Tampilkan postingan dengan label cerita illusi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label cerita illusi. Tampilkan semua postingan

Jumat, 24 Juni 2011

mimpi yang tak berapa nak basah. Bukan cerita sex.

Suatu hari tu kan aku terdengar perbualan antara dua jejaka Korea yang sangat hensem orangnya dalam sebuah bilik kuliah ni. Kau orang mana tahu aku pernah join student exchange ke negara Korea Selatan sana selama 6 bulan. Dipendekkan cerita, selama 6 bulan tu ada lah kumpulan lelaki korea yang sangat poyo di pandangan mata aku. Kat sana memang ada group group lelaki korea yang hensem hensem tawww ala ala Boys Over Flowers tu. Itu yang bestnya sekolah kat Korea tu - HAHA.

Masa tu aku sangat nerd. Kawan pun tak ada. Tak sebahasa katakan. Mana reti nak cakap Korea sangat. Dorang pun tak reti sangat nak speaking. Setakat sebut an nyoung ha seh yo dengan saranghae reti lah aku. HAHA.

Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Aku tengah kalut cari balik keychain yang aku buat sendiri pakai kain felt tu. Lagi sebulan nak balik Malaysia ni. Sampai satu sekolah tu aku godek. Tak jumpa langsung woi. Maka berpatah balik lah aku kembali ke kelas dengan hati yang kecewa. Masa tu waktu lunch hour. Tak ada orang dalam kelas pun. Semua dah naik atas rooftop main handphone kot. Pastu aku terdengar perbualan antara dua jejaka Korea yang selalu cari pasal dengan aku kat sana.

*sila bayangkan keadaan aku macam ni*

Mata aku tiba tiba terpandang apa yang tangan laki tu pegang. Keychain aku woi kat tangan dia. Celaka apa ni. Aku cari punya lama. Kat dia rupanya. Hey! Sengaja cari pasal betul dia ni. Ni apa kes nak curi keychain aku ni jantan Korea yang perasan ni ha? Marah betul aku. Tapi tapi sebelum aku merempuh pintu kelas tu dengan jayanya..ini antara ayat yang aku dengar :

Dorang cakap dalam bahasa Korea lah. Nasib baik aku boleh lagi dengar dan faham sikit sikit. Meh aku translatekan. Lebih kurang berbunyi macam ni lah..

A: Kawan laki tu.
B: Laki yang perasan curi keychain aku tu!

A: Why her things is at you? I saw her running around this school searching for this kechain.

B: I took it from her.

A: Why doing that to her?

B: Because I fall in love with her. I know this keychain is important for her. I won't let her go back to her country. She must stay with me. I will make her stay with me.

Terpempan kejap aku mendengar kata kata dia. Disebabkan aku terlalu leka mendengar perbualan dorang tu, aku tertolak pintu kelas yang aku sandar dari tadi. OMG. Habislah aku.. Pastu lelaki B tu keluar dari kelas dan merenung aku macam singa yang kelaparan. Takut woi.

*sila bayangkan keadaan kami seperti ini*

Selepas insiden tersebut. Hubungan kitaorang dah boleh dikatakan teman tapi mesra. Dia selalu protect aku dari bitch bitch kat sana. Ya di sangat baik hati. Aku rasa aku dah jatuh cinta dengan dia.

Sehari sebelum aku berangkat kembali ke Malaysia. Dan aku pun berkata begini kepada dia pada satu petang senja di sebuah bilik.. "I like you. No matter how hard I try not to like you, no matter how hard I try to erase you… my efforts are so fruitless to the extent that I get angered by it." Lebih kurang macam tu lah. and then apa lagi nak cium mulut woi..

*seperti gambar di atas*

Then belum sempat nak cium. Sekali bunyi alarm phone aku berbunyi suruh aku bangun pergi kelas Moral Studies. HA! Celaka. Rupanya aku bermimpi. Yang diceritakan itu semua mimpi aku pada hari selasa hari tu. Aku tak tahu kenapa sampai sekarang mimpi tu seakan akan betul betul berlaku. Masih fresh dan clear dalam memori aku.

