Jumat, 15 Januari 2010

Lee Min Ho Is An Unknown Person Before Acting In Boys Before Flowers. He already have a girlfriend now :)

Kenal manusia dalam gambar tu tak? Nampak macam kenal? Awww. Itu la dia Lee Min Ho tercinta aku yang berlakon dalam drama Boys Over Flowers (BOF)/ Boys Before Flowers (BBF). Beliau memegang watak utama dalam BOF sebagai Gu Jun Pyo.


Disebakan F4 fever is back on me and aku terlampau minat akan Lee Min Ho, so terjumpa la info ni.haha. Yup. Lee Min Ho is an unknown person before acting in Boys Before Flowers(BBF). Ala. Tepuk dada tanya sendiri. Korang kenal tak nama Lee Min Ho sebelum drama BOF ni?? Tak kan. Aku sendiri pun tak kenal siapa beliau sebelum BFF.haha.

Even, Lee Min Ho dah berlakon dalam beberapa drama/movie kalau tak silap maklumat dari Google la kan, beliau masih tidak dikenali. Antara yang beliau pernah berlakon dulu dalam drama Secret Campus. Huh? Aku tak pernah dengar dohhh nama drama tu. Yela kan. Drama tu low bajet dan agak tidak dikenali. Lagipun drama tu bukan dari KBS. So agak susah nak bersinar.hehe.

*Secret Campus


Masa Lee Min Ho berlakon dalam drama Secret Campus, beliau baru berumur 19 (kini sudah 23). So muka beliau dalam Secret Campus nampak muda macam aku yang sekarang ni 19.haha. Kalau 4 tahun yang lepas drama ni tak dikenali tapi sekarang ni makin ramai yang cari drama Secret Campus (termasuk aku) disebakan kepopulariti Lee Min Ho. Dengar khabarnya Mysoju sekarang ni tengah nak letak drama tu. Bagus la tu. Senang kerja aku nak menghayati kekacakkan Lee Min Ho.haha.

Bukan tu je wehhh, semakin beliau popular semakin ramai yang nak tahu latar belakang beliau. Sampaikan gambar Lee Min Ho dengan bekas kekasih beliau (Lee Min Ho berumur 18 tahun) disebar dengan meluas kat Internet. Ini semua aura Lee Min Ho kot.haha.

*Lee Min Ho Girlfriend?


Ok. Lepas ni aku nak try chance berlakon dalam Boys Before Flowers versi Malaysia. Agak-agak mesti meletopppppp kan nanti.wuakakaka. Tak mustahil kan ada nanti Boys Before Flowers versi Malaysia. Memang fakta sesiapa yang berlakon dalam cerita ala-ala Meteor Garden sure akan dikenali dan sangat popular mengalahkan Lady Gaga mungkin.haha.


Contoh yang bagus; Meteor Garden(Taiwan) menyebabkan 4 jejaka tersebut sangat popular pada suatu ketika dahulu. Aku memang die hard fan F4(Taiwan) dulu sampai poster dorang aku masih simpan. Hebat kan? Dah bertahun dah.

Lagi satu, Lee Min Ho ada nyanyi lagu gak.

01. My Everything



Lagu tu dinyanyikan masa Boys Over Flowers After Story. Short story selepas 5 tahun. Episode ada 4 je. Satu episode mengenai kehidupan seorang ahli F4. Sila search kat Youtube 'Boys Over Flowers After Story' untuk tonton.

Ok la. Aku rasa dah cukup panjang aku tulis pasal Lee Min Ho kot.haha. Biasa la wehh. Aura Lee Min Ho menguasai diri aku sekarang ni.haha. Boys Over Flowers kat 8tv dah nak hampir sampai penghujungnya.

Info Tambahan: Lee Min Ho Official Website (dalam tulisan korea je). Tengok gambar pun jadi la! Tak lama lagi Lee Min Ho akan berlakon dalam drama Personal Taste as a GAY.Awww. Dan juga City Hunter!!!

