Tampilkan postingan dengan label ketagih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ketagih. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 13 November 2010

aku dah rogol abang Tumblr . opss.


Siapa tak kenal Tumblr? Salah satu platform untuk blog gak. Tapi Tumblr is more different from Blogger and Wordpress of course. 24 jam windows Tumblr aku ni akan sentiasa terbuka so do Facebook.LOL. Memang. Aku dah tahap ketagih dengan Tumblr. Siapa yang ada follow aku kat Tumblr or ada Facebook account aku. Memang tahu lah tahap ketagihan aku.

Disebabkan ketagihan ini dah tiba ke klimkas. Sampai dashboard Tumblr pun aku pergi ubah ikut cita rasa aku.

Sebelum ni Tumblr dashboard kaler biru gelap kan? Aku tak suka sungguh kaler tu. Tak ceria langsung.

Lepas dah rogol dashboard Tumblr. Akhirnya, hasilnya jadi macam ini. Bertukar ! Kepada lebih ceria. Pinky pink around dashboard. Bestnyewwww - haha.


Cara nak tukar dashboard dia.

Masuk link ini. Lepas tu pilih theme yang kau nak. Lepas tu install. Refresh Tumblr. Now you have your desire Tumblr dashboard theme. Yeah~

Bila dah ketagih sangat. Memang aku kasi teroka badan Tumblr ni sampai sehabis dalam.hihi. Banyak lagi benda best kat Tumblr ni actually. :DD. Contohnya kat dalam Directory tu semua list of Tumblr Blog yang memang awesome and worth to follow up.

Walaupun Tumblr ni tak ada tempat untuk comment section macam Blogger. But who needs the comment section right? Tumblr is all about reblog and reblog tanpa rasa bersalah.

Selamat ber-tumblr-ing.

p/s: dulu ingat Tumblr ni tempat upload gambar. Tak terfikir langsung Tumblr ni ialah salah satu platform untuk blog. Tumblr = Thumbnail - haha.

Jumat, 02 Juli 2010

[Respon] Pencen Game Facebook

Ini entri respon untuk Pencen Game Facebook yang ditulis oleh Syafiq a.k.a TmuKmkd. Weyh Syafiq, kau baru nak pencen game Facebook ke? Aku dah pencen dari awal tahun dah. Masa pertengahan Sem 3 aku itu hari.keh keh keh. Akhirnya kau berhenti main juga game-game tu kan termasuk Pet Society kesayangan kau tu. Ah. Taniah taniaha.hahaha.

Bila buka balik album game yang ada kat Facebook aku tu kan, baru aku terfikir banyaknya game aku dah main weyh. Banyaknya masa aku dah terbazir sebab main game Facebook ni. Ahaks!

Ada beberapa game yang aku dah block siap-siap kat Facebook tu. Sebab? Ah sebab kawan-kawan Facebook asyik hantar gift kat aku. Rasa rimas lak nak ignore satu-satu. So aku block lah game tu. Senang!


8 game yang dah kena block dengan aku. Sorry lah kawan-kawan yang masih main game yang dah aku block. Aku dah malas nak main. HAHA


Ini game Facebook yang pertama aku main. Restaurant City. Huihh. Mula-mula main memang addicted sial. Pagi, petang, malam aku hadap game ni. Suka benar tengok kawan-kawan aku jadi kuli dalam kedai makan aku.keh keh keh. Aku dah tak ingat aku tinggalkan game ni dalam level berapa.

Lepas tu muncul lak Farm Ville.


Yang ni game paling aku addicted. Sebab aku boleh lak bangun pepagi buta pukul 5 6 pagi semata-mata nak harvest sayur aku.kah kah kah. Dah macam petani yang berdedikasi untuk kebun dia lak.haha. Lepas tu berkomplot dengan kawan-kawan dari MMU Cyber hantar gift untuk selesaikan satu bangunan.


Game ni nama dia Roller Coaster Kingdom. Boleh bina fun fair sendiri. Lihat lah fun fair ciptaan aku. Ikut suka hati aku je bina.haha. Kalau banyak coin boleh lah beli permainan lain lepas tu taruk kat fun fair sendiri. Tapi kejap je aku dah boring dengan game ni. T_____________T


Sebab Chokilala aku terjebak dalam main game yang bernama Cute Cube ni. Ahaks! Hari-hari aku hadap game ni nak tangkap patung lah. Tangkap gula lah. Kenapa kena tangkap tu semua? Kena selesaikan satu task baru leh tukar level. Last-last itu lah hasilnya. Tengok ada patung Snow Man. Aku main masa mat salleh sibuk nak sambut Christmas.hehe.

Dan banyak lagi game Facebook yang pernah aku main..

Korang yang dok addicted dengan game Facebook ni dengar lah nasihat aku ni, tak lama je game yang kau main tu. Nanti developers Facebook tu keluar lagi satu game baru. Lepas tu kau tak menang tangan nak handle banyak game weyh.keh keh keh.

Sila tinggalkan dunia game Facebook dengan kadar segera sebelum kau jadi ketagih macam aku dulu.kah kah kah.

p/s: best gak main respon-respon entri blog orang.keh keh keh

post signature