Inilah padahnya baca manga Hot Gimmick sebelum tidur. Masalahnya kenapa scene scene Princess Hours yang masuk dalam mimpi aku itu hari? HAHA! Dan lagi satu lelaki B yang aku mimpikan bukan seperti hero dalam drama Princess Hours. Tetapi aku masih ingat wajah lelaki B itu. Seperti wajah ini.. yang berambut panjang curl curl cenggitu.


Jadi apa relevant nya mimpi aku ni ha? Princess Hours, Hot Gimmick, lelaki wajah seakan akan Bae Yoon Joon dan ayat ayat dari Boys Over Flowers termasuk dalam mimpi aku. ngahahahaha. Semuanya tinggal misteri. Err err apakah entri ini ditulis juga sebuah mimpi?

Aku rasa aku dah boleh tulis skrip drama korea nih. Nak contact pihak sbs.co.kr sekarang jugak.

Minggu, 08 Mei 2011

surat ini untuk bakal mak mertua aku

#NotATrueStory
Alert : This post is fucking long.

Situasi : Bakal mak mertua aku itu seorang yang sangat kolot. Sangat mengutamakan tradisi di mana bakal menantu dia ini seorang yang sangat urban fikirannya. Apakah akan bahagia rumah tangga bakal menantunya ini dengan anak lelaki kesayangannya kelak? Jadi demi untuk kepentingan rumah tangga aku, aku telah bertindak agresif dengan menulis surat untuk bakal mak mertua aku ni. Apakah kesudahaan cerita ini? Ikutinya sekarang!



Dear future mother-in-law,

Sebelum saya tulis surat ini, saya sudah check medical report aunty. Saya juga sudah bertanya kepada doktor bagaimanakah kesihatan aunty sekarang. Ternyata aunty masih sihat walafiat. Tiada penyakit sakit jantung atau darah tinggi. Jadi aunty boleh lah baca surat ini sampai habis tanpa serangan sakit jantung ye! Saya khuatir sahaja, aunty tak sempat melihat kami berkahwin awal awal lagi dah ciao. T_T

Sebenarnya aunty. Bukan saya tak suka aunty. Saya suka sangat aunty bila aunty sendiri kata nak buat wedding ala-ala siti nurhaliza dengan dato k tu. Tapi aunty tahu tak dalam hati saya membuak buak mahukan wedding of the year lah aunty. Saya tak nak ala ala macam wedding siti dengan dato k. Saya mahu wedding ala ala macam Prince William dengan Kate Middleton tu aunty!

Saya tahu aunty tak sabar nak timang cucu. Tapi aunty. Umur saya baru 20 lebih. Umur 25 pun belum lagi. Jangan risau aunty. Saya yakin dengan tahap kesuburan saya ini. Saya dah check doktor. Saya subur katanya. Tak tahu plak anak aunty tu. Air mani dia berkualiti gred A kot. Aunty kena lah tunggu dalam 3 hingga 4 tahun lagi baru boleh timang cucu. Saya bukan apa. Anak aunty tu pun payah saya nak jaga. Nampak sahaja perempuan dahi licin sikit, mula lah tu ketiak dia naik miang.

*ini yang akan saya pakai masa kami honeymoon!*

Lagi satu aunty. Kami bila dah kawin. Kami tak akan duduk dengan aunty tahu. Ala aunty ni. Sporting lah sikit. Saya nak berdua-duaan dengan anak aunty tu. Macam mana saya nak ehem ehem dengan anak aunty tu kalau aunty nanti asyik ketuk pintu bilik kami. Jangan risau aunty. Saya tak akan biarkan anak aunty tu jadi si tanggang moden! Saya akan pastikan kami berdua akan pulang melawat aunty sebulan sekali. Bukan jauh pun rumah kita. Dua tiga blok sampai lah rumah aunty.

Lepas tu aunty. Kelak kalau saya dengan anak aunty tu dah ada anak. Saya harap sangat aunty tak masuk campur urusan nak namakan anak kami tu. Itu anak kami aunty. Kami lah yang berhak ke atasnya. Kalau aunty nak bagi nama juga, tolong lah bagi nama yang bunyi futuristic sikit! Baru lah nampak hebat cucu aunty tu nanti.