Updated 22 Aug 2011: Sekarang ni Lee Min Ho tengah hangat bercinta dengan Park Min-young. Girlfriend Lee Min Ho yang latest ialah Park Min-young heroin dari cerita City Hunter tu. Yang depa berlakon sama sama. Peeehhh! Untunglah weh siapa yang dapat dating dengan Lee Min Ho. Ohhh shittt. Bila lah turn aku pula ada relationship dengan Lee Min Ho *berangan di siang hari je lah kau amoi* wakakakaka.



Via: DramaBeans

Selasa, 12 Januari 2010

[Review And Download]: Boys Over Flowers (BOF) / Boys Before Flowers (BBF)

Amaran: Entri kali ini maybe tersangat la panjang dan penuh dengan gambar dan video. So sila baca dengan penuh kesabaran ye sampai habis! (sila scroll ke bawah untuk dapatkan download link)

*boys over flowers/boys before flowers

Finally bertarikh 12 Januari 2010 aku dah habis tengok drama Boys Over Flowers (BOF) ataupun nama lain Boys Before Flowers (BBF) ni. Yeah! Aku dah habiskan sampai episode last. Ohhh. Aku mengambil hampir seminggu untuk habis tengok. Si pengemar cerita Meteor Garden(Taiwan) mesti tengah syok layan cerita ni kat 8tv bukan?hehe


So Yi Jung, Goo Jun Pyo, Geum Jan Di, Yoon Ji Hoo, Song Won Bin

So Yi Jung: Pembuat tembikar yang kaya.
(Hero)Goo Jun Pyo: Pewaris Shinhwa Group.
(Heroin)Geum Jan Di: Gadis biasa yang lahir dari keluarga yang sederhana.
(Soulmate Jan Di)Yoon Ji Hoo: Cucu kepada bekas President Korea.
Song Won Bin: Agak misteri keluarga dia. Tapi dia kaya gak. Orang Macau panggil dia Putera Song.

Memula aku tengok BOF ni kat 8tv (sekarang pun masih ditayangkan lagi). Well. As you all know la, BOF ni kan cerita lebih kurang macam Meteor Garden kan. Siapa tengok? Rugi kalau terlepas tengok Meteor Garden versi Taiwan tu. Maaf, versi Jepun punya aku tak pernah tengok lagi. Jiwa aku tak in dengan cerita Jepun ni.haha.

Aku telah berjanji dengan diri aku sendiri bahawa aku tak kan langsung nak tengok BOF ni sebab takut ketagih. And then.. lepas tengok satu episode tu kat 8tv ada la aku usha kejap kat Mysoju. Aku start dengan tengok episode 1 kat Mysoju. Berjanji palsu lagi. Lepas tengok episode 1 tak nak tengok. Tapi tak sangka aku dah habiskan cerita tu sampai episode 25 kat Mysoju dengan Youtube.haha.

Gu Jun Pyo ♥ Geum Jan Di "Our First Night!"

First night? Haha. Bukan seperti yang korang fikirkan (dirty minds). Itu la kali pertama Jun Pyo dengan Jan Di date kat Nam San Tower.

Episode 9 paling best dan paling bahagia tanpa gangguan plan jahat oleh mak Jun Pyo. Masa tu Jun Pyo offer diri nak bermalam satu malam kat rumah Jan Di.
*dengan keluarga Jan Di, Jun Pro mula mengeri apa itu erti KELUARGA.


Ok. Lepas tu muncul la pulak mak Jun Pyo yang terang-terang menghalang hubungan Jun Pyo dengan Jan Di. Alasannya Jan Di tak setaraf dengan keluarganya. Jun Pyo gelar mak dia sendiri 'si ahli sihir'.haha.

*yang duduk sebelah Jun Pyo tu mak Jun Pyo. Btw, aku memang suka babak ni. Macho siot aku tengok Jun Pyo turun dari kereta dan kiss Jan Di.awwww.



By the way, hubungan Yi Jung dengan Ga Eul pun berkembang sama. Ga Eul kawan baik Jan Di yang jatuh cinta kepada kawan baik Jun Pyo, Yi Jung.

*Ga Eul and Yi Jung

Actually lepas episod 12 (bermain ski), di situla bermulanya keterujaan aku nak tengok sampai habis.

*Saat Jun Pyo bagi rantai kat Jan Di. J♥J.

