Kamis, 16 Juli 2009

Butterfly - Chelsia Ng ( Ghost Season 2 : 8tv )

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Ghost Season 2 dah pun tamat siaranya pada 12 Julai 2009. Ending yang agak terharu untuk aku! Aku menangis :030::030: tengok ending tu bila Zack cakap kat Eza "Ini bukan caranya" masa doktor tengah sibuk nak selamatkan Eza. Adakah Eza berjaya diselamatkan? Macam tergantung je ending dia! Siapa yang ada tengok episode last dia haritu memang tahu la apa aku tulis ni. Kalau yang tak sempat tengok boleh la usha kat website 8TV.hoho.


Aku malas nak review episode last dia. Tapi kalau rajin pergi kat blog PakciQue. Dia la insan paling rajin yang sanggup tulis blogger-emoticon.blogspot.com review panjang-panjang.haha.

Tapi kalau nak lagu-lagu dalam drama tu boleh la sedut dari blog ni. Takat ni aku ada dua lagu dari Ghost je. Harap korang suka la~~

01. Masih Jua (Tema) - Douglas Lim

02. Butterfly - Chelsia Ng

Lagu Butterfly tu aku download dari Facebook Jedap Cari. Thnaks^^.

-Selamat Menyedut dan Menonton-:018::018:

post signature


Rabu, 15 Juli 2009

No Title For This Entry~~

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Puisi untuk kamu:

Setelah sekian lama kau menghilang
kau muncul semula dalam hidupku
memohon secebis kemaafan pada diriku
tapi..
ego kah aku jika
aku enggan memaafkan kamu??
kejamkah aku jika aku membenci kamu??
setelah apa yang telah berlaku..
mampukah aku lupakan segala yang telah
kau lakukan padaku??
Ya! Aku sememangnya tak mampu!
Hati aku sudah cukup tenang pabila
kau menghilang..
tapi kau muncul semula..
membuat hati aku gusar
beri aku sedikit masa untuk terima
kau kembali sebagai sahabat aku semula..
tiba masanya aku akan berkawan semula
dengan KAMU.....

#ni sajak ke syair?haha.
#jangan nak ciplak puisi aku ni. kalau tak aku sunat kang.huh!
#hanya KAMU memahami apa yang aku tulis ni.

post signature

Senin, 13 Juli 2009

[Review Novel] Ilham Hati ( Damya Hanna ) #2

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.





Novel terbaru yang aku beli dan baca ialah tajuk Ilham Hati. Kenapa aku beli buku tu? Sebab jalan cerita dia ke? Nope at all. Sebab penulis dia. Damya Hanna! Ya! Aku minat cara penulisan Damya Hanna. Tak yah baca sinopsis terus beli.hehe. Akceli aku dah baca novel-novel lain yang ditulis oleh beliau. Antaranya: Bicara Hati ( novel pertama yang aku baca ), Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi ( the best ever novel! ) dengan Rela Ku Menanti.


Ternyata tidak mengecewakan aku novel Ilham Hati kali ini. Sebab jalan cerita dia memang best walaupun tinggal separuh je lagi aku nak habis baca blogger-emoticon.blogspot.com.
Opsss..aku dah jatuh cintan blogger-emoticon.blogspot.com sama hero novel Ilham Hati.haha.

Ok la malas nak cerita banyak. Baca je la sinopsis kat bawah ni. Kalau rasa ok beli je. Memang berbaloi~~


RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?


Sebenarnya masa Rian hilang ingatan tu Hanif dah mula suke kat Rian secara diam. Tapi kerana ego seorang lelaki Hanif sanggup menidakkan perasaan sukanya pada Rian.

Notakaki: Lepas ni aku nak beli Senafas Rindu lak. Macam best je~~heeee :09:

Via: MPH

post signature


Minggu, 12 Juli 2009

Perkembangan Terbaru

Akhirnya aku dapat updated jua. Aku tak ke mana-mana pun tapi PC aku yang down dua hari ni :15:. Windows XP aku hilang gara-gara terkena virus. Terpaksa format semula PC aku ni. So PC aku telah menjadi seperti "bayi yang baru dilahirkan". Kosong tanpa sebarang software. Dari pukul 5 ptg sampai la pukul 9.20pm aku sibuk install semula software yang sangat penting untuk aku terutama sekali YM, MSN, Avira, Photoshop dan juga IDM.hoho.


Ramai yang tanya aku marah siapa berikutan aku tulis satu post yang agak emosional. Mana leh bagi tahu sebab orang tu ataupun kaum kerabat dia sedang membaca blog aku ni. Biarlah aku simpan seorang sahaja. Sehingga kini hati aku masih lagi panas bila tingat kat kejadian hari tu!grrrrrr :026::026:



Ok la. Tutup cerita tu. Aku nak tulis pasal cerita best lak.hoho. Semalam (Sabtu) aku pergi Jusco dengan Melaka Mall dengan Iss. Siapa Iss tu? Tu la kawan yang aku kenal kat forum. Eleh..pendiam la sangat ko tu iss.haha. Kitaorang pergi tengok cerita Ice Age 3. Tak leh blah cerita tu. Kelakar siot terutama sekali watak Sid.haha.:20:.