Kalau aunty nak jaga anak kami tu pun boleh. Saya alu alu kan sangat aunty. Tapi jangan pula aunty minta anak aunty tu suruh saya berhenti kerja. Saya tak nak kerja suri rumah tangga sepenuh masa. Saya ada PHD tahu! Tapi PHD saya bukan dalam kursus ekonomi rumah tangga. Tak elok lah sia siakan sijil PHD saya tu.

Aunty jangan pula ajak saya masuk dalam politk wanita ini semua. Saya tak minat langsung nak join club wanita aunty tu. Sebab situ semua mak mak datin termasuklah aunty pun datin. Saya rasa saya kurang sesuai berada di dalam kolompok bukan dunia saya. Mungkin kena tunggu saya dapat datin dulu baru saya sudi nak join. Aunty lah bagi gelaran datin tu pada saya. Sanggup tak bagi? :p

Kalau aunty sempat telefon saya nak marah marah pasal surat ini, saya bersyukur kepada Tuhan. Maksudnya aunty tak kena serangan sakit jantung lepas baca surat ni. Jangan lah marah aunty. Lagi 3 bulan saya dengan anak aunty tu nak buat wedding of the year. Tak kan nak tengok anak aunty tu jadi bujang terlajak plak kan? Saya sayangkan anak aunty tu sangat sangat!

p/s: aunty pun saya sayang. Tak boleh sayang uncle. Nanti aunty cemburu.

I love you my future mother-in-law. XOXO

Ending of this story : We live happily ever after. #fairytales

Minggu, 03 April 2011

surat ini untuk kekasih baru kau.

Jiwa aku tiba tiba nak tulis surat ini untuk awek bekas kekasih aku. Dah lama sebenarnya aku nak tulis. Cuma tu lah lama sangat aku biarkan entri ini bertajuk tanpa isi. Btw, surat ini hanya rekaan semata mata seperti mana Surat Untuk Bakal Suami Aku. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Jadi ayuh kita mulakan ok?

Kepada kekasih baru Ahmad (bukan nama sebenar),

Awak apa khabar di sana? Saya harapa awak bahagia bahagia dengan Ahmad sekarang ni. Walaupun baru sebulan kami berpisah. Jangan risau. Saya sudah mula move on. Tak tahu lah dia dah move on ke belum. Cuba check dompet dia, ada lagi ke tak gambar cun saya dalam tu. Kalau ada tandanya dia masih rindu dengan saya. Tapi jangan risau. Nanti awak tukar lah senyap senyap gambar saya tu kepada gambar awak tu ok?

[Picture Credit]
We have a huge argue and fight before we break up.

Untuk pengetahuan awak, saya yang dump budak Ahmad tu. Tahu kenapa? Sebab dia main kayu tiga dengan awak kat belakang saya masa sedang kapel dengan saya. Tapi tak mengapa. Saya dah lupakan semua tu walaupun awak membina kebahagian bersama dia di atas air mata saya. No more tears lah now. Saya harap awak jaga lah Ahmad tu baik baik. Yela. Takut dia main kayu tiga empat lima enama kat belakang awak pula lepas ni. Takut karma is hit you back my dear. Lagipun dia kan terkenal dengan sikap playboy dia tu. Baik awak hati hati ok?

Walaupun saya dah berpisah dengan Ahmad, saya harap awak jangan lah menghalang dia daripada bersahabat dengan saya. Dosa tahu tak kalau awak cuba rosakkan persahabatan orang lain demi kepentingan diri awak sendiri. Siapa kata dah berpisah tak boleh berkawan kan? Sebab itu saya tak pernah remove Ahmad daripada Twitter atau Facebook including Myspace dan Friendster. Eh. Awak mana tahu dia masih main Friendster sampai sekarang tahu. Awak kan urban. Mana nak pandang Friendster tu.hehe.