*episod 12 (aku nangis dohh tengok babak ni)


Babak tersebut ialah babak terakhir Jun Pyo (si-hero) dan Jan Di (si-heroin) akan bertemu. Kenapa? Sebab lepas tu, ayah Jun Pyo disahkan 'meninggal'(ni semua penipuan oleh mak Jun Pyo. Si ahli sihir tu!). Disebabkan ayah Jun Pyo meninggal, so Jun Pyo kena jaga bisnes keluarga dia (Shinhwa Group). Terpaksa la dia tinggalkan Korea dan pergi ke Macau untuk uruskan segala perniagaan keluarga dia kat situ.

"I'll return soon.Wait for me. I love you, Geum Jan Di."

Masa Jun Pyo sedang dalam perjalanan ke Macau, dia sempat hantar message tu kat Jan Di. Lepas satu, satu dugaan mendatang. Lepas episod 12 memang banyak babak yang bermain dengan air mata. Entah dah berapa tong air mata aku keluar. Lebih-lebih lagi bila Jun Pyo nak putuskan hubungan dia dengan Jan Di kat Macau. Sangat-sangat sedih dan kejam.

Sebab Jun Pyo terpaksa putuskan hubungan dia dengan Jan Di ialah Jun Pyo tahu mak dia tak kan lepaskan Jan Di selagi Jan Di ada hubungan dengan dia. Mak Jun Pyo akan buat apa sahaja supaya Jan Di keluar dari hidup Jun Pyo.

Untuk melindungi Jan Di, Jun Pyo terpaksa lupakan perasaan cinta dia kat Jan Di. Dan bertunang dengan Jae Kyung (pilihan hati mak dia). At the end, Jun Pyo dengan Jae Kyung tak jadi kawin. Jae Kyung yang lepaskan Jun Pyo kat Jan Di.

Masalah dorang tak kan selesai walaupun Jae Kyung dah lepaskan Jun Pyo. Selagi mak Jun Pyo tak putus asa nak kacau hubungan dorang, memang dorang banyak masalah. Kali ni mak Jun Pyo buat kejam lagi. Mak dia seksa kehidupan kawan-kawan Jan Di. Jan Di akhirnya terpaksa lepaskan Jun Pyo sebab tak nak kawan-kawan dia terseksa.

*comel kan lukisan tu. Jan Di dengan Jun Pyo berkelah sama-sama. Jan Di nak gembirakan Jun Pyo sebelum dia lepaskan Jun Pyo pergi.


Kemuncaknya, Jun Pyo accident masa nak selamatkan Ji Hoo dari kena langgar kereta. Jun Pyo hilang ingatan. Satu-satunya orang yang dia tak ingat langsung ialah Geum Jan Di.

*selamat lepas accident tapi hilang ingatan. so sad. T.T


Tetiba lak muncul Yu Mi. Jun Pyo kenal Yu Mi masa kat hospital tempat Jun Pyo ditempatkan untuk dirawat. Menyampah aku dengan perempuan tu. Mengambil kesempatan sebab Jun Pyo hilang ingatan.

*Yu Mi.


Jan Di sanggup terjun masuk kolam renang sebab Jun Pyo dah tak ingat kat dia. Masa tu la ingatan dia pada Jan Di dah kembali semula. Padan muka Yu Mi. Melepas la nak belajar sama-sama dengan Jun Pyo kat US.haha.

*Jun Pyo melamar Jan Di. Itu la Nam San Tower; Tempat date Jun Pyo dengan Jan Di for the first time


Tapi masa tu Jan Di tak terima lamaran Jun Pyo lagi. Dia nak Jun Pyo pergi US untuk study kat sana dan kembali lepas 4 tahun dan lamar dia balik.

Lepas 4 tahun Jun Pyo kembali kat Korea. Masa tu siapa tak kenal Jun Pyo sebagai pewaris Shinhwa akan datang. Famous beb! Dan sekali lagi Jun Pyo melamar Jan Di.