Inilah dia gambar aku dengan dia:



Aik satu je ke? Akceli banyak lagi la tapi aku suka sangat dengan gambar ni. Yang lain aku upload kat tempat lain. Sila cari sampai dapat.ngeeee~~:018::018:

-Sekian-blogger-emoticon.blogspot.com

post signature


Senin, 06 Juli 2009

Kontrak Cinta ( Cerekarama-TV3 )

Updated on 30 July 2010 dengan link baru untuk tengok drama ni :D. Enjoice!

Siapa tengok cerekarama Kontrak Cinta sabtu ( 4 Julai 09 ) kat TV3 pukul 10pm?? Syiokkkkk wehhh cerita tu! Ke aku suka dengan Fahrin Ahmad sebab tu aku cakap best?kekeke..:023::023:



Sinopsis Drama Kontrak Cinta:
Harris, CEO Timur Holdings, adalah seorang jejaka yang tinggi, kacak, bijak, kaya dan masih bujang, pendek kata, THE PERFECT BACHELOR. Namun begitu, ibunya, Datin Mariam tak putus-putus pening memikirkan kenapa anak tunggalnya ini susah sangat nak mencari jodoh. Tinggal 4 tahun je lagi sebelum Harris memulakan hidup dalam alam 40an!

Datin Mariam kepingin untuk menimang cucu. Dia juga takut zuriatnya berakhir di situ saja. Jauh di sanubarinya terdetik perasaan…”adakah anak aku ini tak suka perempuan???”

Bukannya Harris tak nak mendirikan rumahtangga. Bukannya Harris tak ada teman wanita. Bukan setakat itu, Harris juga pernah bercinta dengan kaum yang bernama wanita ini. Komitmen. Satu perkataan yang cukup digeruni Harris (dan juga kaum lelaki secara umum!) Dia takut untuk berkahwin bila tengok mak dan ayahnya…

Ayahnya, Datuk Malik, walaupun tegas di pejabat, tapi bagaikan di cucuk hidung, mengikut apa saja kata ibunya, Datin Mariam. Harris kasihan melihat bagaimana ayahnya dilayan ibu tercinta. Bukannya mereka bergaduh siang malam sampai hendak bercerai-berai, tapi cuma Harris susah memahami kenapa ibunya harus sentiasa mempertikaikan kasih sayang yang ayahnya curahkan selama ini. Harris nampak bagaimana Datuk Malik mencintai Datin Mariam. Namun, Datin Mariam kelihatan seperti tidak pernah puas hati. Begitu juga dengan harta kekayaan. Lalu Datuk Malik bekerja keras untuk memenuhi kehendak hati isteri tercintanya…

Timur Holdings adalah bukti kesungguhan Datuk Malik. Dari syarikat kecil, kini Timur Holdings menjadi salah satu syarikat korporat yang di segani di Ipoh. Mungkin itu hikmahnya di sebalik ketegasan Datin Mariam. Walaubagaimanapun, Harris tidak boleh menerima sikap ibunya itu. Sikap itulah yang di temuinya di dalam setiap wanita yang pernah singgah di dalam hidupnya (setakat ini). Harris selalu berasa bahawa wanita-wanita yang mendekatinya hanya kerana harta, kerana duit. Duit, duit, duit, duit!!

Karmila keresahan. Sejak arwah ayahnya pulang ke Rahmatullah setahun yang lalu, keresahan itu semakin menghimpit dirinya. Mila sayangkan ayahnya. Dia tau betapa pentingnya kedai makan itu kepada ayahnya. Walaupun tidak seberapa, tapi kedai makan itulah yang membesarkan dia dan adik-adiknya. Kerana itu, Karmila membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menyambung usaha ayahnya. Dia nekad untuk mengunakan ilmu yang di timbanya di universiti bagi menaikkan kembali kedai makan yang semakin tenggelam di celah-celah kemunculan begitu banyak restoran makanan segera dan kafe-kafe lengkap Wi-Fi.