Kasihan Ahmad hari hari kena paksa dengan awak supaya remove saya dari semua social networking. Jangan lah begitu sayang. Kalau Ahmad betul betul remove pun. Saya tak kisah sangat. Setakat itu sahaja awak mampu buat. Sebab awak tak mampu nak padamkan semua memori cinta saya bersama Ahmad dalam minda Ahmad lain lah awak hentak ketuk kepala Ahmad kat dinding sampai dia hilang ingatan ye tak? Tapi saya tahu awak tak sanggup nak cederakan Ahmad sebab awak sayang dia kan =">

Kalau boleh. Saya mahu berkawan dengan awak. Mula mula memang lah saya marah dengan awak sebab awak jadi pihak ketiga dalam hubungan kami. Tapi sekarang saya dah ok. Saya rasa kita boleh tahu jadi kawan baik kalau kena dengan caranya. Tu lah. Awak masih tak sudi balas salam perkenalan saya. Takut sangat ke saya rampas Ahmad dari awak tu? Ke awak rasa bersalah dengan saya eh? Jangan risau lah. Saya tidak akan membina percintaan di atas air mata perempuan lain. Saya tak perli awak. Ini prinsip saya :)

Saya tahu awak masih suka stalk saya kat Facebook. Nak tengok apa yang saya dengan Ahmad bualkan kat sana. Padahal perbualan kami biasa sahaja. Mana ada main kata kata sayang macam awak buat kat Ahmad dulu masa dia masih lagi in a relationship dengan saya. Awak mungkin tak perasan status hubungan Ahmad kat Facebook sana masa tu kan?

Ahmad yang cerita kat saya. Katanya awak melenting gila bila hari tu saya ajak Ahmad pergi tengok wayang kat Facebook. Mungkin awak tak tahu. Ini tengok secara beramai ramai lah. Bukan berduaan dengan dia. Ada reunion sekolah. Tak kan awak tak tahu saya dengan Ahmad dulu satu sekolah dan satu kelas selama 5 tahun dari Form 1 sampai Form 5 kan.

Apa yang saya mahu. Saya harap awak akan lebih memahami perasaan Ahmad daripada saya. Saya harap awak akan tunjukkan pada saya yang you're worth it with Ahmad than me. Jangan pula nanti Ahmad yang kembali menagih kasih saya semula. Saya tak mahu itu terjadi.

Semoga awak bahagia dengan Ahmad tahu.

There are a huge space between me and him.
I hope you will occupy the space for him :')

Daripada bekas kekasih Ahmad.

Jumat, 10 Desember 2010

awak ingat lagi tak malam pertama kita tu?

Jangan persoalkan logik ke tak cerita ni. Jawapan hanya satu : INI CERITA ILLUSI =)

Tak ada kaitan dengan yang dah mati ataupun masih hidup. Dan of course belum terjadi kepada diri aku lagi.


Ingat lagi tak masa mula-mula awak kenal saya. It was a very disaster day for me. Masa tu saya baru kena tinggal dengan budak laki tu - putus cinta pertama. Sedih gila sampai nak hiding dalam toilet. Lepas dah puas menangis air mata hitam - eyeliner dan maskara tak waterproof ye. Baru lega hati saya. Saya pun keluar daripada tandas menuju ke sinki dengan selamber ayamnya untuk touch up muka yang dah macam hantu.

Lepas awak dah kencing kat jamban lelaki tu awak berpaling ke bahagian sinki. Masa tu lah saya rasa bumi macam nak meletup. Kenapa. Kenapa. Ada lelaki dalam tandas ni. Perlu ke saya persoalkan soalan bodoh macam tu. Sebab saya sendiri ada kat tandas lelaki. Baru saya tersedar saya dah tersilap masuk tandas selama 30 minit dan 10 saat masa tu.

Ada ke patut awak ingat saya nak rogol awak - erk. Awak boleh plak kata saya dah cabul awak walaupun tak ada fizikal touching antara kita pun taw. Hey! Saya tak nampak apa-apa pun masa awak kencing ok. Saya sendiri tak perasan awak tengah kencing kat situ!

Awak semakin menghampiri saya. Ah sudah. Apa akan berlaku lepas ni kepada diri ini. Semakin hampir and treetttt..treettt. Saya pandang kepada bunyi itu. OMFFFG. Awak terpijak gincu merah Maybelline saya! Ish. Bila masa plak gincu ni terjatuh. Habis terpatah dua and bekas dia pecah. Saya minta ganti tapi awak tak nak sebab awak kata itu bayaran ganti rugi sebab dan 'cabul' awak kononnya. Huh. Sebab tu saya kata disaster day. Hilang gincu. Hilang bf. sobs sobs!