*romantik moment

Belum sempat Jan Di jawab lamaran Jun Pyo, muncul la pulak kawan-kawan Jun Pyo. Yi Jung, Ji Hoo dengan Won Bin. Katanya Jun Pyo dengan Jan Di kena minta kebenaran dorang untuk berkahwin.haha. Tinggal misteri sama ada Jan Di terima lamaran Jun Pyo ke tak. Tapi aku rasa mesti dia terima kan. Tak kan la dia nak lepaskan Jun Pyo lagi bila mak Jun Pyo pun dah restui hubungan dorang.

*The End.


Walaupun ramai yang rasa Jan Di dengan Ji Hoo at the end but the hero always win kan? Ji Hoo soulmate Jan Di tapi future husband Jan Di ialah Jun Pyo. At last Jun Pyo and Jan Di. I loikeeee. Aku harap TAK ada Boys Over Flowers Season 2 sebab biarkan la dorang bahagia dan happy. Tak payah la ada season 2 yang penuh dengan dugaan lagi.huhu.

Fyi, ini kali pertama aku tengok cerita korea yang cakap dalam bahasa korea. Selama ni tengok kat TV yang dah dialih bahasa ke mandarin.hehe. Opsss. Teruja kejap masa tulis entri ni. Antara review yang terpanjang aku pernah tulis kot.haha.

p/s: Walaupun skrip dia agak kucar-kacir dan banyak babak yang tak masuk akal tapi aku tetap suka drama ni selain Meteor Garden 1&2.hoho.

*Baca je English Subtitle tu. Sangat bermakna untuk aku (: 'Because I'm Stupid' by SS501.
Boleh dimuat turun video ini dalam format AVI; Because I'm Stupid (mediafire)


Drama ni boleh dimuat turun; Boys Over Flowers (mediafire)or(megaupload)

Kalau nak tengok online; Mysoju. Boleh juga tengok kat YouTube tapi aku tak galakkan sebab dia banyak skip disebabkan isu copyrighted.

*Yes Or No? Still have no answer for that.


The End Of Boys Over Flowers. Rating: 10 stars!

Via: Wordpress Blog

post signature


Rabu, 06 Januari 2010

Gambar Amoi

*faceless

Ada banyak kali aku nampak keyword tu di-search dalam search engine. Bagaimana aku tahu? Of course la dengan melihat Nuffnang aku tu. Kadang-kadang sampai 3 hit dalam sehari. Aku tak tahu la apa niat orang yang search 'Gambar Amoi' sama ada dia nak cari gambar amoi bogel sebab dah sangap sangat..opsss or nak tahu wajah comel aku ni macam mana kan.haha.


Ok. Untuk yang nak tahu sangat muka/wajah/rupa(semua perkataan aku sumbat) aku macam mana kat dalam blog ini, memang tak kan jumpa la. Hari tu aku ada letak gambar FULL FACE aku dalam blog ni tapi kemudian aku ubah kepada gambar yang ditutup dengan kipas warna-warni tu. Kepada yang berjaya melihat full face aku, kira bertuah la.haha.

Kalau nak sangat tahu muka aku macam mana, sila la add aku kat Facebook. Tapi pastikan korang ada Mutual Friends dengan aku seramai yang mungkin. Kalau langsung tak ada Mutual Friends aku reject terus. Aku bukan tak sudi nak berkawan melalui alam maya ni, tapi suka kah korang kalau berkawan dengan stranger yang tak ada Mutual Friends langsung?

Tu pasal aku set kan profile Facebook aku se-private yang mungkin sejak pihak Facebook dah tukar kan privacy setting dorang. So aku kena set kan secara manual. Dan ini la hasilnya sebelum someone add aku as friend:

*sangat private sampai Friend List pun aku tak kan tunjuk!


Gambar dalam Facebook aku pun aku set-kan ONLY FRIEND can view.haha. Jangan harap la nak view gambar aku tanpa add aku. Betapa aku mementingkan privacy on net. Nasib baik blog ni aku tak privatekan lagi kan. Kalau tak peminat-peminat blog ni kempunan nak baca aku tulis.haha.

Kalau dalm twitter pun sama. Pernah sekali je aku tayang gambar aku kat sana dengan meletakkan gambar tu sebagai avatar twitter aku.haha. Then tak lama lepas tu aku letak gambar cartoon lak. Kalau dalam Tweetphoto sure you will find my picture in there tapi rajinkah anda search gambar aku dalam twitter?haha.