Karmila memiliki ijazah di dalam bidang pengurusan hotel dan masakan. Dia juga mempunyai pengalaman bekerja sebagai chef di hotel. Karmila merancang untuk mengubah kedai makan sederhana milik keluarganya menjadi kedai makan bertaraf coffee house di hotel, tetapi dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama juga menyediakan khidmat ‘catering’. Karmila mahu menukar rupa dan imej kedai kesayangan arwah ayahnya. Dia sungguh pasti yang usahanya itu pasti memberi impak yang besar…

Tapi masalahnya sekarang, dia tidak ada modal. Tidak ada modal dan pada masa yang sama, dia perlu membayar pinjaman kepada pihak bank. Pihak bank memberi masa sebulan untuk menjelaskan tunggakan pinjaman perniagaan ayahnya yang telah tertangguh hampir setahun. Sukar untuk membayar bank sekiranya perniagaan arwah ayahnya agak uzur. Pelanggan kian hari kian kurang…

Karmila tidak mempunyai simpanan. Simpanan yang ada telah di habiskan untuk meneruskan nyawa kedai makan itu (yang memangnya dah tinggal nyawa-nyawa ikan). Nak minta bantuan dari adik-adiknya, Azman yang bungsu baru tahun pertama di universiti, Salmi pula hanya seorang kerani bank dan baru menjadi isteri orang 3 bulan lepas…

Azman dan Salmi ada meminta Karmila melepaskan kedai itu dan Karmila sedar, sebenarnya itulah jalan yang terbaik. Karmila boleh hidup senang kalau tidak ‘terikat’ dengan kedai itu. Gajinya sebagai seorang chef cukup untuk menampung kehidupannya dan membantu Azman di universiti.

Tapi Karmila tidak dapat melepaskan kedai itu kerana ianya adalah lebih dari hanya sebuah kedai. Kedai itu adalah kedai kesayangan arwah ayahnya. Karmila mahu mempertahankan kedai itu demi kenangan manis bersama ayahnya….

Dalam kekalutan itu, Karmila mendengar tentang Program Skim Bantuan Usahawan Muda yang dianjurkan oleh Timur Holdings Bhd. Satu usaha oleh pihak Timur Holdings untuk menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan ekonomi setempat dimana mereka bersetuju untuk menyuntikkan dana tertentu bagi mereka yang mempunyai cadangan perniagaan yang bagus…

Harris tak dapat tumpukan perhatian pada kerjanya. Mulut Datin Mariam berbunyi lagi. Sepupunya Juliana telah pulang dari London, dan Datin Mariam memang berkenan sangat dengan Juliana yang dirasanya amat sesuai dengan Harris. Juliana cantik, bijak, dan kaya, bak kata orang, ‘bagai pinang dibelah dua, berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’.

Itu di mata Datin Mariam, tapi di mata Harris, Juliana saling tak tumpah macam Datin Mariam. Berkahwin dengan Juliana bermakna Harris terpaksa hidup macam bapanya, Datuk Malik. Harris tak sanggup. Dia harus mencari jalan untuk melepaskan diri dari dipaksa berkahwin dengan Juliana…

Karmila muncul di pejabat Harris, dalam keadaan yang terlalu terdesak untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan kedai makannya dari di rampas oleh pihak bank, dan juga modal untuk mengubahsuai kedai itu. Setiausaha Harris meminta Karmila datang bulan hadapan tetapi Karmila berjaya menyelinap masuk semasa setiausaha itu keluar. Karmila berkeras memaksa Harris mendengar rancangan perniagaannya, meskipun Harris menghalaunya keluar…

Kemunculan Karmila di depan matanya memang tidak di senangi Harris. Kepalanya sedang berserabut. Bukan serabut kerana masalah syarikat, tetapi serabut kerana malam nanti ibunya nak mengadakan makan malam yang akan melibatkan Juliana dan keluarga Juliana.

Harris syak Datin Mariam sedang merencanakan sesuatu untuk dirinya… Dia perlu mencari jalan bagi mengelakkan dirinya terperangkap dengan ikatan perkahwinan dengan Juliana.

Karmila tidak menyangka bahawa Skim Bantuan Usahawan Muda anjuran Timur Holdings sebenarnya telah dibekukan buat seketika kerana terdapatnya kes penipuan oleh seorang pemohon. Harris enggan melayan seorang lagi ‘penipu’. Harapan Karmila untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pinjaman bawah skim itu hancur berderai…

Ketegasan Karmila memaksa Harris untuk mendengar cadangan perniagaannya menyebabkan Harris terfikirkan sesuatu. Harris bersetuju untuk mendengar pembentangan Karmila, bukan sekarang tetapi malam nanti, ‘over dinner’. Karmila terus saja bersetuju. Harris meminta Karmila berpakaian yang bersesuaian dengan majlis makan malam.

Harris datang menjemput Karmila ‘di rumah’ Karmila, tapi terkejut bila mendapati ianya adalah sebuah kedai makan dan kemudian mendapati Karmila muncul dengan hanya berbaju kurung.