Saya tak sangka pula pertemuan kita yang tu bukan kali terakhir. Malang betul. Rupanya awak tu jiran baru belakang rumah mak cik limah punya anak punya sepupu punya jiran. Tapi masa tu saya tahu kita tak akan bertemu sebab rumah kita pun boleh dianggap jauh. Selang dari 5 rumah je.

Satu malam tu yang sangat nyaman dan dingin itu. Saya tak ingat hari apa. Sorry. Saya ada short term memory. Saya tengah mandi dalam bilik air yang berdekatan dengan dapur usang mak saya of course. Awak boleh plak datang rumah saya nak baiki paip dapur rumah tu. Hey. Datang esok boleh? Tapi mak saya tetap suruh awak datang malam tu jugak. Mak apak saya semua ada kat ruang tamu tengah tengok TV.

Bila saya keluar dari bilik air sambil berkemban dengan towel RM10 tang-tang tu jugak awak terpandangkan saya. Hati dup dap dup dap. Pipi saya panas sebab segan dengan awak. Saya tergaman seketika dan saya jerit kasi satu rumah gegar. Of course waktu tu jugak awak kena halau dari rumah saya dengan ayah saya pegang parang nak tetak awak katanya - haha.

HAHA. Kali ni siapa 'cabul' siapa plak?

Sejak kejadian itu awak cuba meminta maaf daripada saya. Awak dah pun ganti semula gincu merah saya tu walaupun bukan brand Maybelline tapi err brand apa ni? Unknown brand sebab memang tak ada brand. Dan sejak itu kita berbaik dari seorang kawan biasa kepada kawan istimewa kepada teman tapi mesra dan akhirnya kepada kekasih..

Dan kita telah pun berkahwin sekarang ni. Hey. Awak jangan noty-noty. Saya tak suruh awak ingat semula malam pertama masa perkahwinan kita tu. Saya suruh awak ingat semula 'malam pertama' kita kat dapur tu. Kalau bukan kejadian kat dapur malam tu, saya rasa kita tak akan berbaik langsung. Jadi saya nak awak janji dengan saya. Awak akan ingat sampai bebila pun kejadian tu.


-TAMAT-

(ada moral jugak ke cerita illusi ni?)
moral of the story : sentiasa lah ingat setiap kejadian yang pernah kau lalui bersama si dia. Nanti esok-esok nak sembang gedik-manja ada jugak topik kan. :DD

Selasa, 23 November 2010

surat penuh "kasih sayang" ini untuk bakal suamiku

I get inspired by The Poyo Me although I don't even read what she wrote for her future husband. But I think every lady out there that are not married yet should write a letter for their future husband. This letter will be show to my future husband a day before we will get married and start our new life!

Yes. I am a girl. That will end my single life. Will be a wife that could not cook well. Will be a mom that dislike to change baby drypers and will be a very rock and sporting grandmother! Yeah. So this letter special to my very future husband, MR___________________- i will fill it later when I have found my Mr.Right that love me no matter how ugly am I.haha.

Kepada bakal suami aku yang aku sayangi cintai sepenuh hati aku. I will call you baby when we are married! Baby is much more romantik walaupun awak rasa panggilan macam tu buat bulu hidung awak geli ye!

So lets start it with the basic one. Home. Tolong. Lepas balik kerja tu. Sila kemas kasut tu dalam rak kasut ye. Saya tak suka lah kasut-kasut sepah kat pintu rumah. Not nice. Saya tak nak malam-malam saya kena bangun untuk kemas kasut busuk awak tu walaupun awak dah spray dengan perfume Hugo Boss awak tu. Better do it or later you have to suffering from my sulking all day!

Hujung minggu jangan ingat nak keluar minum teh tarik dengan kawan plak. Awak kena tolong saya kemas rumah kita tu yang dah macam tongkang pecah. Of course kerja cuci tandas itu semua kerja awak. Saya nak kemas ruang tamu dengan bilik tidur kita. Awak cuci semua tandas ye dalam rumah tu. Awak kena tolong betulkan semua kerosakkan barang letrik dalam rumah tu. Awak lelaki okayh. Suppose awak lebih tahu baiki barang ini semua.