Aku bukan takut nak tayang gambar aku dalam blog ni malah aku berbesar hati sangat tayang gambar aku yang comel-comel gitu tapi takut ada orang sabotaj gambar aku.haha. As u all know la, zaman teknologi sekarang ni terutama sekali Photoshop boleh mengubah satu gambar yang suci dan innocent kepada gambar yang sangat kotor. Jahat kan orang yang buat macam tu. Contohnya kes gambar Mawi bogel. Entah siapa yang gatal tangan ubah gambar Mawi tu jadi bogel.

Ok la. Dah panjang aku merepek ni pasal 'Gambar Amoi'. Kang lari dari tajuk lak.haha. Disebabkan Episode 3 Boys Over Flowers aku dah habis buffer aku rasa nak pergi tengok dulu la dan tamatkan entri ni.haha. Kesian kan. Aku tengok drama pun kena kat PC. Biasa la beb kaki Internet jarang nak tengok TV macam Khai pernah cakap dulu.haha.

opsss. Terlupa. Aku dah upload baru Script Emoticon dalam hosting baru. Walaupun aku hanya mampu menyelamatkan beberapa script sahaja tapi sudah cukup bagus untuk aku dari aku kehilangan semua script emoticon yang penat-penat aku edit kan. Kepada peminat-peminat emoticon kat luar sangat mari la menyedutnya. ;p. Semua comel-comel belaka; Emoticon Di Dalam Kotak Komen, Emoticon Di Dalam Entri [1], Emoticon Di Dalam Entri [2].

Here I Come Boys Over Flowers! 9

post signature


Senin, 04 Januari 2010

Ini Bukan Blog Lollipop Tapi Ini Blog Budak Comel



Jangan salah faham. Aku tak tukar langsung template blog aku tapi aku edit sikit je. Sikit je tawwwwwwwwwwwww. Kira aku tukar theme blog aku yang dulu pakai theme Coklat+Hitam. YEAH!

Seperti yang korang lihat sekarang ni, aku dah pakai theme Lollipop. Comel kan? Sebagaimana comelnya tuan blog ini.ehehehe (*perasan). Aku memgambil 5 jam (3pm-8pm) untuk siapkan theme lollipop ni. Sakit belakang woooo. Ehh. Main Facebook 25 jam tak pernah lak mengadu sakit belakang.haha. Sila jangan kritik walaupun korang agak tak puas hati bila blog aku lebih comel dari korang.ehehehe.



Ini screenshot theme blog aku yang lama:


*agak emosional kan theme Coklat+Hitam

Dan kini telah berubah wajah:


*macam kanak-kanak riang.YEAH!

Aplikasi yang digunakan sepanjang megedit blog ialah Photoshop dan Photoscape serta sedikit ilmu tentang code HTML.awwww.

Memulanya aku ingatkan takat tukar background blog aku sudah cukup. Tapi fikir punya fikir untuk satu malam, lebih baik aku jadikan blog aku comel dari jadi separuh comel separuh emosional.haha. Ahhh. Thanks to Syin la sebab beliau inspirasi aku untuk jadikan blog aku bertema lollipop. Macam blog perempuan kan padahal beliau adalah seorang lelaki. ;p

Kenapa pilih lollipop?
Sebab aku jarang lihat mana-mana bloggers pakai theme lollipop. Kang aku pakai theme love-love macam aku terlebih jiwangssssssss lak.haha. Jiwa aku agak comel semenjak akhir-akhir ini. So, blog ini pun terikut-ikut akan kecomelan jiwa aku. Opsss.. Aku tak kata aku yang comel tapi jiwa yang comel.haha.

#Segala gambar lollipop dalam blog ni aku jumpa kat Google Image Search. So, jangan claim tu gambar lollipop korang.hoho. Lollipop is universal picture.YEAH!

#Jika terdapat font warna kat entri lain yang korang tak dapat baca sila highlight keseluruhan text tersebut untuk baca. Yela. Sebelum ni pakai theme coklat+hitam so takut-takut ada font kaler yang tak berapa sesuai dengan theme lollipop ni kan (kes malas nak edit entri)haha.

