Ni bukan la review pasal movie Alice In The Wonderland (AITW). Saje nak share pengalaman tengok cerita 3D. In fact, ni kali pertama aku tengok cerita dalam 3D.hahaha. Agak jakun pada mulanya. Dulu pernah la test 3D ni kat Petrosains KLCC. Tapi tak syiokkk la.heh!Disebabkan nak sangat tengok cerita 3D ni, aku dengan lin sanggup tunggu dekat 2 jam lebih untuk cerita ni. Asalnya nak beli tiket pukul 3.45pm tapi apakah dayanya, tiket sold out. Mungkin kerana AITW ni dalam 3D tu pasal cepat sold out. Last-last kiteorang decide tengok pukul 6pm je la. Kalau korang cadangkan aku reserved tiket kat website GSC, memang dah FULL.
Aku rasa yang datang tengok cerita AITW 3D ni bukan nak hayati cerita ni tapi mungkin jakun macam aku pasal 3D.hahaha. Mungkin la. Kalau tengok 3D korang mesti tahu kan objek yang kita tengok pakai cermin mata 3D tu akan nampak macam real and dekat sangat dengan mata kita kan. So itu yang berlaku.Setiap kali ada je babak dia baling barang dekat dengan kamera aku terasa barang yang dia baling tu kena kat mata aku padahal tak pun. Itu yang aku exited sangat.haha. AITW 3D no subtitile. Jadi, untuk orang yang macam aku English tak berapa nak bagus ni agak susah la nak paham apa yang dorang cakapkan. Tapi aku paham cerita tu actually. Certain things je yang aku tak paham.huhu
Tapi kan..kalau cerita AITW ni dari mula sampai akhir 3D aku rasa lagi ok kot. Dia half 3D and half non-3D.hoho. Tapi sememangnya aku enjoy la dengan AITW 3D ni. ^.^
Memang kagum dengan orang yang buat filem 3D. Bukan mudah. Bravo kepada yang bersusah payah hasilkan filem 3D ni.
*sebelum wayang ditayangkan. Sempat posing dengan cermin mata 3D. Besar dan beratkan batang hidung aku.haha.

[4:55am]: Perghhh. Aku berjaga sampai waktu macam ni untuk main game
Mak aih. Kali pertama tengok terkejut sampai menjerit. Kali kedua tengok dan seterusnya hmmm dah biasa.haha.
Serius aku menyampah gila. Kenapa? Sebab dia bising nak mati sampai aku tak leh dengar apa yang dicakap oleh suara berbisik yang memberitahu klue untuk aku lepaskan diri dari bilik orang gila ni.huh!
Then, sila login ke Blogger > Layout > Edit HTML dan cari code <head>. Lepas tu pastekan code tersebut kat bawah <head> tu. Save template.
[Scheduled Post]: Hari ni result SPM 2009 keluar kan. Kalau aku silap tarikh maksudnya aku dapat silap info la ni.haha. Mana la aku nak amik tahu lagi pasal SPM dua tahun dah aku tinggalkan zaman SPM aku tu.haha. Cakap pasal result ni aku tingat zaman aku amik dulu. Ala. Result aku kantoi kot masa.heh.
Perghhhh. Aku addicted gila dengan beanie hat sekarang ni. Beanie hat ni dorang buat guna tali kait tu. Kegunaannya untuk memanaskan kepala korang tu.haha. Tu pasal beanie hat banyak dipakai kat negara sejuk macam Korea dengan Jepun lebih-lebih lagi musim winter.
Bila la ada laki kacak muka ala-ala Lee Min Ho nak kiss beanie aku macam dalam gambar kat atas ni.haha. Rasa romantik siot!
Walaupun agak pelik untuk seorang yang berambut pendek pakai beanie, tapi kenapa aku rasa tak pelik pun bila Jan Di pakai topi tu weh. Bertambah comel ada la. Tapi kalau rambut Jan Di curly, perghhh BAPAK LAWA!!
Kan lawa tu. Tak semestinya beanie hat ni hanya untuk negara sejuk. Kita yang duduk kat tempat panas pun boleh pakai asalkan kena dengan dress up kita.hoho :D



