight forward Mid Term. Study last minute kot. haha.

Paper Operating System; Memang senang. Masuk chapter teori. So menghafal je. Belajar subjek OS tak bermakna aku belajar cara menghasilkan program Operating System. Gila apa. Level aku tak tinggi tu lagi sampai buat OS sendiri.;pp. Overall subjek ni pasal macam mana OS proses tak kira la dalam XP, Vista atau 7. Huhh. Tak sabar nak tunggu Lab Assignment Linux. Suatu perkara baru untuk aku :D

Paper Maths Techq: BAPAK SUSAH! Aku panggil paper ni Calculus. Memang susah wehh. Macam-macam formula calculus baru yang aku cipta kat atas kertas jawapan. haha.

Paper Program Design: Aku NO KOMEN untuk paper ni. Entah la. Subjek ni pasal tulis coding; C programming. haiahh. Rasa declare salah je. Rasa banyak error. Rasa salah kira. T.T. Tak yakin akan passed paper Mid Term ni.

Ok la. Dah habis merepek. :D

post signature


Minggu, 17 Januari 2010

Homesick

Baru sehari balik Melaka, aku dah homesick. Dulu masa memula datang sini tak de lak nak homesick. Tetiba sekarang ni aku homesick. Is this somekind of depressed?

Sebenarnya aku rindu Ma aku(jangan gelak dan jangan ingat aku poyo). Anyone of you surely sayang ibu sendiri kan. Aku rasa macam nak balik Port Dickson je sekarang ni.haiahh. Tinggalkan segalanya dah pulang ke tempat asal aku. Aku terasa bila balik Melaka, dunia aku kosong dan gelap gelita.

Hilang sudah wajah parents aku. Yang tinggal hanya diriku di dalam bilik ini. Aku tak sabar nak raya cina. Aku nak cepat-cepat balik Port Dickson. Itu je yang dalam fikiran aku sekarang ni.

p/s: Result Sem 2 dah keluar. Semakin turun pointer aku. ;(

Jiwa Kosong.

post signature


Sabtu, 16 Januari 2010

The New Chapter In MMU


[Esok]18/1/2010: Start sem baru.

Wahh. Aku dah masuk Semester 3 kat MMU Melaka. Semester last aku jadi Junior. Semester akan datang aku akan bergelar Senior.wuakakaka.

Rasa macam tak moh balik MMU je setelah bercuti hampir sebulan. Sem kali ni semua subject KILLER; Program Design, System Analysis And Design, Operating System dengan Mathematical Technique 2. Semuanya 14 credit hours. Sebelum melangkah ke subject yang lebih memecahkan kepala hotak untuk sem akan datang, aku kena lalui semua subject-subject KILLER tersebut. WTF!

Sememangnya aku agak keberatan nak tinggalkan rumah aku ni ok. Makan FREE. Semuanya FREE kat sini, then bila balik Melaka semua BERBAYAR. Lagi satu, aku dah terbiasa makanan akan terhidang bila aku bangun dari tidur.haha. Kat Melaka, siapa la yang baik hati nak hidangkan makanan untuk aku kan. Housemate aku nak hidangkan? Jauh panggang dari api.wuakakaka!:003:

Ok. Aku nak print notes dan memikirkan baju apa yang perlu dipakai untuk hari esok. Kena la nampak gojeus untuk hari pertama sem 3.haha!:004:

Bye.

post signature


Rabu, 23 Desember 2009

[Quick Update]: Yeah!

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.






Final Dah Habis.
Masa Untuk Berfoya-foya nyahh.
Cuti semester 3 minggu menanti diriku.
HAHA.!
Balik Port Dickson Ahad neh.
Tak sabar dowh balik Ahad neh setelah sekian lama ku tinggalkan daerah tersebut.

I will suffer for 3 weeks boringness.
I will sleep. eat. watching tv. online(maybe kot) ALL THE TIME at my home!
I will SHOPPING and doing a lots of SHOPPING!
Year End Sales maaa.