Ok. Sebagai penuntup acara perasmiaan theme blog yang baru, mari sama-sama dengarkan lagu Sang Mantan dari Nidji. Maaflah, tiada lagu comel untuk disajikan.haha.





Download link di sini: Sang Mantan (mediafire)

Enjoy my new theme ^.^

post signature


Minggu, 03 Januari 2010

Customize Sweet Tooltips (Blogspot)


Sekarang ni dah boleh dah tawww tukar warna background Sweet Tooltip yang asalnya berwarna biru kepada warna kesukaan anda. Soalan warna background tooltip boleh ditukar atau tak, pernah ditanya oleh Liyanaa. Kalau silap orang maafkan patik ye. Sebab patik ada short-term memory.haha.

Kena edit sikit je kat bahagian CSS untuk tukar warna background dia. Lai-lai baca entri ni.hihi.


Copy code ini dan paste-kan dalam aplikasi Notepad.
Sila rujuk codenya di SINI.

Lepas tu kan,



Kat bahagian code pertama yang telah di-highlighted tu (seperti dalam gambar rajah) korang letak je la code warna yang korang nak. Code warna boleh rujuk di HTML CHART CODE.

Lepas tu, save kan as sweet.css. Tak kisah la korang nak taruk nama apa janji mesti berakhir dengan .css

Then save dalam web hosting korang. Kalau tak de hosting, sila gunakan hosting free seperti: Stormpages ataupun Ripway. Lepas dah save tu copy link file tooltip korang tu.


<!-- SweetTitlesTooltips Plugin -->
<link href='http://cikamoitutor.bravehost.com/sweet_2.css' media='screen' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://cikamoitutor.bravehost.com/tooltips.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://cikamoitutor.bravehost.com/sweettiles.js' type='text/javascript'/>


Link file yang telah di-copy tadi tu gantikan dengan link file yang telah aku merahkan kat code atas ni.

And langkah terakhir, copy code kat atas ni setelah selesai pastekan link file baru korang. Dan pastekan sebelum code <body>

Save dan lihat hasilnya!!



*kalau tak paham gak cara aku, sila kemukakan soalan korang kat bahagian komen. Pastikan korang memang tak paham. Jangan try sekali tak dapat tak nak try dah. Usaha tangga kejayaan. *aku try banyak kali baru tahu kat situ boleh edit warna background dia.

post signature


Jumat, 01 Januari 2010

Fahrin Ahmad Ada Scandal Lepas Putus Dengan Scha?


*gambar diambil dari Fahrin Ahmad Facebook Fan Page :004:
Awwww. Kacak sungguh ye abang Fahrin ni.


Satu Malaysia mesti dah tahu kan Fahrin Ahmad dah putus dengan Scha. Aku tak nak komen pasal punca mengapa dan kenapa mereka putus. Let they settle their problems. Kita sebagai orang luar hanya mampu membaca apa yang terjadi pada mereka di laman blog dan majalah.

Apa kes ni? Fahrin Ahmad dah ada scandal baru? Haaa...



*sila klik pada image untuk tahu perkara sebenar


Itu la dia Tee Ngin Rui sebagai diriku dan Nurshafira Mohd Nor sebagai pesaing cinta aku terhadap Fahrin Ahmad.haha. Kami berdua dah lama dah bercakaran kat dalam Facebook untuk dapatkan Fahrin. Awwww. Bercakaran ala-ala manja gitu kan. Sorry guys. Just nak melawak. Sesiapa yang terasa tertipu chill la. Aku gurau je.:001::001:

Apa-apa pun kami berdua terutamanya lah akan sentiasa menyokong Fahrin Ahmad walau pelbagai badai yang melanda hidup beliau.

p/s: peanut, jangan berebut dengan saya. plisss. HAHA.:018:

post signature


Review Novel: Andai Itu Takdirnya (Siti Rosmizah) #4

Penulis: Siti Rosmizah
Harga: RM 19.90
Halaman: 588
Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.
ISBN: 978-983-3669-65-3

Post pertama untuk hari pertama dalam tahun 2010 aku mulakan dengan review novel yang baru sahaja aku habis baca; Andai Itu Takdirnya. Untuk penggemar novel romantik sure dah tahu kan pasal novel ni. Entah-entah ada yang dah khatam sampai 10 kali kan.hihi. Aku mula tertarik dengan novel ni bila aku baca dalam Majalah Remaja kat bahagian novel. Lama-lama aku tertarik nak beli novel tu terus instead of beli majalah tu tetiap bulan.