Awak jangan lupa pakai cincin kawin kita sepanjang masa. Saya nak buktikan kat semua perempuan kat luar sana yang awak dah kawin dengan bini comel macam saya ni. Saya tak nak mereka semua dekat dengan awak. Awak tu dah lah muka macam playboy. Hensem plak tu walaupun tak sekacak Fahrin Ahmad kesayangan saya tu dan seputih Lee Min Ho saya tu. Please behave okayh. Jangan ingat diri tu masih bachelor ye.

Awak jangan ingat awak boleh keluar malam selalu sangat. Malam-malam haruslah masa kita bersama. Saya tak nak masa kita berdua pun tak ada. Yela. Masing-masing kerja dari pagi ke petang. Malam sahajalah kita boleh bermesra macam laki bini.hihi. Kalau awak nak keluar malam sangat. Awak kena balik sebelum pukul 11PM. Ye. Saya mengamalkan curfew. Suka hati saya lah. Awak milik saya! weeekkk.

Kalau kita gaduh. Awak kena tidur lantai. Saya tak sekejam nak dera suami saya tidur kat lantai yang sejuk tu. Of course saya akan bagi awak tilam, bantal busuk awak dengan selimut awak. Saya tak nak awak tidur ruang tamu sambil tengok bola. So tidur kat lantai bilik ni bila saya tengah marah dengan awak. Ala nanti saya dah tertidur pandai-pandai lah awak naik balik atas katil tu. Macam itu pun saya kena ajar kah?haha.

Kita kena sama-sama taw pergi shopping barang dapur. Tak kan saya je yang kena susah payah pergi supermarket. Angkat barang segala tu masuk kereta plak. Kita kena bayar 50-50 tahu semua barang yang kita beli tu. Saya tak suka awak bayar semua. Saya pun nak rasa tanggungjawab sebagai isteri tercinta awak. Ha. Jangan pilih barang mahal sangat. Amik yang murah ok. Kalau barang buy 1 free 1 is better. Ada free gift!haha.

Kalau basuh baju. Saya tak suka baju kerja awak dengan spender boxer segala tu campur dengan baju saya. Saya akan sediakan bakul untuk saya dengan awak. Saya guna mesin basuh 3 hari sekali je. Awak jangan nak berebut mesin basuh dengan saya plak. Kalau nak tunggu lepas saya dah habis basuh baju.

Kalau saya period pain ke apa. Awak kena tolong saya pergi supermarket atau kedai runcit beli pad jenama Kotex untuk saya taw. Jangan silap beli plak. Tolong peka sikit akan keperluan isteri awak ini. Tak kan susah sangat nak hafal perkataan Kotex tu. Padahal tiap-tiap hari awak nampak dalam almari baju kita tu.hiks!

Saya harap awak ada ingatan yang sangat kuat. Sebab saya nak awak ingat semua date penting kita. Dari birthday date saya sampai birthday tok nenek moyang saya kat kampung tu. Include our anniversary date. Tak apa. Nanti saya senyap-senyap amik IPHONE 10G awak tu taruk semua reminder date penting dalam tu. Kalau nak celebrate. I prefer romantic candle light dinner kat hotel 10 binatang! Errr.. Kalau awak masak pun saya suka. Sebab saya tahu awak cuba nak perli cara masakan saya yang agak hampeh kat tekak awak tu!

Awak jangan cemburu sangat bila saya keluar lunch dengan kawan lelaki saya. Tapi awak kena ingat ini sampai bila-bila. Perasaan cinta saya pada awak tak akan pudar langsung taw. Kalau tak kenapa 10 kali lelaki persis Fahrin Ahmad yang datang propose kat saya itu hari saya tolak tapi saya hanya akan terima cincin propose dari awak sahaja walaupun cincin tu bukan lah mahal sangat. Saya tahu awak beli kat Petaling Street dengan gaji awak yang tak seberapa tu tapi saya tak kisah. Sebab saya sayangkan awak sangat-sangat..I ♥ YOU

Terima kasih kerana sudi berkahwin dengan saya!

Dari binimu yang tak reti masak.
Ditulis dalam keadaan insomnia
dan speed internet yang ngok ngek.
XOXO ♥