Yeah again. (suddenly YEAH is my favorite words now)

2323
amoi

post signature


Rabu, 28 Oktober 2009

Keputusan Result Final Exam [MMU]

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Petang tadi dalam pukul 3 lebih kawan forum aku, Wajihah buzz aku di YM mengatakan result final exam dah released. Betapa kecutnya perut aku untuk tenguk result aku tu. Belum sempat aku nak login masuk Student Information Center beliau buzz lagi mengatakan result student ON CAMPUS masih belum released. Oh. Leganya aku masa itu.

Lepas 2 jam macam tu classmate aku, Lin buzz. Mengatakan RESULT DAH KELUAR!! Oh. Kali ini betu-betul dah released.


Dengan tangan yang terketar-ketar aku mencari link MMU Protal lalu login ke Student Information Center untuk check result aku. Dan hasilnya ialah dengan hasil usaha aku study LAST minute SECOND aku telah pass kesemua subjects yang aku ambil pada semester 1. Oh. Sungguh tidak caya :010::010:.

Subject Business Management yang paling aku BENCI dengan tidak dijangka aku dapat A- untuknya. Subjects lain B dan B-. Pointer GPA aku ialah 3.18. Boleh tahan la 39. Asalkan bukan pointer 2 ke bawah kalau tak PTPTN tak kan bagi duit pinjaman untuk semester 3 aku nanti.

Aku mula berfikir sejenak, subjects yang akan datang semakin mencabar. Mampukah aku pertahankan pointer aku tidak jatuh merundum kepada 2 ke bawah?1

Anyway, kepada yang gagal jangan risau masih ada harapan untuk anda. Jangan mudah putus asa kerana satu kegagalan.

-Itu Sahaja Mahu Updated-bye

post signature


Rabu, 14 Oktober 2009

* * Hampir Seminggu Bercuti Semester* *

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Ok. Aku betul-betul terlupa nak tulis entri pasal aku dah habis final exam hari tu (9/10/2009). Aku ada tulis tapi sempat tulis tajuk je sebab mood aku tak ada kat blog rojakStory ini. Ok la nak tulis sedikit updated. Dah hampir seminggu aku bercuti semester.

Sepanjang bercuti aku ada sedikit masalah antaranya with that Jealously Women 14 kat Facebook (sila baca entri yang lepas) dan juga masalah nombor akaun bank ATM (PTPTN Matters) :003::003:. Aku akan cerita lebih nanti pasal PTPTN Matters tu.hoho.


Aktiviti sepanjang seminggu aku bercuti hanyalah ber-Facebook-ing.What a damn life kanss?hehehe. Ini la masanya aku nak main puas-puas segala game dalam Facebook tu; Farm Ville dengan Cafe World. Ini la peluangnya aku nak naikkan balik level 6aku.hahaha.

MMU hanya bagi cuti semester selama 2 minggu sahaja. Kejap je sebab long sem. Kalau sem depan short sem cuti kasi 3 minggu ibarat sebulan. 22/10/2009 aku akan pulang ke Port Dickson (tempat aku mengenal manusia)hahaha. 26/10/2009 bermulanya semester ke-2 aku di MMU. Woiii..takutnya nak tahu result SPM FINAL hari itu 1.

To ALL UNDERGRADUATE STUDENTS FROM MMU HAPPY HOLIDAY 16 and To Foundation Students From MMU Happy New Semester.

post signature


Kamis, 24 September 2009

* * Edisi Lepas Cuti Raya (Final Exam) * *

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Sebenarnya aku cuti raya dua minggu dari 17 Sept 2009 sampai 30 Okt SEPT 2009. Tapi disebabkan English presentation aku 24 Sep 2009 so aku harus pulang ke Melaka. Ya. Memang aku suke balik Melaka tapi tak lama lepas tu aku jadi rindu pada mama aku.:012::012: Cuti 4 hari kat PD telah menjadikan aku sangat la tak biasa memulakan kehidupan di Melaka. Di PD aku makan + tidur + tengok tv. Tu la keje aku selama 4 hari. Ibarat menternak lemak di badan.haha.:018::018:

And now aku berada di Melaka. Balik Melaka kena setelkan bill yang bertimbun tu. Housemate aku tak balik-balik Melaka lagi so aku kena bayar dulu. Ok. Nanti aku tuntut duit-duit tu. ><" :017::017:

Final exam pung lagi dua minggu. Sempena hari jadi aku yang ke-18 iaitu 1/10/09 aku ada paper Business Management. Memang laknat kan? Dah la aku anti giler dengan subjek tu! huhhh..Sumpah aku tak baca pape lagi. MAMPUS! 35 Then hari esoknya diikuti dengan subjek English. English boleh jawab punya la.hoho. Macam English kat sekolah menengah dulu. 8/10/09 paper CSA (Computer System and Applications) lak. CSA pung sama. Haram kejadahnya aku nak hafal notes CSA. Mud untuk study semakin menurun sejak balik dari cuti raya. Lepas CSA paper last kami ialah Mathematical Techniques 1. Nanti berpeluh la aku nak jawab Maths Tecq tu.:003::003:

Masa aku tulis entri neh aku dalam keadaan yang mabuk tak stabil sebab migrain aku menyerang kembali. Nak moon mari agaknya kot.haha. So kalau tak paham apa aku tulis neh sila abaikan je.:014::014:

#menghitung hari untuk cuti sem#


p/s: 1 Oktober 2009 besday aku yang ke-18. Sesiapa nak sambut besday dengan aku?? T_T
32

post signature


Kamis, 17 September 2009

* * Edisi Cuti Raya Balik Kampung * *

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Time korang baca entri neh aku dah pung selamat berada di kampung aku (auto publish). PORT DICKSON here I come! Lama dah rasanya aku tak balik PD. Dalam 3 bulan kot. Bukan tak nak balik. Masa dan duet yang tak izinkan aku pulang.:01:

My PAPA call last 2 weeks ago:
Cakap cina dengan aku tapi aku dh translate dah masuk English:

Papa: "Come home la this Merdeka"
Me: "Cannot la. Got exam. Assignment"
Papa: "Really miss you dear"

bla bla bla bla..

Well, aku neh anak ayah sikit. Tapi ada aku kesah ke? hoho. Balik PD neh nak betulkan telinga aku yang dah serba tak betul neh. I got this really anoyying sound in it. ><". Study jangan lupa oiii. Final lagi dua minggu! Oh! Tak sabar rasanya nak rasa rendang ayam jiran aku. Oh! Kecur lidah aku. *drooling*:023::023:

Ok la. Selamat Membaca blog aku. Nanti raya ke-3 aku on9 balik (macam umah PD tak de tenet tapi apakah daya, aku tak bawak pulang PC aku. Tak larat aku nak angkut naek bus.haha.). Cuti kejap je sebab raya ke-5 aku dah ada presentation English. Shitt.


**klik untuk paparan lebih jelas*

*perhatikan betul-betul stick note yang tertampal di wallpaper ku itu*

-Selamat Membaca-blogger-emoticon.blogspot.com

post signature


Kamis, 10 September 2009

My First Presentation in MMU Melaka

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





First of all, hari ini dalam sejarah aku memberi presentation yang pertama aku di MMU. Kalau kat sekolah aku memang selamba badak bagi presentation depan kelas tapi bila kat MMU all my nervous system come out so quickly! Kami satu kumpulan mempersembahkan "The Internet and The World Wide Web". (Computer System and Applications) - Bukan app games yang dalam facebook tu ye.haha.blogger-emoticon.blogspot.com


Ini 4 anak dara dari kumpulan aku. Jangan minta nombor mereka pada aku.hehe.:018::018:



Aku punya la penat hafal words yang perlu aku sebut masa presentation tapi sume words tu hilang terus bila tiba saat aku berdiri di depan menjadi model tanpa gaji :08:



Penuh gaya memberi penerangan "How The Internet Connected".
Mampus~ Kena buat ayat sendiri. Ayat pun dah tunggang langgang. Lantak la. Janji lepas giliran aku present aku lega. Pewhhh~~~blogger-emoticon.blogspot.com


Dengan penuh keyakinan membaca slide dengan kaki tangan yang seram sejuk blogger-emoticon.blogspot.com. Kan dah cakap nervous system aku cepat naik.haha.

Finally, lecturer komen aku yang aku bagi presentation laju sangat. Laju macam LRT.haha. Did I say too fast?

Notakaki: Lepas ni ada presentation English lak. Pasal Robotics. Adoiii~~ Hazab aku masih belum berakhir~blogger-emoticon.blogspot.com

post signature