So, aku pun mula cari novel tu kat sekitar Seremban. Tapi hampa. Semua kasi jawapan sama: HABIS STOK. Cepat kan habis stok. Bermakna novel ni best gila babeng. Sudah semestinya aku tidak akan lepaskan. Ok. Putus asa. Then dengar beberapa kritikan. Tertanya-tanya dalam hati patut beli ke tak. Ok. Aku beli novel lain. Bila dah dapat hidayah baru beli lagi.

Then sebelum aku balik Port Dickson untuk cuti semester, aku sempat la sambar novel ni kat Tesco Popular Bookstore.hoho. Tergerak la nak beli. Hidayah sudah dapat gayanya. Balik Port Dickson baca. 3 hari kemudian aku dah habis baca. Teruja nak habiskan. Teruja nak tahu apa akan jadi kepada rumah tangga Aleya dengan Aizril. Novel ni la yang berjaya gugurkan air mata aku. Dah berapa kali aku nak nangis lepas baca babak Aleya koma. Aku terharu dengan kata-kata Aizril. Nangis dan nangis lagi. Tersentuh beb.

Hati aku tiba-tiba jadi benci pada Zril. Lelaki yang penuh dengan egois. Tak habis-habis nak mempertahankan keegoaan dia sampaikan Aleya yang tak bersalah jadi mangsa. Tapi di sebalik ego Zril rupanya tersimpan perasaan sayang dan cinta pada Aleya.huhh. Macam biasa la. Laki kalau dah sayang mana nak tunjuk-tunjuk. Nak cover macho kunun.

Cerita ni bermula kat Warwick University, tempat Aleya dan Aizril bertemu. Aleya masa tu dah simpan rasa sayang dia pada Zril tapi siapakah dia untuk memiliki Zril. Aleya anak orang miskin dan Zril anak koporat, dari golongan berada. Mereka bukan setaraf. Tapi takdir telah menyatukan mereka kepada satu insiden. Kes tangkap khalwat kat kondo Zril telah menyatukan mereka. Maka bermula la penderitaan Aleya semasa berkahwin dengan Zril. Zril dera Aleya dari segi mental dan fizikal. Sampaikan Zril sanggup perkosa Aleya, bini dia sendiri. WTF!!

Lepas kes perkosa tu, Aleya hamil. Zril bercadang nak ceraikan Aleya lepas nikah dengan sepupu dia, Sharifah Emilin. Tapi tak jadi nikah. Sebab Zril sedar dalam diam dia ada perasaan sayang kepada Aleya. Ok. Aku hanya nak cerita sampai situ. Yang lanjutnya sila beli novel ni dan baca. Gerenti korang puas baca.

Aku memang suka dengan watak Sharifah Emilin tu. Memang menjadi watak gedik dia. Even Zril dah kawin dengan Aleya dia still nak kacau rumah tangga Zril. Katanya Aleya dah rampas kekasih hati dia tu. Nak balas dendam katakan. Macam-macam cara dia buat supaya Aleya benci dengan Zril.hoho. Menjadi? Sure la menjadi. Kalau tak menjadi baik tak yah ada watak Sharifah Emilin.haha.

Overall, kalau ada 5 bintang aku kasi 5 bintang. Ada 10 bintang aku kasi 10 bintang. Sesiapa yang baca novel ni akan tersentuh beb. Masa aku beli novel ni dah masuk cetakan yang ke-8. Bayangkan la. Novel ni dari 2008 dah ada 6 cetakan. Masuk 2009 dah 2 cetakan. Best. Best. Best dan TERBAIK!

Sinopsis penuh disediakan oleh Good Reads:

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Hope u all enjoy reading this novel.

post signature