Sepanjang perjalanan mereka bertekak. Karmila menyangka yang Harris menggunakan kedudukkannya untuk mengoda dirinya. Karmila menegaskan bahawa dia tidak akan menjualkan dirinya untuk mendapatkan wang. Harris pulak terkejut bila mendapat tau cadangan perniagaan yang Karmila sibuk katakana siang tadi melibatkan sebuah kedai makan…kedai makan yang baru sahaja ditinggalkan sebentar tadi…

Kemunculan Harris dengan ditemani Karmila memang mengejutkan Datin Mariam dan juga Juliana. Datin Mariam kurang selesa melihat penampilan Karmila yang jelas tidak setaraf dengan mereka. Tetapi tetamu lelaki yang lain terpegun dengan kejelitaan Karmila…

Datin Mariam menegur perbuatan Harris membawa gadis seperti Karmila ke majlis mereka. Teguran Datin Mariam membuatkan Harris (dengan tak sengaja) memberitahu yang dia bercadang untuk berkahwin dengan Karmila…Datin Mariam terus pengsan…

Karmila dan Harris bertekak lagi. Karmila menuduh Harris menggunakannya. Datin Mariam bising. Dia mahu Harris mengahwini Juliana samada Harris setuju atau tidak.

Harris harus bertindak segera. Dia kenal sangat dengan perangai Datin Mariam. Kalau A katanya, maka A lah jadinya. Terdesak, Harris terus saja menawarkan bantuan kewangan kepada Karmila, tapi dengan syarat Karmila haruslah menandatangani “KONTRAK CINTA”.
Untuk yang terlepas tonton drama Kontrak Cinta anda boleh tonton di TV Malaysia secara online. Cara untuk tengok cerita tersebut : Click pada "close to play" kat advertisment dalam video itu dan secara automatik nanti cerita tu akan load dalam 3 saat :D

Lagu tema yang berada dalam drama tersebut:

1. Hanya ingin kau tahu - Republik
Sila la sedut lagu Hanya Ingin Kau Tahu dengan klik pada tajuk lagu tersebut.

Lagu lain terdapat dalam drama tersebut:

1. Pemain cinta - Ada Band
2. Bukan cinta biasa - Afghan
3. Berganti hati - Anggun

-Selamat Menonton Dan Mendengar-:017::017:

Via: Gambar & Sinopsis Di-copy dari Budiey

post signature

Kerana Kontrak Cinta

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Sila lihat review drama Kontrak Cinta di sini yek untuk dapatkan lagu tema dan di mana anda bisa tonton online drama tersebut.heeee~~

Sekali lagi blog aku berada di page pertama dalam engine carian Google. Tak caya? Lihat Print Screen yang aku buat ni:








Kerana drama Kontrak Cinta blog aku melonjak naik dari uniques visitor yang kurang dari 100 dari hari pertama aku tulis blog menjadi 182 uniques visitor pada hari ini :010::010: . Satu lagi kejayaan blog ini selepas berjaya mendapat tempat di page pertama Google untuk carian "A TIME FOR US"

Aku tahu mende tu semua tak kan bertahan lama tapi aku tetap berbangga. wulaaaaakk~~:010::010:


post signature


Kamis, 02 Juli 2009

Kenapa Aku Ketagih Dengan FACEBOOK?? #01

Para pembaca sekalian, sila BERI KOMEN yang BERMANFAAT selepas membaca entri ini.



Aku dah lama tak layan blog and updated pun dah malas sebab aku dah :Onion59: ketagih dengan FACEBOOK!!! Kalau dulu aku jarang-jarang nak bukak Facebook sebab aku lebih minat pada MYSPACE tapi sekarang ni lepas kelas je mesti bukak Facebook.haha.

Kenapa dan mengapa aku suka pada Facebook? Jom usha...:11:


Application atau lebih dikenali game telah menarik perhatian aku untuk bukak Facebook! Memula aku ingatkan bosan la game-game kat Facebook ni sebab game tak mencabar langsung then lelama aku jadi ketagih.haha.

Game pertama yang membuatkan aku ketagih ialah game LIVE UNO!



Siapa tak kenal pada permainan kad uno. Kalau yang tak kenal tu maybe bukan manusia dari bumi.haha.

Game kedua yang aku tengah main sekarang ni ialah Pixel Ranger!!



Cara main game ni senang je. Kena tembak and kumpul ammo banyak-banyak supaya tak game over tapi semakin tinggi level korang pergi semakin susah la nak menang. Aku tengah usaha nak kalahkan Topex.haha.

Habis la aku!:Onion29: sebab kawan aku semua dok study untuk kuiz subjek Business Management minggu depan tapi aku syok main game-game kat Facebook.haha.

Haih..bila la aku nak start study untuk kuiz and test minggu depan???

#nak sambung main Pixel Ranger~~

#jangan lupa add facebook aku okay. Nanti boleh la sama-sama main Pixel Ranger.hoho. Kita tengok siapa yang juara.heeee~~

Sambungan....

post signature